Sunday 2 October 2011

Setiap Yang Berlaku, Ada Hikmahnya..

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Berdua Bersatu




Lately, saya banyak dapat email, sms, malah rakan-rakan saya sendiri, mengalami masalah. Pelbagai masalah. Dan saya percaya, setiap dari kita, pasti ada masalah sendiri. Dari mana datang masalah itu, hanya kita & ALLAH yang tahu. Ada kala, kita rasa ingin berkongsi, ada kala kita rasa, kita nak bersendirian. Macam entri saya sebelum ni . Kalau belum baca, awak klik kat sini.

Dan setiap hari juga, pasti akan ada perkara yang berlaku pada diri kita. Setiap dari kita, punya kisah tersendiri. Setiap dari kita punya keinginan sendiri.

Bercakap pasal keinginan, ada kala ALLAH bagi apa yang kita nak tu dengan cepat, ada kala, kita lambat untuk dapat. Ada kala, tidak dapat langsung apa yang kita hajatkan. Walaupun kita dah usaha macam-macam, doa macam-macam. Ada orang, tak usaha, tak doa, dapat je ALLAH nak bagi.

Saya beri beberapa contoh. Sebelum itu, saya tekankan, penulisan ini, idea, pandangan peribadi saya. Terpulang pada awak nak terima atau tidak. Saya tidak tuju kepada sesiapa. Contoh yang saya bagi, ada yang saya alaminya sendiri, ada dari orang sekeliling saya, ada dari pembacaan. Penulisan-penulisan saya, lebih saya tujukan kepada saya, peringatan kepada diri saya. Saya sekadar ingin berkongsi. Yang mana awak rasa baik untuk awak jadikan panduan, ALHAMDULILLAH, silakan. Yang mana awak rasa tidak kena dengan awak, biarkan saja.

Saya sambung semula. Sebagai contoh, orang yang belum berkahwin. Kadang kala saya pelik, orang-orang disekeliling, yang lebih "ambil berat" dari insan itu sendiri. Then, sampai kata, tak ada ke kawan2, tak usaha ke,tak amalkan apa2 ke, pergi lah mandi bunga, mandi tolak bala lah, mandi jodoh lah, dan macam2 lagi. Tanya sunyi ke tak.....Pada saya, lebih baik sunyi sekarang dan kemudian berteman hingga ke akhirat DARI berteman sekarang, kemudian kesunyian kemudian hingga ke akhirat. Maksudnya, ada orang, ALLAH tak beri teman lagi untuk beberapa lama, kemudian ALLAH datangkan jodoh untuknya, dan dia berteman hingga ke akhir hayat, bertali arus ke syurga (INSYALLAH). Ada orang pula, ALLAH beri dia teman segera untuk beberapa ketika, kemudian ALLAH tarik semual nikmat berteman itu dan dia kesunyian hingga ke akhirnya. Ini sekadar contoh, dari Kak Zima, salah seorang sahabat di WKTI. Yang mana kita nak?

Nampak, setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Kita tak tahu, nikmat ALLAH. Dan kalau kita belum sampai jodoh, kita rasa susah atau senang? Ada orang rasa senang, ada orang rasa sunyi. Apa bezanya? Bezanya, cara dia NIKMATI ujian ALLAH ini. Cara dia NIKMATI apa yang ALLAH beri. Kita nak salahkan ALLAH ke kalau jodoh kita belum sampai walaupun kita dah usaha? Tepuk dada, tanya iman kita. Ada orang kahwin, dapat pahala, TAPI ada orang kahwin, dapat dosa. Ada yang kahwin, masuk syurga, TAPI ada orang, sebab kahwin la, dari dapat masuk syurga, TERUS masuk neraka. Sebab apa? jawapan ada dalam diri kita.

Contoh kedua, dah berkahwin, tapi belum punya anak. Bertahun kahwin, namun masih belum punya zuriat. Setiap yang berkahwin, pasti ada keinginan untuk ada anak. Namun, siapa kita untuk menghalang ketentuan ALLAH?

