Wednesday, 14 July 2010

Saya Nak Makan Carrot!!!

Lagu ni pada saya, bagus untuk mendidik kanak-kanak makan sayur-sayuran
Kalau saya la kanak-kanak yang susah nak makan sayur, kalau tengok video ni, mesti after tengok, saya nak makan sayur....
Ada banyak lagi koleksi video kanak-kanak mengenai makanan sihat ni....
Cumanya...semaunya dalam bahasa Korea...
Malaysia ada tak buat video macam ni???
Nak juga cari...
Bagus untuk anak murid saya....
Dalam program pencegahan & kesihatan

Yang paling penting, carrot ni sangat happy...tapi menangis kalau orang tak nak makan 'dia'
Hikhik
Comel je










Best kan......
(ngape mood lagu kanak-kanak datang nih???adeh...)
Sebabnya, saya tengah penat otak...teng teng...

싶어요 (^_^)

Pororo Dance



saya sangat suka video ni...sangat la chumel....
gembira je.....

3 Ekor Beruang Chumel




kom sema-ri-ga
han chi-be-yi-so
appa gom...
omma gom
ae-gi gom
appa gommun tung-tung-hae
omma gommun nal-shin-hae
ae-gi gommun na bul-gwi-yo-wo
hishuk hishuk cha-rhan-da

sarang heyo (^_^)


Tuesday, 13 July 2010

Kenapa Tak Rogol Saya???




Wuppssssss!!!!!!!!!!!!
Jangan salah faham dengan tajuk entri kali ni. Macam hangat je kan tajuknya.. Bukan saya persoalkan kenapa orang tak rogol saya ( Nauzubillah..minta ALLAH lindungi saya dan jauhkan saya dari benda-benda macam ni). Cuma kali ni, saya nak share 1 story yang saya baca. Wallahualam...saya tidak pasti kesasihan ceritanya. Cuma, saya tertarik dengan kisahnya. Sebab saya percaya, ayat-ayat suci al-Quran, mampu melindungi kita semua umat Islam dari sebarang kecelakaan dengan izin ALLAH... Sangat bagus untuk dijadikan kesedaran bagi kita semua, terutamanya kita kaum Hawa yang selalu mendapat ancaman dari kaum Adam yang tidak berpegang pada ajaran ALLAH. (saya tak kata semua kaum Adam ye, sebab saya yakin, masih ada lagi kaum Adam yang baik & berpegang pada ajaran ALLAH). Jom, kita baca kisahnya....


**********************************************


Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI??? Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. "...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku... semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA…. semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Kisah Ciput & Copot



Just 4 SMILE...

Kisah Ciput & Copot

Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik.
Ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput.
Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah.
Cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau.
Cahye cerah cube culik copot.
Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camber copot cebelum cahye cerah cempat culik copot. Copot cangat cuak.
Ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepatcembunyi.
Ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahye cerah cucah cari ciput came copot.
Ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap copot...".
Copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah...".
Celepas cejam, cahye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot.
Ciput came copot cangat cuke cebab cahye cerah cudah chow.
Copot cenyum cambil cakap,"copot Caaaaayang ciput cebab ciput celamatkan copot...


* comel tul kisah ni

sarang heyo (^_^)

Monday, 12 July 2010

Rumah Idaman Saya

semua orang ada rumah idaman. saya pun ada rumah idaman. kalau tanya rumah idaman,...hmm teringat masa kelas diploma pendidikan masa semester 1. masa tu ada lecture tanya saya rumah idaman saya macam mana. saya pun menggambarkan rumah idaman saya macam di bawah ni

ni rumahnya

nak ada halaman macam ni

ruang santai macam ni


ruang santai yang ke-2

hahaha.macam mewah je citarasa saya ni kan.tapi dah ditanya pasal rumah idaman...ni la dia rumah idaman saya. suasana kayu-kayu, ada unsur air dan alam...suasana yang tenang dan damai.aman tenteram.

nak dijadikan cerita...after je lecturer tu tanya saya...dia pun pegi la tanya org ke 2. org ke 2 pun ceritakan la rumah idaman dia. then sampai la org yg ke 3. sengal betul org ke 3 ni. dia bangun, lantas memperkenalkan nama dia dan terus cakap

"rumah idaman saya, saya nak buat rumah sebelah rumah orang tu" sambil tangannya menunjukkan ke arah saya. haahahahaha, apa lagi satu kelas bantai gelak

then lect tu tanya

"kenapa awak nak buat rumah sebelah rumah dia?"

