Tuesday, 6 July 2010

Bunga & Kerengga


Nice kan picture ni...kredit untuk Saufi Ahmad...siapa Saufi Ahmad dalam hidup saya??
Dia bukan kenalan rapat saya, jugatak pernah jadi anak murid saya, tapi dia pernah belajar di MRSM Batu Pahat. Macam mana saya kenal dengan dia???
Semua kerana program Sirih Pulang Ke Gagang (SPKG)
Dari sini saya kenal beliau dan juga rakan-rakan beliau...
Kerana saya tidak sempat bersama mereka pada tahun 2006
Kerana 2007 baru saya mula berkhidmat di MRSM Batu Pahat
Namun, andai ALLAH izinkan saya mengenali mereka...maka dengan izinNYA....

Dan TQ Saufi kerana memberi izin menggunakan gambar ini....
kerana saya sangat menghargai insan yang pandai mengambil gambar & juga insan yang pandai melukis....

Namun, entri kali ni bukan nak cerita pasal ni. Cuma gambar yang Saufi take ni
Pada saya, picture ni membawa maksud yang tersirat
Kalau kita lihat, biasa saja gambar ni kan
Bunga ciptaan ALLAH yang cantik bersama kerengga
Sekadar biasa
Lumrah makhluk kejadian ALLAH

Cuma, saya nak lari dari biasa
Berfikir dengan lebih meluas lagi
Antara makhluk flora & fauna & kehidupan manusia

Bunga....andai ada 1000 bunga, baunya, warnanya tetap tidak akan sama.....
Walaupun pada dasarnya, bunga adalah bunga
Namun tetap tidak sama

Begitu juga dengan manusia
Setiap manusia yang ALLAH jadikan di muka bumi ini
Tetap tidak sama walau pun kembar

Kerengga...kerengga tu kans edang mencari manisan atau madu bunga untuk dihisap
Dan membawa kebahagiaan kepada dirinya dan juga bunga
Kerana ada makhluk ALLAH memilihnya untuk dihisap

Namun, begitu juga dengan manusia
Setiap manusia yang ALLAH ajdikan di muka bumi ini
Pasti boleh membawa kebahagiaan kepada makhluk yang lain

Namun kerengga juga membawa kesakitan kepada bunga
Dan juga makhluk ALLAH yang lain
Sedangkan bunga itu telah memberi kebahagiaan kepada kerengga

Begitu juga dengan manusia
Ada manusia yang membawa kedukaan & kesakitan kepada makhluk yang lain
Sedangkan individu yang disakiti itu pernah / telah membawa kebahagiaan kepada dirinya
Mungkin juga kebahagiaan yang berpanjangan kepada dirinya
Namun, dibalas dengan kedukaan & kesakitan

Kadang kala manusia itu tidak sedar
Tanpa dia sedari, hati insan yang pernah membantu dirinya bahagia
Dilukai.........

Opssss......
Cukup dulu kisah kerengga & bunga
Sekadar metafora dalam kehidupan

Maka, saya memilih untuk menjadi bunga
Memberi kebahagiaan kepada orang lain
Namun, nak juga jadi mawar berduri...
Sape jahat, cucuk je dengan duri
(^_^)

sama-sama kita hayati keindahan ciptaan ALLAH

saranghe (^_^)



2 comments:

  1. aku nak bagi satu foto yg aku shoot time hiking... leh ak ko elaborate ttg view tu..?

    ReplyDelete
  2. meh bagi kat aku....boleh je...no hal

    ReplyDelete