Tuesday, 25 May 2010

Pelangi Petang

Sebenarnya mood nak pergi Dip Ed sudah kembali. dan saya merindui kawan2
dip ed saya. wah wah wah...adakah ini benar???
Kali ni nak share video klip yang saya ambil dari pak cik youtube...
ni kes kelas program kaunseling la ni. Kelas dgn encik aziz shah & encik aziz yatim. suka pasang video-video keinsafan ni, untuk perkembangan sahsiah.
dah la kawan2 dalam kelas banyak yang jenis touching2 punya jiwa.
Kaunselor la katakan kan. Memahami jiwa2 manusia.
Ni lagu Pelangi Petang. Lagu lama yang sangat lah segar sampai sekarang. Kalau pasang kat budak2, mereka boleh nyanyi sekali. Menghayati. Ada yang 'hujan'. dan nanti pelajar perempuan ada yang akan kata, "sedihnya". Itu lah kelebihan Allahyarham Sudirman. Lagu-lagunya banyak jiwa kita meruntun.
Jom, kita feeling sikit.........


video

sarang heyo ( ^_^)

Monday, 24 May 2010

RAINDROPS PICTURE (i like)

Antara koleksi gambar rintik-rintik hujan yang saya ada, saya simpan, saya ambil. Ada ambil sendiri, ada yang kumpul-kumpul dari palcik google. Cantik...pemandangan yang tenang dan damai melihat titisan air hujan jatuh ke cermin. saya suka merenung lama2 gambar-gambar rintik hujan. Ada makna disebaliknya. Apa lagi, kalau naik bus atau kereta, time hujan. Boleh lihat rintik hujan lalu kat cermin. Pemandangan yang sangat cantik.



Cukup setakat ini aje gamabr2 ni. Nanti boleh tunjuk yang lain pula...

sarang heyo (^_^)

Wednesday, 19 May 2010

GOOD LUCK


Peperiksaan Pertengahan Tahun kembali lagi...
Kepada semua anak murid, semoga berjaya dengan cemerlang


sarang heyo (^_^)

Sunday, 16 May 2010

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru saya yang pernah mengajar saya sedari saya sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera (SKAT) , Sekolah Kebangsaan Beserah, Sekolah Kebangsaan Balok, Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM (sekolah rendah saje, saya bersekolah di 4 buah sekolah). Guru-guru di sekolah menengah, Sekolah Menengah Pangkalan TLDM, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti dan Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai (sekolah menengah di 3 buah sekolah). Juga pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya untuk Sarjana Muda Kaunseling. Dengan Ucapan ;

"Terima kasih di atas segala tunjuk ajar & didikan yang telah diberi sehingga saya berdiri seperti sekarang ini. "

Dan tahun ini tahun ketiga saya menyambut Hari Guru. Terima kasih kepada semua anak murid yang wish selama ini. Semoga kalian semua menjadi insan yang berguna, berjaya dunia akhirat & dapat berbakti kepada masyarakat.
Tahun ni, kelainan sedikit. Sebabnya tarikh 16 Mei 2010 jatuh pada hari Ahad. Makanya, kanak-kanak wish di asrama. BWP datang rumah ala-ala marhaban untuk wish Hari Guru & permintaan dari kami, menyanyikan 1 lagu. dan lagu yang dinyanyikan is lagu Ibu iklan susu tu, but ditukar kepada Guru (sob sob, terharu). Then pada malam hari, pelajar kelas 5 Ipomea menghadiahkan kek coklat yang sangat la cantik kepada kami. (masa ni saya kat rumah Kak Zura. Kek diberi kepada semua blok rumah cikgu yang tinggal di asrama). Saya bagi tengok gambar je la ek...nak bagi rasa kat semua, tak cukup huhuhu

Cantik kan kek ni. Lupa nak ambil gambar masa tengah cantik.


