Sunday 15 July 2012

DIA Yang Awal, DIA Yang Akhir

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : 


Apa khabar? Saya yakin, awak semua sihat & berada di bawah lindunganNya senantiasa. Amin. Positifkan minda dan jiwa...InsyALLAH, hidup akan ceria.

Apa yer saya nak share? Ada tu memang ada, cuma saya tak tahu macam mana nak mulakan.
Ya Allah, saya nak share something ni, tolong saya Ya Allah, berilah saya ilham. Saya nak share yang itu, tapi saya tak tahu macam mana nak mulakan. Tolong saya Ya Allah. Terima kasih Ya Allah. Saya sayang Allah.

Bergantung hanya kepada Allah. Setiap saat dalam hidup, setiap kita, kita akan buat keputusan kan. Ya, kita akan buat keputusan setiap masa. Kita nak makan apa, kita nak minum apa, kita lapar nak makan atau tidak, kita dahaga nak minum atau tidak, nak mandi atau tidak, nak pakai baju apa hari ini, nak jawab telefon atau tidak, nak balas sms atau tidak, nak memaafkan orang atau tidak, nak mengumpat orang atau tidak, nak menjaga aib orang atau tidak dan segala macam perkara yang kita buat, KITA YANG BUAT KEPUTUSAN PADA SETIAP MASA.

Kadangkala kita sendiri pening, serabut dalam buat keputusan. Sampai nak makan apa pun, kita tak tahu. Sampai tertanya-tanya, 'apa yer nak makan hari ni...tak tahu dah nak makan apa'. Pernah kan alami situasi ni. Nak pakai baju apa pergi kerja pun "baju apa nak pakai esok pergi kerja ni, tak ada baju dah ni". Tak ada baju? Sedangkan dalam almari kita, ada banyakkkkkkk baju untuk kita pakai. Pernah kan alami situasi ni....

Balik semula kepada pergantungan hanya kepada Allah. Sebenarnya, kita lupa, dalam buat keputusan setiap masa tu, kita kena mohon kepada Allah. YA, HANYA KEPADA ALLAH. Kita jadi penat fikir nak makan apa...kita penat fikir nak pakai baju apa. Sedangkan kita lupa, Allah yang beri ilham. Kita nak pakai pakaian tutup aurat atau tidak, kita nak makan halal atau tidak, kita nak makan sebab nafsu makan atau untuk kesihatan.

Kalau semuanya bergantung kepada Allah, Allah akan beri ilham yang sangat best dan sesuai dengan kita.
Cakap aje, "Ya Allah, saya nak makan untuk kesihatan saya ni, tapi sya tak tahu nak makan apa. Saya tengok, ada banyak makanan ni Allah, tapi yang mana satu saya nak makan ni Allah. Tolonglah saya Ya Allah." 

Awak rasa itu gedik ke? Gedik? Apa salahnya gedik dengan Allah. Daripada gedik dengan lelaki lain, daripada gedik dengan kawan-kawan, lebih baik gedik + manja-manja dengan Allah. 

Setiap perkara tu kan mula dengan niat. Jadi, ini kira niatlah. Niat kerana Allah. Bukan dalam bahasa Arab? Allah kan faham semua bahasa. Allah kan Maha Hebat. Awak cakap lah bahasa apa pun, Allah akan tahu. 
Minta lah dengan Allah setiap masa. Dalam apa juga keputusan yang awak nak buat. Dalam apa juga keadaan yang awak rasa sulit. Tak kira apa juga keadaan. Hanya bergantung kepada Allah. 

Walaupun pada ketika itu, kita sangat penat dengan hari-hari yag kita lalui. Walaupun pada saat itu, kita  dikhianati oleh sahabat kita sendiri. Walaupun pada ketika itu, orang sekeliling memperkatakan tentang kita. Walaupun pada ketika itu, kita berada dalam keadaan yang kita sangat takut. Bergantung hanya kepada  Allah.

Saya pernah menghadiri satu kursus, berkenaan dengan minda. Alhamdulilllah. Dan saya diingatkan, THE MAP IS NOT A TERRITORY. Maknanya, apa yang kita tengok & lihat & kita dengar, tidak semestinya betul. Maka, jangan terus buat andaian atas apa yang kita tengok, kita lihat, kita rasa & kita dengar. Sebabnya, THE MAP IS NOT A TERRITORY.

Setiap yang berlaku itu, sebenarnya mengajar kita untuk menjadi matang. Allah jadikan setiap pengalaman dan hari-hari yang kita lalui itu, untuk mengajar kita menajdi orang yang matang dan supaya kita menjadi hamba Allah yang lebih baik setiap hari. Tiada manusia yang sempurna, dan setiap kita pasti akan melakukan kekhilafan. Dan dari situ, antara kita sedar atau tidak, Allah sedang mendidik kita menjadi manusia yang tenang & sabar. Kembali kepada Allah. 

Dapatkan aura Alpha...macam mana nak dapat???? Ahaaa....insyALLAH, saya akan kongsikan satu hari nanti. Dengan izin Allah juga nanti. Sesungguhnya, DIA Yang AWAL, DIA Yang Akhir...

Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas ilham ini.

Positifkan minda dan jiwa. 

Wassalam...


 

No comments:

Post a Comment