Kadang-kadang saya terfikir, adakah saya seorang yang sukar untuk memaafkan seseorang??
Atau saya ni seorang yang pendendam..
Hmmm, entahlah lah kan. Adakah saya seorang yang kejam bila saya mendiamkan diri???
Bukan mudah untuk maafkan seseorang yang betul-betul pernah menyakitkan hati kita di tahap maksimum, kan? Kadang-kadang, ada orang meminta maaf sendiri dengan kita, atau kadang2 menggunakan orang tengah untuk meminta maaf dari kita. Dan bila kita minta beri masa untuk meredakan hati, ayat yang biasa digunakan ialah "sedangkan Nabi maafkan umat"
Ya, betul Rasulullah saw seorang yang mudah memaafkan, dan Baginda juga menyuruh Sahabatnya, dan umatnya untuk sentiasa memaafkan sesama sendiri... dan banyak kisah-kisah tentang ketinggian peribadi mereka di dalam memaafkan rakan mahupun musuh..
Tapi pernah tak dengar kisah seorang Sahabat bernama Wahsyi?
Si Wahsyi nih semasa perang Uhud adalah orang yang membunuh bapa saudara Rasulullah, bernama Hamzah r.a dengan menggunakan tombak (mesti pernah dengar kisah nih, kan?).. maka semasa Fathul Mekah, Wahsyi menjadi sangat menggeletar, takutkan yang Rasulullah akan membalas dendam atas kematian Hamzah, lalu cuba melarikan diri..
Maka datanglah seorang Sahabat kepada Wahsyi, mengatakan daripada dia lari dari Mekah dan hidup dalam ketakutan... lebih baik dia masuk Islam, dan aman di dalamnya.. kerana Islam itu sendiri adalah aman.... dan Rasulullah juga adalah seorang yang suka memaafkan orang lain... di samping itu, dakwah tentang Islam juga diceritakan kepada dia...
Akhirnya Wahsyi buat keputusan untuk masuk Islam.... dan mengadap Rasulullah untuk mengakui keislamannya... Apabila Rasulullah mengetahui yang dia inilah Wahsyi, Baginda bersabda yang mafhumnya, "Pergilah kamu, dan jangan biarkan aku melihat kamu lagi"
Adakah ini tanda Rasulullah berdendam?
Bahkan tidak, tetapi Rasulullah tak sanggup nak tengok muka Wahsyi lagi kerana melihatnya akan mendatangkan kesedihan yang teramat sangat di dalam hati Rasulullah, sedangkan Hamzah adalah bapa saudaranya yang banyak membela Baginda semasa di awal era dakwah...
Wahsyi mati dalam Islam... dan semasa perang memerangi orang murtad dan nabi palsu di zaman Abu Bakar r.a, tombak yang sama digunakan membunuh Hamzah, telah digunakan untuk membunuh Musailamah al-kazzab...
Moral of the story: Bukan tidak mahu memafkan, TETAPI memafkan, cuma berilah masa dna ruang untuk kembali bernafas. Beri masa dan ruang untuk pulihkan rasa tercalar di hati. Beri masa dan ruang untuk buat diri ini selesa setelah wujudnya rasa tidak selesa. Berilah masa dan ruang untuk diri ini pulih setelah pelbagai cerita dimanipulasi, disensasikan dan sebagainya.
Ingat, bukan tidak memafkan, cuma berilah masa dan ruang, kerana hati ini masih lagi sedih.

No comments:
Post a Comment