Ini blog kedua saya. Blog yang pertama, saya khaskan untuk diari hidup saya. Tetapi notacintahatiku.blogspot.com (SEKEPING HATI SETULUS RASA) ini saya khaskan untuk assignment KKP 5023, PENGURUSAN BIMBINGAN KAUNSELING. Bukan semata-mata kerana saya perlu menyiapkan tugasan ini, namun saya fikir perlu saya ada juga blog kedua ini. Khas untuk saya dan insan-insan yang saya cintai. Bila berbicara tentang cinta, bukan hanya insan teristimewa sahaja, malah insan-insan lain yang saya sayang, juga diri sendiri. Maka, Sekeping Hati, Setulus Rasa ini, saya hamparkan kisah suka duka saya bersama insan-insan yang saya sayangi, juga kehidupan saya, aktiviti saya dan peristiwa-peristiwa yang saya ingin kongsi bersama. Dari kalbu saya yang mengalir ke keyboard ini, ingin saya berbicara tanpa suara tentang erti persahabatan, erti kehidupan, erti kasih sayang.
Cita-cita saya : berusaha untuk meng'update' blog ini setiap hari. Namun kehidupan di MRSM Batu Pahat, membataskan saya untuk melakukan demikian. Tapi belum cuba belum tahu kan. Usaha itu tangga kejayaan. Nama 'secawan nescafe' saya gunakan kerana saya sayang dan mencintai nescafe. Sambil-sambil berblog, enak kan kalau ada satu mug nescafe ^_^
Sa rang heyo ^_^(Saya sayang kamu)

No comments:
Post a Comment