Dan pagi ni, dapat kad yang cantik dari ex-students juga. Hasil tangan mereka sendiri. Hmm...tak ada la pulak ambil gambar. hikhikhik
Thanks kepada semua anak murid yang wish kat FB, SMS dan segalanya. Bukan ini yang kami harapkan. Kami harapkan kejayaan cemerlang anda , berjaya menjadi insan berguna di dunia akhirat.
Kepada semua rakan guru, Selamat Hari Guru. Semoga kerjaya kita ini diberkati ALLAH. Tugas kita bukan mudah. Hayati kata-kata ini


Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua


Di bidang pembangunan

Kami tetap bersama

Membantu, membina

Negara yang tercinta


Amanah yang diberi

Kami tak persiakan

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan

Thursday, 13 May 2010

Cara Menadah Tangan/ Berdoa Yang Betul

Assalamualaikum....

Ada sedikit info untuk dikongsi bersama. Semoga kita semua mendapat manfaatnya


Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

http://4.bp.blogspot.com/_ea5PJyN_6ck/Sy8nLrHki8I/AAAAAAAAASM/AOv0wELYhsA/s400/doabetul01.jpg

http://3.bp.blogspot.com/_ea5PJyN_6ck/Sy8nLNjJfZI/AAAAAAAAASE/CGNVUhNabk0/s400/doabetul02.jpg

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .

3. Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.

mencari keberkatan doa...

DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:

1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA

2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN

3) “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA
TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.

4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.

5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW

6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA

7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.

WALLAHU’ALAM……..

sarang heyo (^_^)

Wednesday, 12 May 2010

Saya Sudah Bertunang



Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itusahaja.

.......................................

"inna lillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

Insyirah Soleha,

19 Januari 2010

Monday, 10 May 2010

Baby Sakit

My baby, sakit teruk sangat.
Memang kena masuk wad. MAhu la 2 minggu
My baby yang namanya Lappy..
Di kala tengah banyak kerja ini la dia nak rosak la pulak.
Nasib la hard disk dapat diselamatkan.
Terpaksa la meng'external hard disk' kan dia
Baby Lappy....
Saya agak stress....
Wuwuwuwuwu
Tak pernah dia sakit.
Sekali sakit, main yang sakit.
Waaaaaaaa


sarang heyo =(

Saturday, 8 May 2010

Lagi Kisah Mereka

Kelas : Pengayaan, Jumaat, 9.00 malam
Lokasi Kejadiaan : Bilik Seroja







Jeng jeng...
Saya bukan nak cerita pasal dia ni
But cerita pasal anak murid saya
Yang ada kaitan dengan mamat nih
Saya jadikan Kim Hyun Joong ni as a background lappy saya
Dijadikan cerita, saya ada Kelas Pengayaan dengan kanak-kanak form 1 ni
So, saya pasang la lappy saya
Untuk tunjuk video-video berkaitan dengan motivasi & keinsafan
Before pasang, ini ada sedikit dialog kanak-kanak kecil (yang saya dah tak ingat siapa yang cakap, sebab ramai pot-pet)

" Yey, cikgu bawak laptop...cikgu kita tengok movie ek"

" Cikgu, pasang The Day After Tomorrow la"

"Cikgu, pasang cerita seram"

Bisingnya budak-budak ni.........!!!!!!!

Kali ni saya bersuara

"Kanak-kanak kecil, cikgu tak ada dvd or cd movie. Cikgu tak tengok cerita awak tengok"
(Ye ke cikgu ni???? Hahahahahaha)

"Ala cikgu, habis tu kita tengok apa?"

"Cikgu, kalau tak ada movie, cikgu buka la video yang keinsafan"
(wah, bagus budak ni. Cikgu tak ada anak lagi, kalau tak boleh buat menantu. Hakhak)

Jeng jeng, sebaik laptop beroperasi & terpancar kat skrin putih, maka terpancar la gambar 'pakwe' cikgu. Maka apa yang berlaku???

Sambil mereka tepuk tangan dan sorak ramai-ramai. Alololo, cikgu tahu cikgu comel la, jangan la bagi cikgu malu kanak-kanak. Hikhikhik...

"Cikgu!!!! tu pakwe saya"

"Cikgu, tu boyfriend saya, Cikgu rampas"

Tu dialog kanak-kanak perempuan. Ni dialog kanak-kanak lelaki

"Cikgu, tu abang saya"

Ni ada lagi best.

