Sunday 25 September 2011

Ukhwah Itu Indah - Group Rahsia

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : A Little Love



Saya selalu bercerita & menyebut pasal 1 group rahsia kan. Group yang namanya WKTI. ni nama singkatan. nama penuh apa? dah namanya group rahsia, mestilah saya akan rahsiakan. group ni, tak terbuka kat sesiapa. just terbuka untuk orang2 tertentu. sebab, kena buat banyak tapisan demi tapisan.

Alhamdulillah, baru-baru ni saya berkesempatan untuk bertemu dengan mereka. Ahli yang terkini, ada 32 orang dalam group. Tapi, yang diizinkan ALLAH untuk hadir bertemu muka, tak lah ramai pun.
Alhamdulillah, kali ni, encik zauj izinkan pergi. Dan lebih seronok, encik zauj bwak sekali. join sekali pertemuan indah ini. TAPI, tak ada lah encik zauj join kami bergossip, encik zauj join zauj2 sahabat yang datang lah. Secara tak langsung, boleh lah zauj-zauj kami yang bawak zauj ni buat WKTI mereka sendiri. Yang bujang-bujang, nanti akan menyusul zauj-zauj nya... Hihi.....kena tukar nama lah. tak boleh WKTI...so, sape yang nak jadi YB pulak dalam group zauj2 WKTI ni?

Pagi tu, dari Batu Pahat, zauj drive ke Putra Heights...3 jam perjalanan, tak rasa penat bila jumpa sahabat-sahabat ni. Alhamdulillah, tiba rumah kak zima, terus dijamu makan. Sedap betul hidangan hari tu. Teringat-ingat daging kambing tu. wahhhhh. Indahnya persahabatan ini. bermacam suka & duka telah kami lalui. Tapi itu biasa dalam bersahabat. Apa yang saya suka, ukhwah, nasihat, senda gurau, usik-mengusik sesama kami. Macam yang saya cerita pada entri lepas, kami semua kenal melalui FB je. best kan, ukhwah dibawa sampai ke alam nyata.

Dari alam maya ke alam nyata.
Saya suka ukhwah sebegini. Mengajak saya ke arah kebaikan. Kalau tengok dari gambar, hampir kesemua sahabat-sahabat saya berniqab. Saya suka. Pertemuan hari tu, buatkan saya rasa, macam saya berada kat dalam madrasah, belajar agama. Saya suka suasana macam ni.

Dalam bersahabat, tak semestinya kena duduk & tinggal dekat2. Kalau duduk & tinggal dekat2, tapi ukhwah itu tidak best, kawan2 kita buruk2 kan kita, kawan2 kita mengata kita, kawan2 kita ajak kita anyam ketupat, kawan2 kita ajak kita ke perkara yang jauh dari agama, kawan2 kita ajak kita melakukan maksiat, kawan2 kita hanya untuk berseronok, tak best juga. macam entri saya yang bawah entri ni, kawan ke neraka ramai, TAPI kawan ke syurga, sukar ada kan.


Bukan nak kata, yang kami ni KOMPEM masuk syurga. Tapi kita semua nak ke arah tu kan. Berusaha ke arah itu. Bimbing antara satu sama lain. Saya ada angan-angan. Nak bersama mereka, kemudian usrah bersama, solat jemaah bersama. Berangan jugak nak bercuti bersama mereka kat mana-mana tempat yang best la. (^_^) .

Rasa rindu dalam diri. Saya sangat berharap ukhwah ini kuat. Bimbang hasutan syaitan akan menggoyangkan ukhwah. Syaitan kan memang suka merosakkan ukhwah ni. Itu janji syaitan.

Banyak saya belajar daripada mereka. Walaupun ada dalam kalangan mereka yang usianya lagi muda dari saya, namun nasihat mereka sangat bermakna.

Dalam berukhwah, pasti ada selisih faham. Terguris rasa. Namun, ingat mengingat antara satu sama lain, nasihat menasihat antara satu sama lain, buatkan kami lebih faham antara satu sama lain.

Saya cuma harapkan, ukhwah ini berkekalan. Itu sahaja. Diredhai & diberkati ALLAH hendaknya.

AMIN



1 comment: