Saturday, 31 December 2011
From my ipad2
Wednesday, 7 December 2011
TOMATO
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Short Film-Tomato
Dalam cuti ni juga, uruskan hal pelajar Pra SPM MRSM. Macam-macam hal pasal ni. Tapi, saya tak berminat untuk cerita di sini. Cuma saya mengharapkan semua pelajar saya yang mohon, dapat kursus yang mereka pilih.
Entri kali ni, saya kongsi 1 video filem pendek. Tajuk TOMATO. Sarat dengan mesej & pengajaran. Kan bagus kalau filem-filem kat Malaysia buat filem unsur-unsur & mesej macam ni. Ini tidak, asyik cerita hantu, cinta, seksi sana sini, gejala sosial yang melampau yang jadi tontonan masyarakat.
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
(Ali-Imran, 3:133-134)
Ok, enjoy dengan filem pendek ni.....Saya tengok berulang kali.
Sekian dulu dari saya setakat ini. Hingga bertemu lagi.
Wassalam
Tuesday, 29 November 2011
Pilihan....Nak Macam Mana?
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : 0330
Sejak kecil, kita telah dipertemukan dengan pilihan.
Nak makan, tak nak makan
Nak mandi, tak nak mandi
Nak tidur, tak nak tidur
Nak main, tak nak main
Meningkatnya dewasa, semakin banyak pilihan yang harus dibuat. Namun, pilihan masih ada.
Nak belajar, tak nak belajar
Nak keluar, tak nak keluar
Nak main game, tak nak main game
Nak pergi sekolah, tak nak pergi sekolah
Bila usia sudah mencecah umur baligh, persoalan baru timbul. Dan ya, pilihan masih ada
Nak bercinta, tak nak bercinta
Nak sayang, tak nak sayang
Nak solat, tak nak solat
Nak mengaji, tak nak mengaji
Nak masuk syurga, tak nak masuk syurga
Nak masuk neraka, tak nak masuk neraka
Ya, masih ada pilihan. Tapi mengapa pilihan yang salah selalu diambil tetapi mahukan pengakhiran yang baik? Mengapa mahu memilih jalan yang membawa ke arah dosa tetapi mahukan syurga Allah? Mengapa sering memberi alasan sedangkan sudah terbukti pilihan itu salah?
Ya, kita diberi kebebasan untuk memilih. Tetapi, buat lah pilihan yang tepat. Hak kebebasan untuk memilih itu tercabul sekiranya pilihan yang dibuat itu membawa kepada rosaknya akhlak dan peribadi sendiri.
Kita bukan anak kecil berusia 5 tahun yang harus mama nya yang membuat pilihan. Kita bukan cacat mental yang memerlukan orang yang berfikiran waras untuk memberi keputusan. Kita sudah dewasa. Sudah kenal erti salah dan benar. Sudah tahu hukum. Sedar lah
* saya memilih untuk tidak memilih yang salah
** sahabat, buatlah pilihan terbaik
*** jangan cabuli hak anda untuk memilih
Thursday, 24 November 2011
CETUSAN MINDA 8
penyakit ilmu ialah LUPA.
penyakit harta ialah BAKHIL.
penyakit syahwat ialah ZINA.
penyakit hati ialah DENGKI.
penyakit wanita banyak pada mulutnya ( mengumpat )
penyakit lelaki banyak pada matanya ( memandang yang haram )
p/s saje nak kasi warm up. lama dah tak update new entri...ada banyak yang nak share CUMA masa & kerajinan belum tiba...nantikan....
Thursday, 17 November 2011
Tuesday, 15 November 2011
Saya Suka Bunga Nieeeeeeeee
Ada orang hilang pedoman buat page guna gambar perempuan di facebook?
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Binnabil Huda
Sebenarnya tak pelik pun. Terpulang pada individu tu sendiri, macam mana nak guna, macam mana nak handle & facebook tu tujuan untuk apa. Ada orang jadikan facebook sebagai medan dakwah. Ada orang jadikan facebook sebagai medan untuk tambah kenalan atau kumpulkan kawan2 yang dah lama terpisah. Ada orang, sekadar ada je lah facebook tu, bak kata orang, jangan tak ada. Ada orang, jadikan facebook sebagai medan luah perasaan & cerita segala benda yang ebrlaku & tak puas hati. Ada orang jadikan facebook sebagai medan politik. Ada orang jadikan facebook sebagai medan untuk berniaga.
Banyak kan...apa pun medannya...kita yang tentukan. Saya tertarik dengan satu gambar, dari Ustaz Azhar Idrus pasal luah perasan di facebook ni. Ni, saya share kan ......
