Sunday 15 January 2012

My 1st PAVLOVA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Law Kana Bainana (versi Hafiz Hamidun)

Awak.....awak sihat? Saya harap awak sihat. Saya ALHAMDULILLAH, sihat. Terima kasih ALLAH, TQ ALLAH, I LOVE YOU ALLAH. Senyum besar sikit (^_______^) . Positifkan minda dan jiwa ye awak.

Awak tahu PAVLOVA? Pernah dengar PAVLOVA? Baru-baru ni, saya mencuba buat PAVLOVA ni, setelah sekian lama jakun tengok gambar-gambar kat FB orang upload pasal PAVLOVA. Asyik dapat tengok gambar aje kan. Nak cuba buat, tak tergerak. Baru ni tergerak nak buat. Sedap! Tapi deco hancussssss................. Tak apalah, janji masuk mulut, sedap! Encik zauj makan bertambah-tambah.

Apa dia Pavlova ni?

Pavlova (pav) adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. (^__^). Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing dan pecah-pecah gitu. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. Kalau tengok kulit luarnya, pecah-pecah rangup. Sedap tu...Saya tak boleh nak bayangkan dengan kata-kata.

Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.

Ada perbalahan di zaman dulu kala di antara Australia dan New Zealand yang berebut hak siapa yang mula mencipta Pavlova. Takpalah. Lantaklah mereka kan nak bergaduh pun. Yang penting, saya cuba resepi yang menggoda ni. Apa yang perlu awak tahu, nama Pavlova ni dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926.

Jom, kita zassss bahan-bahan dan cara nak buatnya :


Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna 175gm gula kastor,)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla
* Tapi sebab saya "rajin", saya guna whipped cream yang picit2 tu je.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. SILA AMBIL PERHATIAN, JANGAN ADA SIKIT PUN KUNING TELUR YER. SIKIT PPUN TAK BOLEH ADA! Bekas yang awak guna untuk putar pun, BETUL-BETUL KERING. TANPA KESAN AIR, KESAN MINYAK. Putar putih telur tu sampai kembang. Saya guna hand mixer. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Macam mana nak tahu, awak cuba terbalikkan, kalau tak jatuh, tu dah ok la tu.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue awak dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung.

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.





6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Lukis je bulat, tekap dengan apa2 lah yang bulat. Kalau rajin nak guna jangka lukis, boleh jugak.

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis.



Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven pulak kan.

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.


Masa ni, dah nak masak. Warna akan bertukar kepada coklat muda. tepi-tepinya akan merekah merekah. Sedap tu. crunhcy.


Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.


Sila abaikan deco saya yang hancuss ni. Saya guna buah kiwi & buah anggur saja.


yang ni, pada saya tak lah berapa menjadi. Encik zauj kata, sedap. Cuma pada saya, tak berapa menjadi. Boleh cuba lagi nanti. Rasa pavlova ni manis. Saya kena kurangkan lagi kot gulanya next time. Ok, awak cuba yer nanti.

sumber :

http://www.joyofbaking.com/Pavlova.html

http://www.waitrose.com/content/waitrose/en/home/recipes/recipe_directory/d/delia_s_strawberry_and_vanilla_pavlova.html


http://mymekar.com/dari-dapur-mekar/pavlova-resepi-dan-cara-membuatnya/


OK, SEKIAN DULU BUAT KALI NI.

positifkan minda dan jiwa.

Wassalam...

p/s lepas ni, boleh cuba red velvet & carrot cake pulak.

1 comment:

  1. kakak form 5,,jom buat pav sama-sama nanti bila sy balik..oke-oke??
    p/s: tahu tak sape sy??

    ReplyDelete