Sunday, 31 July 2011

Biarkan Saja

Biarkan saja hal orang lain, jangan kita sibuk nak tahu semuanya
Sebab lebih baik kita jaga hal kita sendiri
Lebih baik kita diam, selagi hal orang itu tidak melanggar syariat Islam

Lebih baik kita fikir hal kita sendiri
Dari fikir hal orang lain
Fikir hal kita dengan ALLAH
Apa sebab kita nak sibuk & fikir hal orang lain?
Sedangkan hal diri kita & urusan kita dengan ALLAH jua masih lagi tergantung
Biarkan saja hal orang lain, selagi hal orang lain itu tidak melanggar syariat Islam

Jangan kita kata macam-macam tentang orang lain
Orang diam kita kata
Orang bising pun kita kata
Adakah dia diam itu langgar syariat Islam?
Adakah dia bising2 itu bising yang langgar syariat Islam?
Kalau YA, teruskan menegur dengan cara yang paling berhemah
Tapi kalau tidak, biarkan saja
Dia ada hak dalam hidupnya

Orang pergi mana pun kita nak kisah & bising
Adakah yang dia pergi tu tempat yang langgar syariat?
kalau YA, teruskan menasihat dengan cara yang paling berhemah
kalau TIDAK, biarkan saja, dia ada hak untuk ke mana saja.

Sebab kalau kita sibuk hal orang, nanti ALLAH sibukkan hal kita kepada orang lain.
Dan lebih baik kita sibuk hal kita dengan ALLAH

Batu Pahat - Bangi - Trolak - Tanjung Malim

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Suatu Masa


Jumaat yang lepas, saya dan zauj pergi ke beberapa destinasi. Tujuannya satu, sebab kami nak menghadiri Majlis Konvokesyen saya di UPSI. Majlis tu berlangsung hari Sabtu. Ni konvokesyen kali kedua dalam hidup saya.
Kali ni, pergi dengan zauj sahaja. Mak abah saya kata "pergi je la dengan Amir. Yang dulu mak dengan abah dah pergi kan"..
Ok ok, tak apa. saya faham, jauh perjalanan tu...

Dari Batu Pahat ke Bangi...untuk jumpa peguam...adalah urusan sikit (^_^)
Then ke Trolak...pun adalah usrusan sikit jugak
Then baru ke Tanjung Malim

But, kali ni saya nak share 2 tempat makan yang kami pergi.
Yang 1st kat Muzdalfa Fried Chicken (MFC) & Dusun Bay.

Yang kat MFC tu, ni pada saya lah, lagi sedap dari KFC.
Ada banyak pilihan kat siti, ada pizza, ada ayam goreng, nasi arab (my favourite!).
Jalan nak ke sini, mula2 saya keliru jugak, but tanya punya tanya dengan Ticher Ins, last2 jumpa juga...
Then saya ke rumah mak saudara di Bangi.
Dapat present lagi (^_^)


Then yang kat Dusun Bay tu, ni kawan saya Raihan yang suruh saya pergi....Sedap jugak makan kat sini.

Meh, kita layankan beberapa picture yang saya snap

MFC

Lampu

Logonya

Sedap nasi Arab ni. antara feveret saya nasi Arab

Ni zauj punya menu. Ayam ni, spicy. Ala2 KFC. Sedap. Lagi sedap

Licin...sebab kami memang kelaparan

Ni pulak, menu di Dusun Bay

Air yang dipesan

p/s Nanti saya update pasal konvo pulak. Selamat menunaikan ibadah Ramadhan. Saya mohon sejuta kemaafan kepada semua pembaca....






Monday, 18 July 2011

Angry Bird

Angry Bird

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum....
Lagu Tema : Cerita Hati

Pernah main game Burung Marah Vavi ? Atau nama betulnya Angry Bird? Rata-rata sekarang ni, orang memperkatan game baru ni. Game ni, memang popular di kalangan pemilik Android / Itab / Ipad / Iphone dan yang sewaktu dengannya. Dalam internet pun ada game ni. Boleh cari untuk upload.

Saya main jugak game ni. Nak lagi kat Itab encik zauj ada banyak versi game ni.
Hahaha..saya kalau main, siap guling-guling sebab vavi tu tak mati. Siap lebam-lebam mata, ta[i tak mati-mati jugak. Siap gelak-gelak lagi tu...Haisshhhh, kita pulak yang angry...

Best memang best la....riuh rumah saya kalau encik zauj yang main. Kalau kat FB pun, banyak jugak saya tengok status kawan-kawan yang kata geram dengan Angry Bird...hakhakhak....

Siap ada keychain, bear-bear fluffy angry bird jual kat pasaraya....Sampai soalan exam pun, aplikasi dari angry bird.