Hmm, sebenarnya bukan ni yang saya nak entrikan. Sekadar mukadimah & peringatan buat diri sendiri. Yang betul-betul saya nak highlightkan, saya ada buka FB, macam biasa, nak masuk kat group WKTI saya tu lah. (Lately FB hanya untuk masuk kat WKTI.) . Saya pergi lah home, then ....
Astagfirullah, sangat banyak video lucah, gambar perempuan yang seksi & aksi yang XXXXXX.
Dan saya terbaca satu status dari ramai friends dalam FB saya macam ni
PERHATIAN:PARA HACKERS TELAH MASUK KE DALAM FACEBOOK & MEREKA MELETAKKAN VIDEO LUCAH ATAS NAMA ANDA KE DALAM WALL ATAU PROFILE KAWAN ANDA TANPA ANDA MENGETAHUI. . ANDA TIDAK DPT MELIHATNYA, TAPI ORANG LAIN BOLEH, SEAKAN-AKAN KITA YG MEMBUAT VIDEO ITU! JADI,SEKIRANYA ANDA MENERIMA SESUATU DARIPADA SAYA,BUKAN SAYA YG MEMBUATNYA!copy this in your wall..
Then letak kat page tu. So, orang2 yang like page tu, memang akan komen yang teruk-teruk. Ada juga yang bagi nasihat, supaya hentikan perbuatan mengaibkan orang lain.
Semua ni, salah sendiri juga. Sebab di FB, orang yang bukan friend kita, boleh nampak gambar kita bila kawan-kawan kita KOMEN atau LIKE gambar kita tu. Jadi, kawan-kawan yang kawan dengan kawan kita yang komen, pun boleh nampak dan tahu apa kawan-kawan kita komen kat gambar kita tu (adehh...belit-belit ayat ni).
Jadi, lebih elok & selamat kalau tak letak gambar di FB. Sebab entah mana-mana lelaki yang ambil gambar, dan letak entah kat mana-mana page atau kat mana-mana album. Kita dimalukan tanpa kita ketahui. Even gambar kita dengan kawan-kawan kita pun. Ada orang yang tak ada akal panjang yang waras, ambil dan aibkan. Then orang-orang yang entah dari ceruk mana yang kita langsung tak kenal, komen teruk-teruk. Seolah perempuan murahan!.
Memang orang yang buat tu tak bertanggungjawab..Tapi, dari mana mereka dapat gambar-gambar tu? Dari kita sendiri sebenarnya. Bukan seorang yang buat, malah ramai yang buat! Ramai yang ambil gambar kita tanpa disedari, dan buat macam-macam pada gambar kita!
Saya share sikit dari Zaharuddin mengenai gambar di facebook...
2) Terlebih gambar Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai. Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu. Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah. Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'. Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook.
Sebaiknya delate lah. Walau privacy, internet ni ada banyak kemajuan. Bimbang kita jadi sebahagian dari fitnah itu.
Firman Allah SWT:
Bermaksud :dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; (terjemahan sebahagian ayat 31 surah al-Nur )
Dalam tafsir Ibnu Kathir dinukilkan beberapa pandangan mengenai perhiasan tubuh yang diberi pengecualian antara:
عن ابن عباس: { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } قال: وجهها وكفيها والخاتم
Ibnu Abbas mengatakan antara perhiasan berkenaan ialah wajah , kedua tapak tangan dan cincin.Beliau membawa dalil :
عن عائشة، رضي الله عنها؛ أن أسماء بنت أبي بكر دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وعليها ثياب رقاق، فأعرض عنها وقال: “يا أسماء، إن المرأة إذا بلغت المحيض لم يصلح أن يُرَى منها إلا هذا” وأشار إلى وجهه وكفيه
Daripada Aishah R.A bahawa Asma’ bte Abu Bakar menemui Nabi SAW dalam keadaan berpakaian agak nipis lantas Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata “wahai Asma’ sesungguhnya apabila sampai peringkat umur baligh , tidak harus dirinya dipandang kecuali ini sambil menunjuk kepada muka dan tapak tangannya.(sunan Abi Daud 4014)
Dalam isu menundukkan pandangan Allah SWT berfirman:
Bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.(Terjemahan ayat 30 surah al-Nur)
Mengikut sebahagian ulama muka dan tapak tangan adalah termasuk dalam perhiasan yang diberi keizinan oleh syara’ untuk didedahkan .Namun falsafah mengapa ia diberi keizinan ialah seperti diungkap oleh al-Hafiz Ibnu Kathir
قال : { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا } أي: لا يُظهرْنَ شيئا من الزينة للأجانب، إلا ما لا يمكن إخفاؤه.
“Janganlah mendedahkan perhiasan berkenaan kepada lelaki asing kecuali yang tidak mungkin atau sukar untuk di sembunyikan”
Maka dengan itu , sengaja meletakkan gambar walaupun menutup aurat didalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri hendaklah dijauhi lebih-lebih jika gambar itu ada unsur tabarruj , aksi yang merangsang dan membawa kepada fitnah yang lebih besar kepada diri sendiri mahupun keluarga .
