Wednesday 9 June 2010

Sireh Pulang Ke Gagang (SPG) 2010

Assalamualaikum....

Tarikh kejadian : 2 Jun - 3 Jun 2010
Masa kejadian : 8.00 am 2 Jun - 2.00 pm 3 Jun
Tempat Kejadian : Dewan Seri Mahkota & Sekitar MRSM Batu Pahat

Sebenarnya, program add hoc ni, HEA saya minta saya cuba buat sebab tak nak bebudak form 2 & form 4 joget dayak after exam. Sebabnya, tarikh exam sem 1 dah diawalkan, maka ada 4 hari free sebelum school holiday.
Maka, saya berusaha menghubungi ex-students yang saya kenal untuk mereka kembali ke MRSM BPJ (nak lagi time ni cuti sem bagi pelajar U).

Saya ringkaskan.....
Alhamdulillah, program berjalan lancar dan sangat mantap ex-students jadi fasi kepada adik2 Form 2 & form 4. Tapikan, budak Form 3 & Form 5, geram kat saya sebab saya tak buat program gempak macam ni untuk mereka.

Maafkan cikgu ye kanak-kanak....awak2 semua dah ada program khas untuk PMR & SPM....Kita soroti sedikit gambar yang saya ambil dari Saufi (SPM 2006) yang juga as Ketua Fasi pada hari itu.
Paling tak boleh tahan, bila Hasrul (Yo) jadi abang garang..hakhakhak.



Banyak lagi gambar dan aktiviti. Cuma ini sebahagian sahaja... Saya ucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada pada fasilitator yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk kembali ke maktab dan curahkan tenaga dan idea untuk membantu adik-adik MRSM BPJ. Semoga jasa kalian mendapat keberkatan...
Tahun depan, insyALLAH ketemu lagi

sarang heyo (^_^)

No comments:

Post a Comment