Homesick?
Rumah sakit atau sakit rumah?? Yang mana satu??
Namun, tiada kaitan...Saya maksudkan, rindu terhadap rumah, rindu mak ayah, rindu adik-beradik, rindu kawan-kawan, rindu suasana rumah. Hal ini terjadi apabila kita berjauhan dari semua ini.
Fenomena homesick ini acapkali saya akan hadapi apabila Minggu Penyesuaian Diri di MRSM Batu Pahat. Dari rakan-rakan kaunselor yang lain juga, saya mendapat maklumat yang sama. Pelajar Tingkatan 1 terutamanya, akan menangis kerinduan sebaik sahaja ditinggalkan ibu bapa mereka.
Rumah saya, sudah pasti akan kerap dengan ketukan-ketukan kanak-kanak Form 1 ni. Bila buka pintu, wajah sugul kesedihan bersama linangan air mata yang akan saya lihat. Saya??Apa saya buat??
Seperti biasa, saya akan menyelami kesugulan, kesedihan kanak-kanak ini. Sambil menangis teresak-esak, saya hulurkan tisu. Kalau tiada tisu, pasti akan saya lap air mata kanak-kanak Form 1 ini dengan jari-jemari saya. Tanda prihatin & saya mahu mereka rasa mereka dipunyai.
Kasihan???Hmmm, simpati mungkin.
Yang pasti, sepanjang Minggu Penyesuaian Diri, housemate saya sudah pesan awal-awal,
" Minggu ni, kalau budak ketuk pintu, mesti nak cari kaunselor"
Haha. Pada saya, saya tidak kisah dengan situasi ini. Saya seronok. Saya suka. Saya cintakan kanak-kanak itu. Pada saya, mereka perlu dibimbing untuk menjadi matang & perlu belajar untuk berdikari.
Saya labelkan sebagai 'homesick'
kerana banyak lagi kisah tentang homesick ingin saya kongsikan bersama
sa rang heyo ^_^