Kecuali ada maksud tertentu yang diterima oleh shara’ tetapi dengan penampilan yang cukup beradab seperti bersama-sama rakan yang lain dalam sesuatu program atau bersama suami .
Hadith menyebut :
انما الأعمال بالنيات
Hanyasanya amalan itu itu dinilai berdasar kepada niat
Kaidah feqh menyebut :
الأمور بمقاصدها
Sesuatu perkara itu berdasarkan kepada tujuannya.
Sumber : Ustaz Zamri Hashim , Sekretariat MUIS
Hmmm......bahaya kemajuan internet ni. Sebab peluang penyebaran fitnah & buka aib orang lain semakin besar. Kalau nak letak tu, letak sekadar yang perlu sahaja. Yang sopan & menutup aurat. Tapi yang sopan juga jadi bahan fitnah & aib. Kasihan kepada mereka itu. jadi mangsa orang yang sakit jiwa & hilang pertimbangan. Ambil ikhtibar dari page tu. Letak sekadar yang perlu & macam mana bentuk gambar itu.
Panjang entri saya kali ini. Maaf kalau yang membaca, pening tengok tulisan banyak. Dan penat nak membaca.
Terima kasih kepada yang selalu mengikut tulisan blog ini. Semoag mendapat manfaat. Mana yang salah, saya harap ditegur. Mana yang tidak membawa manfaat, tegurlah saya.
Wassalam....
Monday, 14 November 2011
Hati Tenang & Bahagia
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Hakikat Bahagia
Semua orang inginkan kebahagiaan. Tak ada orang yang tak mahu hidup bahagia. Orang gila lagi-lagi lah nakkan bahagia, malah mereka diberi bahagia bila dihantar ke Hospital Bahagia.
Bila seseorang itu bernikah, biasanya dia akan dapat ucapan “Selamat Berbahagia” daripada bekas teman lelaki/wanita, kerana perkahwinan itu membahagiakan.
Tapi, ada ketikanya hati berasa tak bahagia dan tenang. Bila lihat kebahagiaan orang lain, kita berasa gusar. Berasa serba tak cukup. Mungkin kita tidak kaya. Mungkin pasangan kita tidak cukup membahagiakan. Mungkin keluarga kita tidak bahagia.
Apakah sebenarnya kecukupan itu yang membawa kebahagiaan?
Ada orang kaya harta berjuta2, tapi hatinya tak bahagia.
Ada orang punya isteri tiga, tapi hati tak bahagia.
Ada orang ada suami yang hebat, tapi tak bahagia.
Ada orang ada keluarga ternama, tapi tak bahagia.
Ada orang selalu pergi luar negara, tapi tak bahagia.
Ada orang popular, tapi tak bahagia.
Ada orang ramai teman, tapi tak bahagia.
Ada orang kerja besar, pangkat besar, gaji besar, tapi tak bahagia
Ada orang punya kereta besar, tapi hati tak bahagia.
Jadi, apa sebenarnya dan di mana letaknya bahagia tu?
Oh, ia simple saja.
Berkata al-Ghazali “Bahagia dan kenikmatan sejati ialah bila dapat mengingati Allah. Ketahuilah bahawa kebahagiaan setiap sesuatu ialah bila kita merasakan nikmatnya kesenangan dan kenikmatannya, dan kenikmatan itu ialah menurut sifat kejadiaannya masing-masing. Kenikmatan mata ialah bila melihat apa yang indah, kenikmatan telinga ialah bila mendengar suaru merdu dan demikian pula anggota lainnya. Sedangkan kenikmatan hati ialah keteguhan ma’rifat kepada Allah karena hati itu dijadikan adalah untuk mengenal Tuhan.”
Surah ke-13 ayat ke-28 Allah berfirman “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.”.
Namun kita sering terkeliru dan terkelabu dengan perkara2 seperti harta, pasangan, anak-anak dan sebagainya sebagai sumber kebahagiaan. Tidak, malah itu semua adalah elemen2 yang akan membahagiakan apabila kita bahagia. Berapa banyak orang kaya yang bunuh diri, adakah harta membahagiakan mereka? Berapa orang berkeluarga yang menghadapi tekanan perasaan hingga sanggup membunuh ahli keluarga sendiri, adakah keluarga membahagiakan mereka?
Allah telah berfirman dalam surah ke-3 ayat ke-14 “Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini, (yakni) wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik”
Itulah bukti bahawa manusia sering keliru dengan punca2 kebahagiaan, kerana pada pandangan kita, wanita-wanita (pasangan), anak-anak, harta adalah subjek2 yang membuatkan kita bahagia. Sedangkan bila dah bernikah, dan beranak, masih juga hati berasa gusar, tidak tenang, dan tidak bahagia.