Nak main angry bird ni, kita kena bijak agak kedudukan burung tu, untuk terbang & hempam vavi tu supaya vavi tu mati. Kira betul jugak la soalan exam tu. Sebab setiap kedudukan vavi tu, lain-lain ukuran kita kena agak untuk burung terbang ke arah vavi. Grrrr, kadang-kadang, memang dah kena vavi tu, tapi vavi tak mati gak!
Tu yang bikin angry bird je.....

Soalan exam aplikasi Angry Bird


So, nak try main tak? Best jugak la...boleh la buat release tension..sekadar suka-suka. Jangan ketagih nak main ni sudah la...tak jadi kerja lain pulak nanti

Sunday, 17 July 2011

Langit Illahi (Sunset)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Bertemu Cinta
Lokasi : Air Papan, Mersing





Thursday, 14 July 2011

Penutup SUPER (baru nak update)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....

Lagu tema : Cerita Hati (^_^)

Ni sepatutnya dah lama la update, tapi punya lah 'rajin' hehehehe.
Bukan apa, nak tunggu upload gambar ni yang tak suka nak menunggu.

Ni masa penutup SUPER 2011 di MRSM Batu Pahat

Saya suka dengan backdrop tu. Cikgu Hamidah, selaku mak pengantin pada hari itu yang reka..cun kan. nak lagi kena lighting.






p/s ok, saya rajin nak tunggu..banyak je gambar. tapi rajin.
Saya nak jalan-jalan dengan encik zauj....ada beberapa event bulan ini. Event 30hb ni yang tak sabar.

Monday, 11 July 2011

KASIH a.k.a Sireh Pulang Ke Gagang

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....

Lagu tema : Suatu Masa (M. Nasir) & On The Floor

Pada 9 & 10 Julai baru ni, ada 2 program berjalan serentak. But entri kali ni, nak share pasal program KASIH.

Program ni khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5, bersama bekas pelajar MRSM Batu Pahat. yang datang kali ni, batch 2006 & 2007. Batch lain mana pergi? Tiada satu feedback un yang diberi daripada jemputan. Sibuk barangkali dengan kelas-kelas atau bekerja masa cuti sem. Tak apa, ada rezeki lagi, kita jumpa lagi...

Macam-macam perubahan pada diri ex-students ni, ada yang makin kecik, ada yang makin besar. Ye lah...masing-masing dah matang & dewasa (^_^).

{ but u all still kanak-kanak pada saya...hahahahahaha}

Big clap untuk ex-students yang datang. Sangat-sangat menghargainya.

Alhamdulillah, program berjalan lancar. Walupun ada jugak la Form 5 yang culas...tapi pada saya, andai kita nak berjaya, dan kita nak ilmu yang tiada dalam kelas, kita usaha untuk hadir walaupun kepenatan.


Jom, kita layankan je gambar-gambar sekitar program....




Abg Nasrul buat apa tu...skodeng ek

Sini la..sini

Ni game apa ni? Asyik kena keluar je kalau salah



Seronok apa ntah la budak-budak ni

Rashid & Afiq suruh buat kenangan gambar mereka berdua


Kat sini pun jadi
Smileeeeeee dari bakal doktor, engineer, akauntan
cantik tak DS kami?

kakak-kakak nak makan

Nape la abang-abang ni..nak dera mental kami ke apa

Pilih sape kita nak bawak ni

Otai ke hape ni mengenakan adik-adik sampai nangis. Sila abaikan tarikh backdrop tu.

Qayum tengah bentang

Abg Aiman Kapok tengah ajar adik-adik untuk jadi pemain bola profesional & cara-cara untuk buat skrip

Abg Berg, Abg Taufik & Abg Syafik .. ngorat adik-adik ek

Kapsul Masa

tekun menulis wasiat untuk Time Capsule

Amboiiii

Awang dengan kaunselor

Apa lagi tu Abg Man

Tu diaa..cikgu Ayob pun datang tau even hari Ahad

Abang-abang fasi bersama form 5

Ni bukan BERSIH 2.0 ek.... (^_^)



p/s harap dapat buat lagi.INSYAALLAH


Sunday, 10 July 2011

From UK

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....

Ambil mood nak update. Banyak sudah event yang saya tak update...rasa tiada mood...

Update yang ni untuk ambil mood. Just simple update





Sedap..best...

Terima kasih kepada pemberi.....saya suka...

p/s nanti bagi lagi ek...kihkihkih

Sunday, 3 July 2011

Red Daisy

Red daisy

p/s masih tak sempat lagi nak hupdate pasal penutup SUPER...bukan tak sempat, tapi tidak rajin seketika ini..juga hupdate pasal konsert SAUJANA =)