Tuesday 15 November 2011

Ada orang hilang pedoman buat page guna gambar perempuan di facebook?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Binnabil Huda

Awak ada facebook? Rata-rata kita pada zaman ni, memang memiliki akaun facebokk. Kanak-kanak tadika pun ada yang ada facebook. Ada tu, yang boleh dipanggil nenek @ atok pun ada akaun facebook. Kira facebook ni, satu fenomena yang sangat2 popular, sebab orang yang tak ada facebook ni, macam pelik.

Sebenarnya tak pelik pun. Terpulang pada individu tu sendiri, macam mana nak guna, macam mana nak handle & facebook tu tujuan untuk apa. Ada orang jadikan facebook sebagai medan dakwah. Ada orang jadikan facebook sebagai medan untuk tambah kenalan atau kumpulkan kawan2 yang dah lama terpisah. Ada orang, sekadar ada je lah facebook tu, bak kata orang, jangan tak ada. Ada orang, jadikan facebook sebagai medan luah perasaan & cerita segala benda yang ebrlaku & tak puas hati. Ada orang jadikan facebook sebagai medan politik. Ada orang jadikan facebook sebagai medan untuk berniaga.

Banyak kan...apa pun medannya...kita yang tentukan. Saya tertarik dengan satu gambar, dari Ustaz Azhar Idrus pasal luah perasan di facebook ni. Ni, saya share kan ......




Hmm, sebenarnya bukan ni yang saya nak entrikan. Sekadar mukadimah & peringatan buat diri sendiri. Yang betul-betul saya nak highlightkan, saya ada buka FB, macam biasa, nak masuk kat group WKTI saya tu lah. (Lately FB hanya untuk masuk kat WKTI.) . Saya pergi lah home, then ....


Astagfirullah, sangat banyak video lucah, gambar perempuan yang seksi & aksi yang XXXXXX.

Dan saya terbaca satu status dari ramai friends dalam FB saya macam ni

PERHATIAN:PARA HACKERS TELAH MASUK KE DALAM FACEBOOK & MEREKA MELETAKKAN VIDEO LUCAH ATAS NAMA ANDA KE DALAM WALL ATAU PROFILE KAWAN ANDA TANPA ANDA MENGETAHUI. . ANDA TIDAK DPT MELIHATNYA, TAPI ORANG LAIN BOLEH, SEAKAN-AKAN KITA YG MEMBUAT VIDEO ITU! JADI,SEKIRANYA ANDA MENERIMA SESUATU DARIPADA SAYA,BUKAN SAYA YG MEMBUATNYA!copy this in your wall..
Bukan yang ni je. Saya ada nampak sangat banyak gambar perempuan yang XXXXXX & ada yang pakai tudung, tapi komen2 yang ada, teruk2. Rupanya, ada 1 page tu, penuh dengan gambar perempuan baik yang pakai tudung, baik gambar sopan apa lagi gambar yang pakai tudung tapi XXXX . page tu, main ambil je mana-mana gambar perempuan (saya yakin dalam FB sendiri) .
Then letak kat page tu. So, orang2 yang like page tu, memang akan komen yang teruk-teruk. Ada juga yang bagi nasihat, supaya hentikan perbuatan mengaibkan orang lain.

Saya pasti, tuan gambar tak tahu pun. Sebab saya ada nampak, satu gambar macam muka anak murid saya. Sedih betul lah. Cuma nasib baik gambar dia sopan. Tapi walau sopan pun, tapi komen-komen yang orang bagi? Sungguh XXXXXX.

Semua ni, salah sendiri juga. Sebab di FB, orang yang bukan friend kita, boleh nampak gambar kita bila kawan-kawan kita KOMEN atau LIKE gambar kita tu. Jadi, kawan-kawan yang kawan dengan kawan kita yang komen, pun boleh nampak dan tahu apa kawan-kawan kita komen kat gambar kita tu (adehh...belit-belit ayat ni).

Jadi, lebih elok & selamat kalau tak letak gambar di FB. Sebab entah mana-mana lelaki yang ambil gambar, dan letak entah kat mana-mana page atau kat mana-mana album. Kita dimalukan tanpa kita ketahui. Even gambar kita dengan kawan-kawan kita pun. Ada orang yang tak ada akal panjang yang waras, ambil dan aibkan. Then orang-orang yang entah dari ceruk mana yang kita langsung tak kenal, komen teruk-teruk. Seolah perempuan murahan!.

