Monday 7 November 2011

Semua Orang Tak Baik...BERHENTI!!!!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Spirited Away

Oppssss...jangan salah faham dengan tajuk itu. Tajuk gimik je. Tapi, lebih kepada kisah yang berlaku masa Hari Raya Haji baru-baru ni.

Pada saya, kisah ini agak lucu, TAPI ada pengajaran yang terselit dan boleh dijadikan ikhtibar. Sebelum saya menaip lebih lanjut, macam mana Hari Raya Haji kalian semua? Saya, alhamdulillah, gembira, seronok, dan pelbagai kisah menarik.

Namun, saya nak share 1 kisah yang benar-benar terjadi. Kisah sepupu saya, yang "buat hal" masa sembelihan keluarga.

Sepupu saya ni, berusia 6 tahun (yang sebetulnya hampir 6 tahun). Dia ni, memang petah bercakap. Macam orang dewasa. Ayat-ayat yang dituturkan, ayat bahasa melayu yang betul. Orang kata ayat skema BM. Tak ada pelatnya. Banyak bertanya. Orang kata, macam budak cerdik kalau bercakap.

Dijadikan cerita, famili kami (famili sepupu & pak ngah saya) buat lah ibadah korban. Rumah mak saudara saya (mama sepupu saya ni) depan surau. Jadinya, ibadah korban tu buat di surau depan rumah tu lah. Ada lah 8 ekor lembu, dan sekor kambing. Pak ngah saya, korban lembu & buat akikah kambing.

Sehari sebelum korban, sepupu saya ni, (namanya Zahir) , bagilah lembu dan kambing tu makan dan minum (dengan penuh kasih sayang hikhikhik).

Tiba hari raya korban (hari Ahad), sembelihan dilaksanakan. Zahir pun tengok lah lembu tu dibaringkan, ditepi lubang yang dah dibuat. Ada lah tukang sembelih sekali. Apa yang jadi???? Jom, ikuti dialog ini.

Muka Zahir dah mula marah bila nampak orang nak sembelih lembu-lembu yang ada kat surau tu.

Zahir : Papa jahat, pak ngah jahat, semua orang jahat. Tak baik! Dunia dunia, apa nak jadi dengan dunia ni.

Sambil pak cik tu sembelih, Zahir pun berkata ;

Zahir : hei, berhenti! berhenti! Tak baik! Semua orang tak baik!

Pak cik sembelih tu tercengang-cengang, sampai terbehenti seketika.

Zahir, tendang-tendang papa dia, cubit-cubit mama dia. Sambil marah-marah.

Masa papa dia & pak ngah melapah lembu, Zahir pun datang. Masa tu, papa dia & pak ngah tengah melapah kulit lembu.


Zahir : Buat apa tu?
Pak Ngah : Nak tukar baju lembu

Kihkihkih.....Itulah kisahnya hari raya korban sepupu saya. Mengamuk seharian. Bila sebut pasal lembu & kambing, Zahir jadi emosi. Hihihihi. Kisah ni, pasti akan dibawa-bawa sampailah Zahir dewasa nanti (^_^) . Macam-macam. Semua ni, gara-gara dia selalu tengok Wonder Pet. Ayat-ayat yang dia tuturkan hari-hari pun ayat-ayat Wonder Pet.

Pada saya, pengajaran yang terselit, budak kecil tahu erti kasih sayang. Tapi orang dewasa? Zahir mungkin tak faham sebab korban, Zahir tak mengerti erti orang melakukan korban, tapi macam mana dengan manusia yang zalimi haiwan? Bukan saya kata korban tu zalim. Maksud saya, orang yang aniaya binatang tu. Bakar kucing, sepak kucing, pijak-pijak kucing. Pukul-pukul binatang.

Zahir mungkin belajar dari Wonder Pet erti kasih sayangkan haiwan. Tapi orang dewasa yang dah ada akal yang boleh ditaakul? Yang boleh berfikir? Kejam kan dengan haiwan.

Hmmm......kasihan haiwan-haiwan yang dizalimi tu.....

Ada banyak lagi kisah Zahir....kelakar. But yang ni jelah saya nak share.... (^_^)



Ni lah Zahir. Masa ni, Zahir belum tukar baju baring lagi (baju tidur, tapi Zahir panggil baju baring, sebab dia baring dulu sebelum tidur).


No comments:

Post a Comment