Bagaimana mendapatkan hati yang tenang dan bahagia:
1. Elakkan mengambil tahu tentang mereka di sekeliling kita yang kelihatan bahagia dan membandingkan dengan diri kita. Ini adalah tidakan yang negatif dan pesimis kerana ia bukan saja membuatkan kita berasa “Kenapa aku yang tidak bahagia, sedangkan orang lain boleh bahagia?” malah menjadikan kita menolak kebahagiaan dalam dari kita sendiri. Bila kita sering merasakan kita tidak bahagia kerana melihat orang lain yang bahagia, perlahan2 bahagia itu akan lari dari kita.
2. Fokus pada sesuatu perkara yang membahagiakan. Jangan melihat pada apa yang hilang dari kita, sebaliknya lihat pada apa yang masih tinggal. Kalau pasangan kita tak membahagiakan dari sesuatu sudut, pandanglah pada sudut yang lain. Jangan difikir pada benda yang tak ada, sebaliknya optimumkan apa yang tinggal untuk kita dan berbahagialah.
3. Melihat pada mereka yang lebih malang nasibnya. Kalau kita miskin, syukurlah kita tidak hidup melarat. Kalau kita tak ada kerja, syukurlah kita masih boleh makan dan tidak perlu pergi mencuri merompak. Kalau pasangan kita mengabaikan kehendak kita, syukurlah dia tidak ‘main’ luar. Kalau anak kita sering sakit, syukurlah kita ada duit untuk merawatnya. Di luar sana ramai orang hidup melarat, homeless, pasangan yang curang dan zalim,anak-anak menderita sakit sebab takde duit….
4. Menjadikan masa-masa yang ada untuk meperbaiki diri, bukan menangisi nasib. Kita selalu rasa tak bahagia, kerana kita ada banyak masa untuk memikirkan tentang betapa tidak bahagianya kita. Gunakan masa yang ada itu untuk memperbaiki diri, mencari kebahagiaan yang hakiki itu,bukan merintih dan mengeluh “Betapa malangnya nasibku~”. Rintihan yang paling baik adalah rintihan pengaduan kepada Tuhan. Jadi, mengadulah padanya.
5. Usah pinta dikecilkan ujian, tapi mintalah dibesarkan hati. Bila Allah menurunkan sesuatu, contohnya perasaan tidak bahagia itu, kita mungkin sering minta supaya diberikan kebahagiaan, dan dibawa benda2 kesedihan itu jauh2. Mintalah doa dilindungi dari hammi wal hazan yakni kegelisahan dan kesedihan, dan dikuatkan hati, diberi kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi ujian2. Setiap perkara yang Allah turunkan kepada kita, adalah untuk menguatkan kita. Masa kita belajar, kita diberi ujian dan peperiksaan untuk melihat prestasi kita. Sekiranya semua soalan bocor, dan cikgu pula banyak diskaun markah, apa yang kita dapat? Masuk U kita mungkin jadi yang paling bodoh sebab sebelum ni cikgu banyak tolong. Allah memberikan kita ujian2 supaya kita dapat hadapi masa depan yang lebih mencabar. Gembiralah dengan ujian-Nya dan kuatkan hati.
6. Mengadu hanya kepada-Nya. Allah sentiasa ada bersama kita. Kadangkala diberikan hati yang tidak bahagia, sebagai mesej kepada kita bahawa apa yang kita nikmati didunia ni bukan asbab kebahagiaan. Bahagia itu ada bersama-Nya. Hati yang gusar dan tidak tenang, adalah petanda Allah memanggil2 kita untuk mendengar pengaduan kita. Ya, kita boleh jumpa mana2 kaunselor atau pakar motivasi, atau psychiatrist sekalipun, tapi mereka cuma boleh menunjukkan alternatif untuk menyelesaikan masalah kita, sedangkan Allah itu sendiri adalah penyelesaiannya.
7. Syukur dengan apa yang ada, jangan mengeluh pada apa yang tak ada. Pasangan yang tak romantik, tapi kita ada pasangan. Ramai lagi di luar sana masih tercari2 pasangan hidup untuk berkongsi kebahagiaan mereka. Syukur..syukur… kita ada tempat bergantung. Ada orang yang tak bertemu jodoh, atau jodoh tak panjang. Namun itu bukan sebab mereka tidak berasa bahagia. Allah berada dalam tiap2 hati itu bukan kerana dia berkahwin atau tidak, beranak atau tidak, kaya atau tidak. Dia tetap ada, cuma kita saja yang kadang2 nampak, kadang2 tidak.