Memang orang yang buat tu tak bertanggungjawab..Tapi, dari mana mereka dapat gambar-gambar tu? Dari kita sendiri sebenarnya. Bukan seorang yang buat, malah ramai yang buat! Ramai yang ambil gambar kita tanpa disedari, dan buat macam-macam pada gambar kita!

Saya share sikit dari Zaharuddin mengenai gambar di facebook...


2) Terlebih gambar Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai. Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu. Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah. Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'. Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook.


Memang ada orang yang sakit jiwa buat page tu. Walau gambar gadis sopan, tetap diambilnya dan letak dalam page tu. Orang yang buat memang sakit jiwa. Orang yang komen-komen melampau pun sakit jiwa. Cuma kalau dari sudut positifnya, page tu nak wanita terutamanya muslimah supaya sedar & tahu erti malu. Supaya tidak share yang tidak sepatutnya kepada umum.

Sebaiknya delate lah. Walau privacy, internet ni ada banyak kemajuan. Bimbang kita jadi sebahagian dari fitnah itu.

Firman Allah SWT:

Bermaksud :dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; (terjemahan sebahagian ayat 31 surah al-Nur )

Dalam tafsir Ibnu Kathir dinukilkan beberapa pandangan mengenai perhiasan tubuh yang diberi pengecualian antara:

عن ابن عباس: { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } قال: وجهها وكفيها والخاتم

Ibnu Abbas mengatakan antara perhiasan berkenaan ialah wajah , kedua tapak tangan dan cincin.Beliau membawa dalil :

عن عائشة، رضي الله عنها؛ أن أسماء بنت أبي بكر دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وعليها ثياب رقاق، فأعرض عنها وقال: “يا أسماء، إن المرأة إذا بلغت المحيض لم يصلح أن يُرَى منها إلا هذا” وأشار إلى وجهه وكفيه

Daripada Aishah R.A bahawa Asma’ bte Abu Bakar menemui Nabi SAW dalam keadaan berpakaian agak nipis lantas Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata “wahai Asma’ sesungguhnya apabila sampai peringkat umur baligh , tidak harus dirinya dipandang kecuali ini sambil menunjuk kepada muka dan tapak tangannya.(sunan Abi Daud 4014)

Dalam isu menundukkan pandangan Allah SWT berfirman:

Bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.(Terjemahan ayat 30 surah al-Nur)


Mengikut sebahagian ulama muka dan tapak tangan adalah termasuk dalam perhiasan yang diberi keizinan oleh syara’ untuk didedahkan .Namun falsafah mengapa ia diberi keizinan ialah seperti diungkap oleh al-Hafiz Ibnu Kathir

قال : { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } أي: لا يُظهرْنَ شيئا من الزينة للأجانب، إلا ما لا يمكن إخفاؤه.

“Janganlah mendedahkan perhiasan berkenaan kepada lelaki asing kecuali yang tidak mungkin atau sukar untuk di sembunyikan

Maka dengan itu , sengaja meletakkan gambar walaupun menutup aurat didalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri hendaklah dijauhi lebih-lebih jika gambar itu ada unsur tabarruj , aksi yang merangsang dan membawa kepada fitnah yang lebih besar kepada diri sendiri mahupun keluarga .

Kecuali ada maksud tertentu yang diterima oleh shara’ tetapi dengan penampilan yang cukup beradab seperti bersama-sama rakan yang lain dalam sesuatu program atau bersama suami .

Hadith menyebut :

انما الأعمال بالنيات

Hanyasanya amalan itu itu dinilai berdasar kepada niat

Kaidah feqh menyebut :

الأمور بمقاصدها

Sesuatu perkara itu berdasarkan kepada tujuannya.


Sumber : Ustaz Zamri Hashim , Sekretariat MUIS


Hmmm......bahaya kemajuan internet ni. Sebab peluang penyebaran fitnah & buka aib orang lain semakin besar. Kalau nak letak tu, letak sekadar yang perlu sahaja. Yang sopan & menutup aurat. Tapi yang sopan juga jadi bahan fitnah & aib. Kasihan kepada mereka itu. jadi mangsa orang yang sakit jiwa & hilang pertimbangan. Ambil ikhtibar dari page tu. Letak sekadar yang perlu & macam mana bentuk gambar itu.

Panjang entri saya kali ini. Maaf kalau yang membaca, pening tengok tulisan banyak. Dan penat nak membaca.

Terima kasih kepada yang selalu mengikut tulisan blog ini. Semoag mendapat manfaat. Mana yang salah, saya harap ditegur. Mana yang tidak membawa manfaat, tegurlah saya.


Wassalam....

No comments:

Post a Comment