"Cikgu, tu anak murid saya"

Erk????budak ni
Adoyai budak-budak ni. Kuatnya pengaruh BOF ni...(cikgu dia pun sama je kan). Tapi cikgu tak apa kan, sebab cikgu tahu nak bezakan antara khayalan dan realiti. Cikgu suka je. Tak lebih-lebih kan kanak-kanak kecil. Sebab tu cikgu balas macam ni dialog kanak-kanak kecil tu.

"Ala awak ni, nak buat macam mana, dia yang nak duduk kat situ. Dia tak nak pergi. Cikgu dah suruh dah dia pergi. Dia kata, dia tak nak eprgi. Nak buat macam mana...dia suka cikgu. Awak semua jangan la jeles "

Hikhikhik...cikgu sambung lagi. (cewah cikgu ni)

"Kanak-kanak kecil. Minat tu, sekadarnya sudah la. Jangan la fanatik sangat. Awak kena bezakan antara khayalan & realiti. Ingat, pelajaran lebih utama. Ok kanak-kanak kecil?"

"Ok cikgu" mereka menjawab ramai-ramai. Bagus..

"Ok, cikgu ada video nak tunjuk kat awak semua. Mari kita hayatinya bersama"

Maka, video berkaitan pengorbanan ibu saya paparkan..sob sob sob. Sempena Hari Ibu.....
tamat kelas pengayaan kali ini...


Selamat Hari Ibu to my mom, Zainab Bt Mus. Terima kasih atas segala pengorbananmu..Love u mom.

Sarangheyo (^_^)

Thursday, 6 May 2010

Fitnah Petunjuk Istikharah

Artikel ini saya petik dari ABU SAIF @ www.saifulislam.com. Tujuannya adalah untuk pendidikan. Semoga kita semua mendapat manfaat darinya. Wallahualam.

“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”

Sepucuk emel dihantar kepada saya.

Beristighfar dan mengurut dada.

Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.

Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.

Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?

MEMBELAKANGKAN ILMU

Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?

Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.

Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.

Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:

“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”

Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.

Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.

Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:

Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).

Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.

ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH

Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.

Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.

Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

Berhentilah mencari mimpi.

Berhentilah menunggu petanda.

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.

Ia mungkin mainan Syaitan.

“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]

KESIMPULAN

  1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
  2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
  3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
  4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
  5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
  6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
  7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
  8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
  9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
  10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
  11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
  12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
  13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
  14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
  15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.

New Collection

Men Are From Mars, Women Are From Venus, Building A Love That Lasts, Why Mars & Venus Collide

Bila Zina Menjadi Budaya, Cinta Sufi, Japanese For Travellers

Lagi buku yang baru ditambah sebagai koleksi peribadi.
Hmmm....paling suka yang Japanese tu..
Love nak belajar bahasa asing ni.
Then buku Cinta Sufi tu, is sambungan dari Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta & edisi ke 4, Cinta Sufi.
Saya sangat suka kalau novelis local, Ramlee Awang Murshid.
Sebab novelnya novel thriller
Jauh dari cinta-cinta ni.
Even ada unsur cinta, but still more thriller.
Hmm...banyak lagi koleksi Ramlee Awang Murshid saya ada. Senang cakap, semua novel dia tulis, saya ada.

Then, 3 buku relationship, international books...
Actually, yang penulis John Gray, saya dapat. Seseorang hadiahkan kepada saya. Love that books. Thanks to him (^_^)
Yang 'Building A Love That Lasts', bukunya sangat menarik. Ala-ala buku Men Are From Mars, Women Are From Venus..but, gaya penulisannya sangat la best & menarik.

Last, buku Bila Zina Menjadi Budaya. Saya beli buku ni as a panduan untuk Fardu Ain hari Jumaat. Kekadang tu, tak ada idea. Ye la, tiap2 Jumaat ada Fardu Ain.
Sekadar menambahkan pembacaan & mendapatkan idea untuk dikongsi bersama
kanak-kanak puteri..

Semua buku ni, saya dah baca. Even belum habis.
Saya katakan, semua ni best.
Banyak lagi buku, but, ni la yang paling best.
Buku semakin banyak. entah mana nak campak lagi dah.