8. Diri kita berhak untuk bahagia! Jangan jadikan perkara2 menyedihkan dan tidak membahagiakan itu sebagai benteng untuk kita mencapai kebahagiaan. Ada orang yang tunduk kepada masalah dan akhirnya hidup dalam keadaan yang tak happy. JANGAN MACAM TU! Kita berhak untuk mendapat kebahagiaan. Jika pekerjaan kita tak membahagiakan, jangan fokus pada yang tak bahagia tu. Mungkin cuma fokus pada gaji je, hehehe. Adeh. Kalau pasangan kita kurang membahagiakan, jangan biarkan dia menghilangkan mood kita untuk bahagia. Fokus pada diri kita dan buatlah aktiviti2 yang boleh buat kita happy.
9. Tunjukkan pada dunia bahawa kita adalah individu yang paling bahagia, dan kita tak perlukan apa-apa untuk berasa bahagia, kerana kehidupan ini memang sesuatu yang membahagiakan!
Jadi, walau gaji cukup-cukup tanggung hidup, pangkat tak besar, kereta sederhana, isteri seorang, suami kerja biasa, keluarga biasa, tidak pergi luar negara, tidak punya ramai teman, NAMUN kalau hati bahagia, hidup tetap bahagia walau di mana berada.
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta dikerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada dijiwa mahkota di singgah sana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah dijiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang
Kebahagian itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Bahagia itu ada di jiwa mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu kesabaran
~Hakikat Bahagia, UNIC~
Thursday, 10 November 2011
CETUSAN MINDA 7
cemburu yang salah- menjatuhkan/menjahanamkan/sabotaj org yg dicemburui...
cemburu yang betul- ingin jadi sepertinya lalu berusaha keras utk mencapai tujuan tanpa merosakkan mana-mana pihak...
Wednesday, 9 November 2011
Yang............
Assalamualaikum....
Lagu Tema : You Came To Me
Zaman sekarang ni...
yang berduit di pandang mulia,
yang berpangkat di pandang gah,
yang berharta benda di pandang terlalu hebat.
yang pandai berdebat di pandang baik dan sangat2 baik.
Tapi..
pernah tak terfikir sejenak...
yang meminta sedekah di tepi2 jalan,
yang meminta tampa kaki...
yang meminta tampa tangan...
yang meminta tampa emak...dan ayah...
yang meminta tampa seorang pun yang peduli ?
Ya Allah...
ku hanya ade dua kaki..
ku hanya ada dua tangan..
ku hanya ada dua mata..
ya Allah...
Andai aku punya kudrat untuk membantu mereka...
pasti sudah lama ku bantu...
tetapi,yang mampu ku beri hanyalah setangkai doa setiap
kali ku mohon pada mu ya Allah...
ya Allah...
berilah aku kekuatan agar ku dapat pelihara diri ku
dari pada fitnah akhir zaman...
Berilah ku rezeki yang halal dan berkatilah apa yang telah ENGKAU tetapkan
buat ku...
ya Allah...
Permudahkan lah urusan ku dari setiap kali ku bangun tidur,
hinggalah ku pejam kan semula mata semula..
ingtkan lah pada ku tentang solat di awal waktu,baca quran, zikir dan lain2nya..
ya Allah,jadikan lah diri ku wanita yang tabah menempuhi ujian mu...
Amin ya rabb...
TQ adik Sofea Zahra (T____T)
Tuesday, 8 November 2011
Siapa Kita?
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Healing
Siapa kita di sisi ALLAH?
Siapa kita di sisi Rasulullah?
Siapa kita di sisi para Nabi?
Siapa kita di sisi para malaikat?
Siapa kita di sisi suami?
Siapa kita di sisi ibu bapa?
Siapa kita di sisi isteri?
Siapa kita di sisi majikan?
Siapa kita di sisi sahabat?
Siapa kita di sisi guru-guru?
Siapa kita di sisi makhluk ALLAH yang lain?
Jadi siapa kita untuk menghalang orang berbuat kebaikan?
Siapa kita untuk menghalang orang untuk berurusan dengan orang lain?
Bagus sangatkah kita?
Siapa kita untuk kata orang itu dan orang ini?
Sempurnakah kita?
Siapa kita untuk kata kita bagus dan orang tidak bagus?
Baik kah kita di mata ALLAH?
Siapa kita untuk tidak bagi orang lain berjumpa dengan orang itu atau orang ini?
Baguskah kita?
Siapa kita untuk kata itu dan ini
Siapa kita untuk perlekehkan orang lain
Kerana mungkin di sisi ALLAH, tinggi darjatnya
Hidup di dunia ini, apa yang kita cari selain dari redha Illahi.
Apa yang kita ada, hanya pinjaman semata, termasuk diri kita, nyawa kita, mata kita, mulut kita, dan anggota badan kita. Semua hanya pinjaman sementara.
