Monday 26 September 2011

Saya Nak Tulis, Tapi Idea Saya Terabur

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : A Little Love (lagu ni buat saya senyum dan senyum dan senyum lagi)





Saya tak tahu mana satu nak mula, susunan macam mana untuk saya buat. Terlalu banyak isu, idea, pandangan peribadi yang berlegar-legar di fikiran. Semuanya nak saya tumpahkan di sini, namun entah kenapa laci-laci dalam kotak fikiran ini, berterabur di sana sini. Tidak tersusun, berselerak, hingga sukar untuk saya susun kembali segala isi dalam laci yang ada.

Apa yang saya taip kali ini, mungkin pembacaan akan jadi entah apa-apa. Berterabur sana-sini. Tapi, saya cuba lah untuk tidak menteraburkan enri kali ini.

Dalam hidup, kita ada pilihan bukan. Kita ada banyak pilihan yang kita boleh buat. Saya boleh pilih, awak pun boleh pilih. Pilih apa? Pilih jalan hidup kita, pilih pekerjaan, pilih jodoh, pilih bahan bacaan, pilih kawan-kawan HATTA pilih dengan siapa untuk kita bercerita sekalipun. Saya bagi contoh mudah, setiap orang ada hak untuk memilih dengan siapa untuk dia bercerita, berkongsi masalah. Katakan kawan kita tu, tak nak bercerita dengan kita apa masalah yang dia hadapi, itu hak dia. Perlukah kita rasa kawan kita itu sombong, ego, kedekut, atau apa-apa sajalah yang kita rasa. Kita rasa kecil hati? Atau kita terasa hati? Sedangkan bukan kah itu hak dia, pilihan dia untuk menceritakan atau berkongsi dengan siapa yang dia rasa selesa atau tidak. Hmmm, awak tanya diri awak sendiri. Sebab ini sekadar pandangan peribadi saya sahaja.

Atau saya bagi contoh lain. Kawan kita nak keluar dengan kawan lain, dan tak ajak kita. Apa kita rasa? Awak tanya diri awak sendiri. Ada orang barangkali tidak kisah langsung. Ada orang, akan terasa. Ada orang akan kata, "normal lah tu, dia ada kawan dia, dia ada masa dia jugak, macam tu jugak dengan aku". Pada saya, setiap orang ada masa-masa tertentu nak dengan orang ni, ada masa tertentu nak dengan orang ni. Just hormat masa dia dan keinginan dia.

Apa-apa pun, ini soal hati. hati kalau mudah terasa, akan jadi payah. cepat berkecil hati. hati juga akan jadi tak sihat. bukan mudah untuk kita manusia berfikiran positif. saya juga sering tewas dengan soal hati & fikiran positif ini. Namun saya pegang pada kata-kata ini

‘Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati’.



Kenapa? jom soroti dialog antara ayah & anak.


Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati

dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uikk, tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun kan?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: blur*

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah.

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..’Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..’ dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.. ‘Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..’ jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..

Anak: termakan cili*

So conclusion is, jangan mudah terasa hati..Maknanya kita tak redha dengan Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah..

“maksudnya, Allah bagi kita ujian agar kita tabah apabila di hina macam tu, tapi kalau kita tak tabah,kita canangkan dekat satu dunia yang orang tu hina kita maksudnya kita tak redha lah tu. At the same time kita macam salahkan Allah pula. Dosalah tu. Sepatutnya kita redha dan banyakkan bersabar.”

Hmmm, bila baca balik, macam apa je saya tulis ni. Kan kan. Terabur. Semua benda masuk. Kalau buat karangan, ni kompem karangan tidak berstruktur dengan baik. Isi terabur. Dan mungkin juga, karangan tidak menepati tajuk.

Cakap pasal karangan, saya teringat karangan yang saya tulis masa SPM. tahun 2000. Saya buat karangan, 5 muka surat depan belakang. Macam tak percaya je. Habis saya tulis. Penuh huraian, contoh, pengisian. Alhamdulillah, cemerlang. Rasa nak je pergi kat Lembaga Peperiksaan, tanya, ada lagi tak karangan saya masa saya SPM dulu. Sayang dengan penulisan tu. Sebab rasanya tu lah penulisan terbaik yang pernah saya buat sepanjang saya sekolah. Tu zaman SPM. Ni zaman tengok anak murid ambil SPM pulak.

Ok, stop pasal tu. Saya sambung balik. Dalam kehidupan seharian kita, pernah tak kita rasa yang kita ni bagsu sangat (macam mana saya rasa karangan saya tu bagus la kot. hihihihi). Ke awak rasa awak lah yang paling bagus sekali. Orang lain tak bagus. Senang kata, dalam hati kita, orang tu tak betul, orang ni tak betul. Kita je betul. Pernah tak rasa? Saya? Pernah jugak lah. Tipu lah kalau saya kata tak. TAPIIIIIIIII.............serius benda ni sakit. Bila fikir-fikir balik, kenapa saya perlu rasa macam tu. Kan ni penyakit hati jugak. Kalau dalam psikologi, kita namakan Tingkap Johari.

