
sumber : google
Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati
Anak: Uikk, tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun kan?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: blur*
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah.
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..’Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..’ dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.. ‘Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..’ jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..
Anak: termakan cili*
So conclusion is, jangan mudah terasa hati..Maknanya kita tak redha dengan Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah..
“maksudnya, Allah bagi kita ujian agar kita tabah apabila di hina macam tu, tapi kalau kita tak tabah,kita canangkan dekat satu dunia yang orang tu hina kita maksudnya kita tak redha lah tu. At the same time kita macam salahkan Allah pula. Dosalah tu. Sepatutnya kita redha dan banyakkan bersabar.”
Hmmm, bila baca balik, macam apa je saya tulis ni. Kan kan. Terabur. Semua benda masuk. Kalau buat karangan, ni kompem karangan tidak berstruktur dengan baik. Isi terabur. Dan mungkin juga, karangan tidak menepati tajuk.
Cakap pasal karangan, saya teringat karangan yang saya tulis masa SPM. tahun 2000. Saya buat karangan, 5 muka surat depan belakang. Macam tak percaya je. Habis saya tulis. Penuh huraian, contoh, pengisian. Alhamdulillah, cemerlang. Rasa nak je pergi kat Lembaga Peperiksaan, tanya, ada lagi tak karangan saya masa saya SPM dulu. Sayang dengan penulisan tu. Sebab rasanya tu lah penulisan terbaik yang pernah saya buat sepanjang saya sekolah. Tu zaman SPM. Ni zaman tengok anak murid ambil SPM pulak.
Ok, stop pasal tu. Saya sambung balik. Dalam kehidupan seharian kita, pernah tak kita rasa yang kita ni bagsu sangat (macam mana saya rasa karangan saya tu bagus la kot. hihihihi). Ke awak rasa awak lah yang paling bagus sekali. Orang lain tak bagus. Senang kata, dalam hati kita, orang tu tak betul, orang ni tak betul. Kita je betul. Pernah tak rasa? Saya? Pernah jugak lah. Tipu lah kalau saya kata tak. TAPIIIIIIIII.............serius benda ni sakit. Bila fikir-fikir balik, kenapa saya perlu rasa macam tu. Kan ni penyakit hati jugak. Kalau dalam psikologi, kita namakan Tingkap Johari.
Anda Ok, Saya Tak OK
Anda Tak OK, Saya OK
Anda Tak OK, Saya Tak OK
Anda OK, Saya OK
Mana satu pilihan kita? Kalau kita pilih Saya OK, Anda Tak OK, akan wujudlah situasi yang tak best. Saya bagi contoh (tidak ada kene mengena antara hidup atau mati). Kita rasa, apa kita buat semua betul, sampai kita dah rasa penat. Sebab kita rasa orang lain buat kerja tak betul, orang lain buat kerja tak bagus. Apa jadi? Akan wujud rasa tidak puas hati, akan wujud rasa, kita je yang baut kerja, orang lain tak. Akan wujud rasa nak salahkan orang itu, nak salahkan orang ni. Semua orang tak betul. Sebab kita je rasa kita je yang bagus. Kita kata orang tu tak pandai buat kerja, lagi best kita kata ORANG TU TAK BUAT KERJA. So, wujudlah hati-hati yang sakit. Bila hati sakit, wujudlah macam-macam perasaan dalam diri.