* peringatan untuk diri sendiri
CETUSAN MINDA 6
SIBUK DENGAN PENILAIAN ALLAH, HATI JADI TENTERAM.
Risau
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Healing
Risau ini tidak popular
Aku tidak hiraukan populariti dalam kalangan manusia
Yang aku risaukan, aku tidak popular pada 'mata' ALLAH
Yang aku risaukan, aku tidak popular dalam kalangan malaikat
Yang aku risaukan, aku tidak popular pada kaca mata Rasulullah
Yang aku risaukan, aku tidak popular pada kaca mata para Nabi
Yang aku risaukan, aku tidak dikenali ALLAH
Yang aku risaukan, aku tidak dikenali para malaikat
Yang aku risaukan, aku tidak dikenali oleh Rasulullah
Yang aku risaukan, aku tidak dikenali oleh para Nabi
Harus bagaimana lagi untuk aku hadapi semua ini?
Monday, 7 November 2011
Semua Orang Tak Baik...BERHENTI!!!!
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Spirited Away
Pada saya, kisah ini agak lucu, TAPI ada pengajaran yang terselit dan boleh dijadikan ikhtibar. Sebelum saya menaip lebih lanjut, macam mana Hari Raya Haji kalian semua? Saya, alhamdulillah, gembira, seronok, dan pelbagai kisah menarik.
Namun, saya nak share 1 kisah yang benar-benar terjadi. Kisah sepupu saya, yang "buat hal" masa sembelihan keluarga.
Sepupu saya ni, berusia 6 tahun (yang sebetulnya hampir 6 tahun). Dia ni, memang petah bercakap. Macam orang dewasa. Ayat-ayat yang dituturkan, ayat bahasa melayu yang betul. Orang kata ayat skema BM. Tak ada pelatnya. Banyak bertanya. Orang kata, macam budak cerdik kalau bercakap.
Dijadikan cerita, famili kami (famili sepupu & pak ngah saya) buat lah ibadah korban. Rumah mak saudara saya (mama sepupu saya ni) depan surau. Jadinya, ibadah korban tu buat di surau depan rumah tu lah. Ada lah 8 ekor lembu, dan sekor kambing. Pak ngah saya, korban lembu & buat akikah kambing.
Sehari sebelum korban, sepupu saya ni, (namanya Zahir) , bagilah lembu dan kambing tu makan dan minum (dengan penuh kasih sayang hikhikhik).
Tiba hari raya korban (hari Ahad), sembelihan dilaksanakan. Zahir pun tengok lah lembu tu dibaringkan, ditepi lubang yang dah dibuat. Ada lah tukang sembelih sekali. Apa yang jadi???? Jom, ikuti dialog ini.
Muka Zahir dah mula marah bila nampak orang nak sembelih lembu-lembu yang ada kat surau tu.
Zahir : Papa jahat, pak ngah jahat, semua orang jahat. Tak baik! Dunia dunia, apa nak jadi dengan dunia ni.
Sambil pak cik tu sembelih, Zahir pun berkata ;
Zahir : hei, berhenti! berhenti! Tak baik! Semua orang tak baik!
Pak cik sembelih tu tercengang-cengang, sampai terbehenti seketika.
Zahir, tendang-tendang papa dia, cubit-cubit mama dia. Sambil marah-marah.
Masa papa dia & pak ngah melapah lembu, Zahir pun datang. Masa tu, papa dia & pak ngah tengah melapah kulit lembu.
Zahir : Buat apa tu?
Pak Ngah : Nak tukar baju lembu
Pada saya, pengajaran yang terselit, budak kecil tahu erti kasih sayang. Tapi orang dewasa? Zahir mungkin tak faham sebab korban, Zahir tak mengerti erti orang melakukan korban, tapi macam mana dengan manusia yang zalimi haiwan? Bukan saya kata korban tu zalim. Maksud saya, orang yang aniaya binatang tu. Bakar kucing, sepak kucing, pijak-pijak kucing. Pukul-pukul binatang.
Zahir mungkin belajar dari Wonder Pet erti kasih sayangkan haiwan. Tapi orang dewasa yang dah ada akal yang boleh ditaakul? Yang boleh berfikir? Kejam kan dengan haiwan.
Hmmm......kasihan haiwan-haiwan yang dizalimi tu.....
Ada banyak lagi kisah Zahir....kelakar. But yang ni jelah saya nak share.... (^_^)
Thursday, 3 November 2011
Biarlah Orang Mengata Kita
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Spirited Away
Saya dapat ni, dari FB. Buat peringatan kepada diri sendiri & juga sharing dengan sesiapa yang membuka blog saya ni.