Anda Ok, Saya Tak OK

Anda Tak OK, Saya OK

Anda Tak OK, Saya Tak OK

Anda OK, Saya OK

Mana satu pilihan kita? Kalau kita pilih Saya OK, Anda Tak OK, akan wujudlah situasi yang tak best. Saya bagi contoh (tidak ada kene mengena antara hidup atau mati). Kita rasa, apa kita buat semua betul, sampai kita dah rasa penat. Sebab kita rasa orang lain buat kerja tak betul, orang lain buat kerja tak bagus. Apa jadi? Akan wujud rasa tidak puas hati, akan wujud rasa, kita je yang baut kerja, orang lain tak. Akan wujud rasa nak salahkan orang itu, nak salahkan orang ni. Semua orang tak betul. Sebab kita je rasa kita je yang bagus. Kita kata orang tu tak pandai buat kerja, lagi best kita kata ORANG TU TAK BUAT KERJA. So, wujudlah hati-hati yang sakit. Bila hati sakit, wujudlah macam-macam perasaan dalam diri.

Saya tulis ni, tak ada niat nak kata saya sempurna, perfect. Bukan mudah untuk jadi positif. Tapi berusahalah untuk jadi positif. Balik semula pada tadi. As manusia normal, memang akan wujud perasaan tu. TAPI, jangan lah kita rasa kita ni bagus sangat. Sebab ada lagi orang lain yang lebih bagus. setiap orang ada kelemahan & kelebihan masing. Kalau kita rasa dia kurang bagus atau buat kerja tak berapa nak menepati piawaian seperti yang kita nak, ok, kita check diri kita. Kita ni ketua dia ke? Atau kita ni sama je jawatan / taraf dengan dia. Kalau kita ketua dia, dah jadi tanggungjawab kita untuk kita bantu dia. Dan kalau kita juga setakat sam je dengan dia, kita check jugak, kerja tu melibatkan kita tak? Kalau tak melibatkan kita, dan tak ganggu gugat urusan kita, jangan lah kita pulak lebih-lebih kutuk dia, kata macam-macam. Bila wujud perasaan itu, hati jadi sakit. tak sihat. mulalah anyam ketupat. Yang dapat dosa siapa? tepuk dada tanya jawapan dalam diri kita. Apa salahnya kalau kita bantu dia walaupun bukan tugasan kita. Bantu dia untuk jadi terbaik. Bukan kutuk / mengata belakang-belakang.

Kita kata orang tu macam tu lah macam ni lah. Kita nak orang bagi tau kita apa yang jadi, tapi ada tak kita bagi tau orang yang sepatutnya kita bagi tau apa yang jadi. kita salahkan orang itu, kita salahkan orang ini. SEMPURNA SANGATKAH KITA NI? Ni tak, orang tu salah, orang ni salah. Tahu tak, lagi banyak kita mengata orang, buak aib orang, cari salah orang, LAGI BANYAK ALLAH BUKA SALAH KITA & AIB KITA NANTI. sedar atau tak, dalam kita kata orang, orang pun mengata kita sama. Hmmm, benda ni, saya selalu kena ingatkan diri saya. Saya bukan manusia yang sempurna. Menyalahkan sesama sendiri, budaya yang sihat ke? Kan lebih baik & cantik kalau kita sabar, kita bincang elok-elok sesama kita. Bila orang mengata kita, kutuk kita, kita marah, TAPI KITA? Ni memang peringatan untuk diri saya. Awak pun sekali.

Hmm. satelit laci saya dah hilang. Idea dah stop kejap. Laci saya semakin berterabur. Sebelum saya tulis lagi terabur, better saya stop. Saya minta maaf, kalau ada yang baca, terasa hati. Saya taip, saya tulis, apa yang sayan fikir, apa yang saya lihat, apa yang saya rasa, apa yang saya alami, apa yang saya baca. Maaf kalau ada yang terguris. Saya tidak kenal awak, dan awak pun tidak kenal saya. Saya main taip je. Maaf yer.

Saya pinjam kata-kata Ustaz Zaharuddin

"Berapa ramai yg kita pernah jumpa, dahulunya kawan rapat, kini musuh ketat; dulu kawan kini lawan, dulu kerja bersama, kini kutukan inti utama; dulu dipercayai, kini dibenci; dulu harapan, kini bahan bantaian. Puncanya? Sangka buruk, tidak mengkaji khabar angin berulam dengki. Silaturahmi punca rezeki & panjang umur dlm kebaikan maka perbaikilah.."
Wassalam....
p/s Benarlah kata orang-orang lama. Maaf mampu menyejukkan marah yang membara. Maaf juga membuatkan kita terus ‘Memberi’. Maaf membuatkan kita sentiasa ‘syukur dan sabar’ sekaligus meleburkan kufur. Maaf akan menjadikan kita sentiasa ‘berfikir’ bahawa kita adalah ‘Khalifah’ dan ‘berzikir’ yang kita masih lagi ‘Hamba’. Maaf juga akan membuatkan kita ‘memahami dan mengerti’. Maaf jugalah yang akan membawa kita kepada ‘fitrah’ dan memperkasakan semula ‘fikrah’. Maaf adalah segala-galanya yang mampu racunkan benci dan tunaskan cinta.

3 comments:

  1. salam...Entry ni mendalam maksudnya, dan sangat besar pengertian aplikasinya dalam kehidupan...

    Benar, kadang2 bila dihina, kita rasa kitalah mangsa keadaan...sedangkan pada aspek lain ia adalah peringatan..

    cara penilaian masalah yang menarik...
    syukran atas tulisan...

    Mohon di copy untuk tatapan...

    ReplyDelete
  2. http://allaboutajournal.blogspot.com/2011/09/soal-hati.html

    Ni link post ni di blog saya.

    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. silakan.ambil yang mana boleh dikongsi.

    ReplyDelete