Ini terkena pada diri saya sendiri. Orang asyik tanya pada saya, bila nak ada anak? Dah pregnant ke belum. Tahukah kalian, soalan itu memberi kesan kepada insan-insan yang belum punya anak. Saya mungkin boleh terima lagi, sebab usia perkahwinan masih lagi muda, tambahan saya pernah mengandung, cuma ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk saya.. TAPI orang yang dah lebih 5 tahun kahwin? Pernah faham perasaan orang? Dan lagi best, kalau kata, tak ada usaha ke, tak jumpa doktor ke, tak mengurut ke, tak makan ubat ke? Awak, perlu ke kami listkan apa yang akmi dah buat, dan beritahu awak satu persatu? Semua orang ada usaha, dan KALAU DOKTOR KATA SUAMI ISTERI NORMAL....TAPI kalau masih belum sampai masa, belum rezeki....kudrat kita ke? Atau bahasa mudah untuk saya kata SELAGI ORANG TU TAK KENA DAN TAK RASA, DIA TAK FAHAM.

Mungkin ada hikmahnya ALLAH belum nak bagi rezeki ni. Cuba kita tengok kat surat khabar (abaikan isu politik). Hari-hari ada berita kematian. Kan? Ingat tak tragedi kat Negeri 9, kisah lemas kat air terjun. Berapa Allah tarik anaknya? Ada anak pun, bukan jaminan kebahagian dunia akhirat. Kalau ALLAH nak tarik kejap je. Saya ingat usrah Ustazah Fatima Zahrah. Dia kata, "Apa niat kita nak ada anak? Nak kebahagiaan? belum tentu kita bahagia bila ada anak. Nak tunjuk kat orang, yang kita ni sihat, tak mandul. Apa niat kita". Ada anak, tak jaga, ada anak, anak derhaka. Dan cakap pasal derhaka, orang selalu kata, ANAK DERHAKA, tapi jadi ibu bapa pun boleh jadi DERHAKA. Hak anak, ada tak kita tunaikan. Ada orang, ada anak hidup tak bahagia pun, TAPI ada orang, tak ada anak, hubungan suami isteri, bahagia hingga ke syurga. Macam sweet couple....

Kan...macam mana kita nikmati kehidupan yang ALLAH beri. Macam mana kita bersyukur dengan apa yang ALLAH bagi. Semuanya CARA BAGAIMANA KITA NIKMATI apa yang telah ALLAH tentukan & tetapkan. Yang penting, USAHA kita.

Bila ALLAH tak kurniakan apa yang kita hajatkan, sangat banyak hikmahnya. ALLAh suka kita merintih, merayu, meminta kepadaNYA.
Macam tu juga, kalau kita minta kerja, TAPI belum dapat lagi.....mesti ad hikmahnya. Sebab ALLAH tahu apa yang terbaik. Kalau kita dpat kerja, mungkin kita jadi orang yang lalai, berbanding dengan sebelum kita dpat kerja. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita.

Katalah kita pernah suka dengan seseorang. Dah lama sangat. Tau-tau, orang tu dah kahwin dengan orang lain. Kita pun pernah kata, kita tunggu dia kahwin dulu, baru kita fikir nak kahwin.

Hmm..ni macam mana pulak ni? Seolah kita rasa, dia je mampu beri kebahagiaan kepada kita. Namun, ALLAH lebih tahu. Mungkin bila kita kahwin dengan dia, hidup kita lebih merana. Sebab apa? Mungkin pasangan itu tidak sesuai dengan kita. Kan setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. ALLAH tahu baik atau tidak.
So, cara kita nikmati hidup tu macam mana. REDHA atau tidak dengan setiap ketentuan yang berlaku? Saya pasti, ada banyak lagi contoh di luar sana. Dan apa yang awak hadapi. Saya sekadar beri beberapa contoh sahaja.

Sekian, salam sayang dari saya. Maaf andai ada yang terasa dengan penulisan kali ini. Semoga kita semua berada di bawah lindungan ALLAH hendaknya.

p/s panjang jugak entri kali ni

No comments:

Post a Comment