Biarlah orang mengata kita, jangan kita mengata
Biarlah orang memfitnah, jangan kita melakukannya
Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan saja
Biarlah orang mencaci kita, doakan petunjuk buat mereka
Bercakaplah yang memberi faedah, atau diam lebih baik
Kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan kejahatanya
Alangkah baiknya, balas kejahatan orang dengan kebaikan
Wahai saudara-wahai saudari,
Itulah panduan kita
Jadikan ia panduan, di dalam pergaulan
Krisis tidak akan panjang, permusuhan tidak berlarutan
Itulah panduan, jika ingin aman dan harmoni
Tuan atau puan,
Begitulah Islam memberi panduan
Untuk keselamatan hamba-hambaNya di dunia
Tidak ada pada ajaran, agama-agama lain
dan sebarang ideologi,
Hanya ada pada Islam yang sejati
Begitulah sebahagian, ketika didalam pergaulan
Marilah kita bersama-sama, mengamalkan bersungguh-sungguh
Walaupun berat sekalipun penat, Untungnya banyak di dunia akhirat
Tuesday, 1 November 2011
Sunday, 30 October 2011
Anda Kategori Mana Di Facebook? - Perkongsian Dari Sahabat
Assalamualaikum....
Lagu Tema : HambaMu
Sekadar perkongsian bersama. Ini lebih kepada peringatan kepada diri saya sendiri. Gambar ni merujuk kepada status kita di FB. Kata-kata / Post / Status / Video / apa sahaja yang kita share di FB.
Hayati, renung dan muhasabah diri sendiri.
"Sama-sama renungkan termasuk diri saya sendiri. Golongan yang mengutuk jelas punyai nilai diri yang rendah dan bersedialah untuk sakit fizikal dan jiwa dan miskin dunia dan akhirat. Jika kita asyik mengulas keadaan tanpa mengambil tindakan cuba muhasabah diri dan keluarga sebelum mengulas masyarakat. Sebagaimana kita niat begitulah insyaAllah penerimaan manusia. Jika kita bajet bagus ilmu tidak akan sampai ke jiwa manusia. Lagi kita tunjuk erti lagi kurang kita ada. Wallahualam" ~ Prof Dr.Muhaya
p/s FB sendiri saya pandang sepi. buka sekadar masuk group. itu pun macam dah malas nak aktif FB. rasa2 nak deactive saja.....
Wednesday, 26 October 2011
Monday, 24 October 2011
Perkongsian Untuk Semua
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Doa Taubat
Cuma, entri kali ni, nak share apa yang Ustaz Marwan share masa Perhimpunan Umum tadi (24/10/2011) . sebelum tu, sebut pasal Perhimpunan Umum, HEA Cikgu Abrar kata, PU maksudnya Perhimpunan Umum, bukan PH..sebab PH tu Perhimpunan Haram (^_^)
Ni, perkongsian dari Ustaz Marwan... zaasssss.....
Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Saturday, 15 October 2011
Birthday Boy kena PRANK masa 16/10/2011
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Inspirasi
Itulah kisahnya, Faiz kena PRANK masa nak tunggu jam 12 tepat....
Lebih kurang jam 11.15 malam (15/10/2011) , gerakan PRANK faiz telah dimulakan.
Kisahnya, seramai 200 pelajar MRSM Batu Pahat, terlibat dengan Kem Jati Diri 2011. Adalah Form1, Form2 dan semua Form 4. Dan Faiz ni, salah seorang yang terpilih dalam kalangan Tingkatan 2.
Ustaz Azizul dari CSQ telah maklumkan kepada saya awal-awal, mereka dah dapat kenal pasti bakal bufday boy 16/10/2011. So, Ustaz Azizul nyatakan lah apa plannya. Jadinya, budak2 ni balik lewat sikit malam ni.
Dijadikan cerita, budak2 ni memang banyak buat salah. So, memang lah kena marah. Ustaz Lokman mainkan peranan mencari pesalah-pesalah sepanjang kem dijalankan. Memang ramai lah yang mengaku salah secara sukarela. Kisahnya, ada jugak yang conteng karpet kat Bilik Seroja. So, memang kenalah. Kena cuci karpet yg diconteng, malam tu jugak. Haaaa....lepas ni, jangan conteng lagi karpet kat Bilik Seroja.
Kiranya, si Faiz ni salah seorang yang mengaku buat salah. Salah apa? Tak boleh lah bagi tau. Cuma, dia mengaku, tapi Ustaz Lokman provok dia, yang dia ada salah lain dan ustaz ada bahan bukti.
Terkebil-kebil lah Faiz ni. Untuk nampak lebih real, Faiz tak seorang diri. Tanpa mereka ketahui, adalah beberapa mangsa keadaan yang juga diprovok apakah kesalahan yang dilakukan. Kesian kesian...