dan masa tu keadaan kelas tak habis gelak lagi. dia lak selamba je jawab

"saya nak jadi jiran dia"

lagi la gamat kelas tu...adoiyai...apa la ada classmate macam ni.terhibur je... dia pun menerangkan ciri-ciri rumah yg dia nak. selamba je dia jawab

"tak nak rumah besar, kecik sudah"

kemudian lect tanya pula dengan sorang lagi kawan saya ( kekasih gelapku itu) hahahaha..ni lagi sengal

" awak nak rumah macam mana?"

dengan bangga dia menjawab

" rumah 4 tingkat, yang ada lif. so, saya tak payah la naik tangga"

hakhakhak...lagi gamat kelas dibuatnya si Myazman ni...

apa pun setiap orang, setiap orang ada rumah idaman sendiri kan.... rumah tak ada lagi, tapi saya dah ada jiran.hehehehe

sesungguhnya, kawan2 dip. ed saya memang la best...

wehhh....aku rindu dengan korang semua

* sori la pada orang yang berkaitan dalam cerita ni...hahahaha

Tuesday, 6 July 2010

Bunga & Kerengga


Nice kan picture ni...kredit untuk Saufi Ahmad...siapa Saufi Ahmad dalam hidup saya??
Dia bukan kenalan rapat saya, jugatak pernah jadi anak murid saya, tapi dia pernah belajar di MRSM Batu Pahat. Macam mana saya kenal dengan dia???
Semua kerana program Sirih Pulang Ke Gagang (SPKG)
Dari sini saya kenal beliau dan juga rakan-rakan beliau...
Kerana saya tidak sempat bersama mereka pada tahun 2006
Kerana 2007 baru saya mula berkhidmat di MRSM Batu Pahat
Namun, andai ALLAH izinkan saya mengenali mereka...maka dengan izinNYA....

Dan TQ Saufi kerana memberi izin menggunakan gambar ini....
kerana saya sangat menghargai insan yang pandai mengambil gambar & juga insan yang pandai melukis....

Namun, entri kali ni bukan nak cerita pasal ni. Cuma gambar yang Saufi take ni
Pada saya, picture ni membawa maksud yang tersirat
Kalau kita lihat, biasa saja gambar ni kan
Bunga ciptaan ALLAH yang cantik bersama kerengga
Sekadar biasa
Lumrah makhluk kejadian ALLAH

Cuma, saya nak lari dari biasa
Berfikir dengan lebih meluas lagi
Antara makhluk flora & fauna & kehidupan manusia

Bunga....andai ada 1000 bunga, baunya, warnanya tetap tidak akan sama.....
Walaupun pada dasarnya, bunga adalah bunga
Namun tetap tidak sama

Begitu juga dengan manusia
Setiap manusia yang ALLAH jadikan di muka bumi ini
Tetap tidak sama walau pun kembar

Kerengga...kerengga tu kans edang mencari manisan atau madu bunga untuk dihisap
Dan membawa kebahagiaan kepada dirinya dan juga bunga
Kerana ada makhluk ALLAH memilihnya untuk dihisap

Namun, begitu juga dengan manusia
Setiap manusia yang ALLAH ajdikan di muka bumi ini
Pasti boleh membawa kebahagiaan kepada makhluk yang lain

Namun kerengga juga membawa kesakitan kepada bunga
Dan juga makhluk ALLAH yang lain
Sedangkan bunga itu telah memberi kebahagiaan kepada kerengga

Begitu juga dengan manusia
Ada manusia yang membawa kedukaan & kesakitan kepada makhluk yang lain
Sedangkan individu yang disakiti itu pernah / telah membawa kebahagiaan kepada dirinya
Mungkin juga kebahagiaan yang berpanjangan kepada dirinya
Namun, dibalas dengan kedukaan & kesakitan

Kadang kala manusia itu tidak sedar
Tanpa dia sedari, hati insan yang pernah membantu dirinya bahagia
Dilukai.........

Opssss......
Cukup dulu kisah kerengga & bunga
Sekadar metafora dalam kehidupan

Maka, saya memilih untuk menjadi bunga
Memberi kebahagiaan kepada orang lain
Namun, nak juga jadi mawar berduri...
Sape jahat, cucuk je dengan duri
(^_^)

sama-sama kita hayati keindahan ciptaan ALLAH

saranghe (^_^)