Rasanya dah lama saya tak berblog..maksud saya, saya mencurahkan idea sendiri..
Bukan apa, idea tak berapa nak ada untuk menulis...(walaupun pada hakikatnya saya taip je, tak tulis pun)..
Kalau nak menulis ni, time mood kena ada, baru banyak idea...
Lagipun, saya memang suka menulis dari zaman muda-muda lagi (ceh, cakap macam dah tua sangat je..padahal angka 3 tu tak mencecah lagi =) ).
Ok, kita perhatikan gambar bawah ni betul-betul yer....
Bukan apa, idea tak berapa nak ada untuk menulis...(walaupun pada hakikatnya saya taip je, tak tulis pun)..
Kalau nak menulis ni, time mood kena ada, baru banyak idea...
Lagipun, saya memang suka menulis dari zaman muda-muda lagi (ceh, cakap macam dah tua sangat je..padahal angka 3 tu tak mencecah lagi =) ).
Ok, kita perhatikan gambar bawah ni betul-betul yer....
The Life Cycle
Ni la kehidupan kita...hidup ibarat roda..Semasa kita kecil (macam dalam gambar ni, yang kotak 1st tu)...kita memerlukan bantuan orang lain..kita lahir, mana reti nak kayuh basikal sendiri kan...mak ayah kita la yang bawak kita (tu kalaua naik basikal la, kalau naik motor & kereta pun, orang lain yang bawak kan)..mana la ada orang lahir-lahir terus kahyuh basikal sendiri...Macam tu juga dengan hidup, kita tak tahu nak urus diri sendiri, mak ayah yang uruskan...(jap jap, tetiba teringat kat baby yang kena buang tu..kesian kan, kecik2 dah kena buang, tak tahu pape pun..mak yang buang tu, dulu masa baby pun, mak ayah dia gak yang uruskan dia...).
Sambung balik, macam tu la psikologi baby, kena ada orang uruskan, supaya boleh terus hidup..
Dan begitu juga kita manusia, ada masanya kita memerlukan bantuan orang sepenuhnya kerana ada masanya kita tidak mampu untuk berbuat sesuatu...
Then, pic pada kotak kedua tu
Ha...time ni, dah pandai naik basikal roda 3..ingat dulu masa kecik2, saya pun naik basikal roda 4 (bukan macam dalam gambar ni), ada 2 tayar kecik kat belakang..untuk bagi keseimbangan masa bawak basikal...dan, kanak-kanak pun tak reti dapat basikal naik basikal roda 2...kena la belajar dulu, bagi balance kan badan masa nak bawak basikal....
Macam tu juga dengan kehidupan, kanak-kanak masih lagi perlukan bantuan, walaupun time ni dah boleh buat sendiri beberapa perkara..
Macam tu juga dengan kita, tak semua perkara kita boleh bua sendiri kan..ada masanya kita perlukan juga bantuan orang lain.
Pic pada kotak ke3 pula...
Time ni dah dewasa, so boleh la bawa basikal sendiri (kalau yang tak reti naik basikal tu...ha, naik la motor ke, kereta ke..hihihi)..Time ni kudrat kita kuat
Bila dah dewasa, kita mampu untuk berdikari sendiri..kita boleh buat kerja sendiri..beruntungkan kita, sebab dalam kita mampu untuk berdikari, ada juga insan yang pada tahap ini, masih lagi berada pada tahap kotak yang pertama, mean kena ada orang uruskan macam baby...bersyukur kerana kita berada pada kotak ini dan mampu untuk uruskan diri kita sendiri...
Pic pada kotak ke4
Time ni kita dah berusia, dan kita kembali kepada asal..kerana kudrat kita telah terbatas....dan kalau lagi terbatas, jadilah kita macam dalam gambar tu..duduk atas kerusi roda...dan ada orang lain bantu kita..time ni, kita tak tahu, sama ada yang bantu kita tu anak-anak kita atau orang lain yang bukan ahli keluarga kita..(jom kita cek diri kita, mak ayah kita sekarang ni masih ada lagi & masih sihat atau sakit???, adakah kita jaga mak ayah kita??)
Dan inilah fitrah kehidupan...pusingan dalam kehidupan...kita tetap akan kembali pada yang asal..dari tanah kita datang, kepada tanah jua kita kembali...dari asal kita tidak berupaya melakukan apa-apa, maka pada akhir hayat kita apabila kita tua kelak, kita juga memerlukan bantuan orang lain juga nanti...
Begitu lah kita...pusingan dalam kehidupan kita...namun, setakat kotak yang mana kita dapat tempuh???itu, hanya ALLAH yang tahu...mampukah kita sampai ke tahap kotak ke4???Wallahualam....
Renung-renungkan...sudahkah kita semua bersedia.......
Sarang heyo (^_^)
entry nih besh2
ReplyDeletesaufiahmad...hoyeehhhhh
ReplyDeleteTQ TQ