Yang cantiknya, mereka-mereka ni mengaku kesalahan mereka...
Pendekkan cerita. Faiz terus diprovok dan diprovok. Sampai tak terkata apa Faiz ni....sampai menangis la.. Sebabnya, Ustaz Lokman call mak Faiz, cakap Faiz ada buat salah. Ni memang call betul2...
Sampai lah Faiz dipaksa pusing membelakangkan pentas Bilik Seroja. Dan masuklah bahan bukti yang dibawa oleh kawan baik Faiz sendiri. Dan baru lah budak-budak lain tahu...Faiz kena prank. Tapi mereka2 ni diam je bila bahan bukti dah dibaa masuk. Cuma muka masing-masing dah senyum2 dah.
Sebelum tu, Faiz diprovok lagi untuk cakap apa kesalahan dia. Faiz masih lagi tak tahu. Dan untuk kali keduanya, Ustaz Lokman call mak Faiz. Masa ni, buka loud speaker. So, mak dia pun wish birthday kat Faiz, diiringi tepukan gemuruh oleh kawan-kawan yang lain. Menitis lah air mata Faiz masa tu...kih kih kih. Cuak muka Faiz sebelum tahu apa kes sebenarnya.... (Sebab memang dia ada buat salah, cuma dia sebut, tapi ustaz provok dia, sampai dia tak tahu, apa yg jadi sebenarnya).
Ok, ok...jom kita tengok drama pada malam tu.
Apa pun, malam tu, semua orang mengaku salah masing-masing di sepanjang Kem Jati Diri 2011 berlangsung..
Buat yang lahir bulan 10, semoga ALLAH pelihara di dunia dan akhirat. AMIN
Di manakah kita? Hitung diri....
Hadith 40:15 - Berkata baik, memuliakan jiran dan tetamu
Ini adalah hadith ke lima belas(15) dari kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi. Marilah kita sama-sama menghayati isi kandungan hadith ini dan mengambil pengajaran sebagai panduan hidup kita bersama.
Terjemahan Hadith
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
Kefahaman Hadith 40:15 - Berkata baik, memuliakan jiran dan tetamu
1) Pergaulan yang baik - menyebarkan kasih sayang antara manusia - mengeratkan lagi ikatan mahabbah sesama ummat.
2) Menjaga Lidah - berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata, sekiranya perkara itu harus - diam lebih baik.
ii) Larangan menyakiti jiran - hadith- hadith berkaitan.
iii) Ihsan pada jiran - hadiah, salam, senyum ketika berjumpa, tolong ketika susah dll.
iv) Martabat jiran :
i) Jiran Muslim (mempunyai pertalian keluarga) - hak jiran, hak Islam dan hak kerabat.
ii) Jiran Muslim - hak jiran dan Islam.
iii) Jiran Bukan Muslim - hak jiran.
- Adab-adab melayani tetamu - rujuk hadith-hadith dan juga kisah nabi Ibrahim.
Pengajaran hadith
Hadith ini menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya perkara benar dan berfaedah, kurang bercakap, menghormati jiran tetangga dan memuliakan tetamu.
Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara haram kerana dia akan dipersoalkan di hari qiamat nanti. Dia lebih senang diam daripada berkata buruk seperti mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut.
Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya, menyempurnakan hak mereka dan tidak menyakiti mereka.
Jiran tetangga adalah suatu golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam. Hormat menghormati, tolong menolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat.
Artikel: Hadith 40:15 - Berkata baik, memuliakan jiran dan tetamu
Thursday, 13 October 2011
Cetusan Minda 6
Amal boleh menyebabkan seseorang takbur & sombong.
Pandai menilai & mengaibkan orang lain kerana kononnya
ilmu & amal yang dilakukannya lebih baik daripada orang lain.
Selepas itu dia berasa berpuas hati & tidak menemukan sebarang
kecacatan dalam amalnya, berasa diri paling benar, paling tinggi imannya.
Maka lahirlah manusia yang terlalu yakin dengan kekuatan ilmu & ibadatnya.
Dia lupa siapakah sesungguhnya yang mencampakkan hidayah ke dalam hatinya?
Allah berfirman: "Jika tidaklah kerana kurniaan Allah nescaya tidak seorang pun daripada kamu bersih selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya." (Surah Al-Nuur, ayat 21)
Lagu Kesukaan Zaman UM
Bismillahirrahmanirrahim.
Lagu Tema : TanpaMu
Ni lagu peberet masa zaman UM dulu. TanpaMu, kumpulan nasyid In Team. Lagu ni masa In Team tinggal bertiga. Seingat saya, masa zaman saya tahun 3 atau tahun 4 kot. Lama dah....best untuk dihayati & karaoke sekali kot (^_^)