Wednesday 24 August 2011

Soalan Standard Itu Tidak Akan Pernah Berakhir

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Kisah Hati

Sihat ke semua? Macam mana dengan minggu akhir Ramadhan ni? Masih sihat lagi Ramadhan awak? Harap semuanya sihat-sihat.

Lately, hati banyak kali tersentuh sayu. Dek kerana soalan-soalan standard yang menerjah telinga & hati. Kadang kala, saya terfikir, adakaha manusia itu tidak sensitif pada soalan-soalan yang sensitif?

Banyak soalan-soalan yang tidak membantu, suka ditanya orang kepada kita. Antaranya, bila nak kahwin? Dah pregnant ke belum? Dah ada isi ke ni? Bila nak ada anak? Bila nak tambah lagi anak?

Itu tandanya, orang mengambil berat. tak salah ambil berat, tapi kalau "terlalu ambil berat" , itu membuatkan orang yang ditanya jadi rimas!.

Orang yang tak kahwin lagi dihujani bila nak kahwin....apa lagi usia makin meningkat & meningkat. Sampai ada keluar dari mulut si penanya soalan

Janganlah memilih sangat
Apa lagi yang ditunggu, semua dah ada
Memilih sangat kau ni

Saya percaya, semua orang nak yang terbaik untuk pasangan masing-masing kan. Tak ada orang yang nak pasangan yang entah apa-apa. Dan buat si penanya soalan, awak juga nak pasangan yang baik, bagus, dan sempurna pada mata awak kan. Saya juga percaya, orang yang masih belum kahwin, buakn tidak berusaha, mereka juga berusaha, dan mengharap akan ada jodoh yang baik untuk mereka. Namun, urusan ALLAH, siapa yang tahu. Kenapa? Dengan ada suami lengkap ke hidup awak? Kalau lengkap, ALHAMDULILLAH. Namun kalau ada suami, tidak bahagia, dipukul, sepak terajang, awak bahagia? Fahamilah hati mereka yang belum berkahwin, elak dari asyik bertanya "Ni bila lagi nak kahwin ni" . Ini soalan yang sensitif. Sensitif lah pada soalan sensitif.

Kemudian, bila dah berkahwin. Soalan standard masih belum lagi berakhir. Bila dah berkahwin. Soalan yang sangat sensitif ditanya lagi. "Bila nak ada anak" atau " dah ada isi belum ni" .

Terus terang saya cakap, saya sangat sayu dengan soalan ini. Saya dah pernah mengandung, namun ALLAH ambil semula anak itu. Kuasa saya kah? Siapa yang tidak sedih, bila kegembiraan ditarik semula. Apa lagi kegembiraan mendapat zuriat. Doktor nasihat supaya saya berehat buat beberapa bulan.

Bila ditanya berulang kali, dalam hati saya nak je cakap, kuasa saya ke? Saya tak ada kuasa nak bagi tahu awak saya sedang mengandung. Itu semua kuasa & hak ALLAH.

Mungkin pada awak, ala, biasa lah tu. Jawab je lah belum lagi. Orang tanya je, sebab nak tahu. Ye, pada awak, awak nak tahu, tapi pada orang yang ditanya? Itu harapan dia....itu harapan saya. Tapi belum masa ALLAH nak bagi. Ada yang dah kahwin 20 tahun pun baru dapat zuriat.

Dan selepas beberapa bulan anak itu diambil oleh ALLAH, soalan yang standard itu menerjah kembali. Berulang kali. Adakah dengan soalan itu membantu saya mengandung? Atau membantu orang lain yang ditanya soalan serupa itu mengandung? Saya faham, sikap mengambil berat dan rasa ingin tahu itu sangat tinggi. Saya tahu, anak itu penyambung keturunan. Siapa yang tak nak ada zuriat, yang akan mendoakan kita bila kita sudah tiada?

Sebelum saya berkahwin, saya takut nak tanya soalan bila nak kahwin kepada orang lain. Dan bila dah kahwin pun, saya takut nak tanya soalan itu. Sebab apa, saya takut orang kecil hati.
Macam tu juga dengan orang yang dah kahwin. Takut nak tanya soalan yang sama. Tidak kah kita faham perasaan orang?

Mungkin si penanya nak tahu. Seronok dengar berita gembira. Ya saya akui. Tapi kalau asyik berulang kali tanya, orang jadi terasa. Ni pada saya. Dan bila saya kata, doakan la, insyALLAH....berulang kali lagi tanya, dah ada ke? Haishh, tak faham lagi ke?

Tanya lah orang yang dah kahwin, yang belum ada anak, yang dah kahwin 4,5,6,7,8,9,10 mahupun 15 tahun dan mungkin lebih lagi dari ini, siapa yang tidak mahu zuriat? Orang yang mengandung luar nikah je yang buang anak merata. Tapi, ini kuasa kita ke? Kuasa saya ke? Kuasa mereka ke? Saya dah usaha, namun ALLAH belum izinkan lagi. Ada sebabnya.

Kepada si penanya, dan kalau awak memang suka sangat bertanya, ini bukan kuasa kita. Kuasa ALLAH. Ada anak, tapi hidup tak bahagia, ada anak, tapi tak mampu nak jaga, ada anak tapi keluarga tak bahagia, juga tak lengkap hidup ni.

Isteri Nabi, Aisyah juga sayu kerana tidak mempunyai zuriat. Apa lagi saya yang lagi rendah darjat dari Aisyah.

Pada awak yang suka bertanya, sensitiflah pada soalan yang sensitif. Lainlah kalau awak doakan selalu pada mereka yang belum berkahwin, pada mereka yang belum ada anak. Atau awak bagi jalan penyelesaian....Itu melegakan hati orang yang ditanya.

Macam emo je kan entri kali ni. Doakan saya. Itu saja yang saya harapkan.
Terima kasih kepada yang sudi mendoakan saya. Kalau kita mendoakan orang, biarlah orang yang didoakan itu tidak tahu.

p/s jangan tanya saya, tapi doakan saya.

5 comments:

  1. memang byk dugaannya..mak cik saya dah kawen 20 tahun (seumur ngan saya usia perkahwinan mereka) tapi masih tidak dikurniakan zuriat. 2x gugur..notacintahatiku masih mempunyai banyak peluang..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Hajar. Bersabarlah... kita di dalam kapal yang sama. Soalan-soalan std ni sudah lali kakchik dengar tapi pedihnya tak pernah kurang.
    Selamat hari raya dan maaf zahir batin Hajar. Selamat meneruskan ibadah puasa.

    ReplyDelete
  3. Kakchik : waalaikumusalam kakchik ku sayang. ye kakchik, kakchil lagi tabah & kuat kan.
    selamat hari raya, maaf zahir dan batin. sedih puasa tinggal beberapa hari sahaja

    ReplyDelete
  4. teringat kat sorang cikgu sy yg umur dia dah lewat 20an.. tp masih tak kahwin lagi..and budak2 suka kacau dia..mmg muka dia nampak terasa laa..

    ReplyDelete