Saya tulis ni, tak ada niat nak kata saya sempurna, perfect. Bukan mudah untuk jadi positif. Tapi berusahalah untuk jadi positif. Balik semula pada tadi. As manusia normal, memang akan wujud perasaan tu. TAPI, jangan lah kita rasa kita ni bagus sangat. Sebab ada lagi orang lain yang lebih bagus. setiap orang ada kelemahan & kelebihan masing. Kalau kita rasa dia kurang bagus atau buat kerja tak berapa nak menepati piawaian seperti yang kita nak, ok, kita check diri kita. Kita ni ketua dia ke? Atau kita ni sama je jawatan / taraf dengan dia. Kalau kita ketua dia, dah jadi tanggungjawab kita untuk kita bantu dia. Dan kalau kita juga setakat sam je dengan dia, kita check jugak, kerja tu melibatkan kita tak? Kalau tak melibatkan kita, dan tak ganggu gugat urusan kita, jangan lah kita pulak lebih-lebih kutuk dia, kata macam-macam. Bila wujud perasaan itu, hati jadi sakit. tak sihat. mulalah anyam ketupat. Yang dapat dosa siapa? tepuk dada tanya jawapan dalam diri kita. Apa salahnya kalau kita bantu dia walaupun bukan tugasan kita. Bantu dia untuk jadi terbaik. Bukan kutuk / mengata belakang-belakang.
Kita kata orang tu macam tu lah macam ni lah. Kita nak orang bagi tau kita apa yang jadi, tapi ada tak kita bagi tau orang yang sepatutnya kita bagi tau apa yang jadi. kita salahkan orang itu, kita salahkan orang ini. SEMPURNA SANGATKAH KITA NI? Ni tak, orang tu salah, orang ni salah. Tahu tak, lagi banyak kita mengata orang, buak aib orang, cari salah orang, LAGI BANYAK ALLAH BUKA SALAH KITA & AIB KITA NANTI. sedar atau tak, dalam kita kata orang, orang pun mengata kita sama. Hmmm, benda ni, saya selalu kena ingatkan diri saya. Saya bukan manusia yang sempurna. Menyalahkan sesama sendiri, budaya yang sihat ke? Kan lebih baik & cantik kalau kita sabar, kita bincang elok-elok sesama kita. Bila orang mengata kita, kutuk kita, kita marah, TAPI KITA? Ni memang peringatan untuk diri saya. Awak pun sekali.
Hmm. satelit laci saya dah hilang. Idea dah stop kejap. Laci saya semakin berterabur. Sebelum saya tulis lagi terabur, better saya stop. Saya minta maaf, kalau ada yang baca, terasa hati. Saya taip, saya tulis, apa yang sayan fikir, apa yang saya lihat, apa yang saya rasa, apa yang saya alami, apa yang saya baca. Maaf kalau ada yang terguris. Saya tidak kenal awak, dan awak pun tidak kenal saya. Saya main taip je. Maaf yer.
Saya pinjam kata-kata Ustaz Zaharuddin
Rezeki dan anugerah Allah bukan sahaja yang berbentuk emas permata dan wang yang bertimbun tetapi juga anak-anak yang ramai yang baik dan soleh. Bagi pasangan yang tidak diberi anugerah anak atau zuriat keturunan walaupun sudah lama berkahwin maka mereka perlu bersabar, berusaha dan pasrah terhadap ketentuan Allah ke atas mereka. Tentu ada hikmah di sebaliknya yang tidak kita ketahui. Pasangan yang tidak dikurniakan zuriat terkadang lebih baik kerana mereka sentiasa bergantung harap kepada Allah, sentiasa berdoa dan merintih rayu kepada Rab al-'Alamin agar dikurniakan zuriat. Rintihan, rayuan dan harapan kepada Allah itulah sebenarnya menjadikan Allah sayang dan kasih kepada mereka. Janji Allah bahawa sesiapa sahaja yang berdoa, merayu merintih kepada Allah pasti Allah akan menyahut dan mengabulkan permohonannya cuma mungkin dalam keadaan yang dia sendiri tidak mengetahuinya.
Dalam hadis Rasullah S.A.W bersabda : "Sesiapa yang berdoa mengharapkan sesuatu dari Allah nescaya Allah akan memberinya, sama ada diberikan segera atau disimpan untuk kebaikannya di akhirat atau dihindarkan kejahatan darinya".
Walaupun pasrah terhadap ketentuan Ilahi yang masih belum mengurniakan zuriat keturunan namun ia bukannya halangan untuk berusaha asalkan usaha yang dilakukan tidak melanggar ketetapan syariat.
Wallahualam.