Saya memang suka baca buku.
Ada la orang pelik dengan hobi saya ni. But nak buat macam mana, love books much.
Mungkin sebab dari saya kanak-kanak, abah saya suka belikan saya buku cerita kanak-kanak
untuk saya baca. Maka, minat ni jadi sampai ke saya dah dewasa.
Membaca tu, menambahkan ilmu

sarangheyo (^_^)

Tuesday, 4 May 2010

Saya Yang Serabut

Assalamualaikum.....
Actually, saya tak ada idea nak berblog nih. Tak tahu apa nak ditumpahkan kat blog ni.

Banyak sangat perkara yang menyesakkan pemikiran lately.
Tugasan??? Sudah pasti la banyak.

Dengan hal kat maktab ni lagi, dengan hal assignment yang tak buat-buat lagi, sedangkan dah nak kena hantar ni. Rasa teruk sangat ni. Dulu time kat UM tak la macam ni. Ni, bila dah kerja.... (apa nak jadi dengan diriku ini?). Please Hajar, ingat. Ilmu tu demi masa depan.... Ye ye saya tahu. Tapi saya lagi serabut dengar kerja.

Hari Anugerah Kecemerlangan MRSM Batu Pahat dah nak hampir...Hadiah??? Ye la, sebab saya Ketua AJK Sijil & Cenderamata. Then???? Alooooo, banyaknya nk kena cari.
Ni apa namanya??? Adakah saya merungut dengan kerja???
Then dengan hal 'dia' lagi... Ni nasib duduk jauh-jauh la kan.
Banyak nya benda nak kena buat bulan ni...rasa dah nak tercekik.
Saya jadi blur (@_@)

Layan lagu sorang-sorang dalam bilik, tengok movie @ drama (of course la aliran saya). Lately saya banyak menghabiskan masa dalam bilik dari tengok TV kat depan. Saya penat sebenarnya. Tu yang duduk dalam bilik saya dengar lagu, tengok drama, tengok movie tu. Buka laptop, pasang headphone. Aman...

Tak pun saya akan baca buku-buku yang banyak tu (entah bila nak habis buku-buku tu).
But, da favourite siri yang saya suka is
Men Are From Mars, Women Are From Venus.
Sangat la best. Ada banyak siri ni... Rasa tamak lak nak beli semua siri. (cik Hajar, sila baca satu per satu hokay!). But baca buku siri ni, hmmm, saya semakin faham, walau pun kekadang naik hangin gak la dengan lelaki ni (sabo sabo).


Thanks to si 'dia' yang banyak membelikan buku siri ni. hahahahahaha.
Sebenarnya, saya lagi serabut saat ketika saya menaip satu per satu perkataan di blog ni.
Stop dulu la...saya nak bertenang...
Salam dari saya kembali

Sunday, 2 May 2010

Something Happened To My Heart - A&T *BBF OST*

Saya suka melodi lagu ni
Liriknya juga
1st time dengar masa BOF tengah boom tahun lepas...
Dah suka..
Cuma kali ni, mood saya mood BOF
Maka, saya nak share dengan semua yang membaca blog ni





Kalau yang dah tengok drama ni, memang la faham kan. Saya suka tengok drama ni. Dah tengok 2 kali. Untuk tengok banyak kali...huhuhu. Tak larat. Banyak sangat episodnya.
Apa pun, layan je la....

* wink wink..... sarangheyo (^_^) *

AS A MAN - Kim Hyun Joong punya pasal

Sebenarnya saya mencari-cari kalau-kalau ada video klip lagu
Kim Hyun Joong..last-last jumpa yang ni
Ada Kim Hyun Joong
Senyum sorang-sorang... lalalalalala :-)
Jom kita layan.......


video

sedap juga lagu ni...

sarangheyo (^_^)

MUHASABAH CINTA

Saya suka lagu ni..
Kala hati berduka, pasti akan dengar berulang kali
Kerana untuk mendapat kembali semangat yang hilang
Jom kita layan....



video

sarangheyo (^_^)