Sunday, 29 July 2012

Tanpa Kata 29


Sunday, 22 July 2012

Tanpa Kata 28


Sunday, 15 July 2012

DIA Yang Awal, DIA Yang Akhir

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : 


Apa khabar? Saya yakin, awak semua sihat & berada di bawah lindunganNya senantiasa. Amin. Positifkan minda dan jiwa...InsyALLAH, hidup akan ceria.

Apa yer saya nak share? Ada tu memang ada, cuma saya tak tahu macam mana nak mulakan.
Ya Allah, saya nak share something ni, tolong saya Ya Allah, berilah saya ilham. Saya nak share yang itu, tapi saya tak tahu macam mana nak mulakan. Tolong saya Ya Allah. Terima kasih Ya Allah. Saya sayang Allah.

Bergantung hanya kepada Allah. Setiap saat dalam hidup, setiap kita, kita akan buat keputusan kan. Ya, kita akan buat keputusan setiap masa. Kita nak makan apa, kita nak minum apa, kita lapar nak makan atau tidak, kita dahaga nak minum atau tidak, nak mandi atau tidak, nak pakai baju apa hari ini, nak jawab telefon atau tidak, nak balas sms atau tidak, nak memaafkan orang atau tidak, nak mengumpat orang atau tidak, nak menjaga aib orang atau tidak dan segala macam perkara yang kita buat, KITA YANG BUAT KEPUTUSAN PADA SETIAP MASA.

Kadangkala kita sendiri pening, serabut dalam buat keputusan. Sampai nak makan apa pun, kita tak tahu. Sampai tertanya-tanya, 'apa yer nak makan hari ni...tak tahu dah nak makan apa'. Pernah kan alami situasi ni. Nak pakai baju apa pergi kerja pun "baju apa nak pakai esok pergi kerja ni, tak ada baju dah ni". Tak ada baju? Sedangkan dalam almari kita, ada banyakkkkkkk baju untuk kita pakai. Pernah kan alami situasi ni....

Balik semula kepada pergantungan hanya kepada Allah. Sebenarnya, kita lupa, dalam buat keputusan setiap masa tu, kita kena mohon kepada Allah. YA, HANYA KEPADA ALLAH. Kita jadi penat fikir nak makan apa...kita penat fikir nak pakai baju apa. Sedangkan kita lupa, Allah yang beri ilham. Kita nak pakai pakaian tutup aurat atau tidak, kita nak makan halal atau tidak, kita nak makan sebab nafsu makan atau untuk kesihatan.

Kalau semuanya bergantung kepada Allah, Allah akan beri ilham yang sangat best dan sesuai dengan kita.
Cakap aje, "Ya Allah, saya nak makan untuk kesihatan saya ni, tapi sya tak tahu nak makan apa. Saya tengok, ada banyak makanan ni Allah, tapi yang mana satu saya nak makan ni Allah. Tolonglah saya Ya Allah." 

Awak rasa itu gedik ke? Gedik? Apa salahnya gedik dengan Allah. Daripada gedik dengan lelaki lain, daripada gedik dengan kawan-kawan, lebih baik gedik + manja-manja dengan Allah. 

Setiap perkara tu kan mula dengan niat. Jadi, ini kira niatlah. Niat kerana Allah. Bukan dalam bahasa Arab? Allah kan faham semua bahasa. Allah kan Maha Hebat. Awak cakap lah bahasa apa pun, Allah akan tahu. 
Minta lah dengan Allah setiap masa. Dalam apa juga keputusan yang awak nak buat. Dalam apa juga keadaan yang awak rasa sulit. Tak kira apa juga keadaan. Hanya bergantung kepada Allah. 

Walaupun pada ketika itu, kita sangat penat dengan hari-hari yag kita lalui. Walaupun pada saat itu, kita  dikhianati oleh sahabat kita sendiri. Walaupun pada ketika itu, orang sekeliling memperkatakan tentang kita. Walaupun pada ketika itu, kita berada dalam keadaan yang kita sangat takut. Bergantung hanya kepada  Allah.

Saya pernah menghadiri satu kursus, berkenaan dengan minda. Alhamdulilllah. Dan saya diingatkan, THE MAP IS NOT A TERRITORY. Maknanya, apa yang kita tengok & lihat & kita dengar, tidak semestinya betul. Maka, jangan terus buat andaian atas apa yang kita tengok, kita lihat, kita rasa & kita dengar. Sebabnya, THE MAP IS NOT A TERRITORY.

Setiap yang berlaku itu, sebenarnya mengajar kita untuk menjadi matang. Allah jadikan setiap pengalaman dan hari-hari yang kita lalui itu, untuk mengajar kita menajdi orang yang matang dan supaya kita menjadi hamba Allah yang lebih baik setiap hari. Tiada manusia yang sempurna, dan setiap kita pasti akan melakukan kekhilafan. Dan dari situ, antara kita sedar atau tidak, Allah sedang mendidik kita menjadi manusia yang tenang & sabar. Kembali kepada Allah. 

Dapatkan aura Alpha...macam mana nak dapat???? Ahaaa....insyALLAH, saya akan kongsikan satu hari nanti. Dengan izin Allah juga nanti. Sesungguhnya, DIA Yang AWAL, DIA Yang Akhir...

Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas ilham ini.

Positifkan minda dan jiwa. 

Wassalam...


 

Tanpa Kata 27


Friday, 6 July 2012

Tanpa Kata 26


Wednesday, 4 July 2012

Facts Of Life 3

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Ku Pinang Kau Dengan Bismillah









Kita tidak tahu amalan kita yg mana Allah suka. Kita pun tidak tahu amalan si polan yang mana yang Allah lebih suka. Jadi tidak perlulah kita fikir bahawa kita lebih baik atau lebih mulia daripada orang lain. Kerana bimbang, hal  ini akan menyebabkan kita dicampak ke neraka oleh perasaan diri kita ini bagus kita dari orang lain. Kita kata si polan itu macam ini, sebab tidak sama kehendak nilai kita. Sedangkan kita tidak tahu apa masalah si polan, apa yang si polan lakukan pada masa kita tidak melihat si polan. Namun kita kena ingat, ALLAH Maha Melihat dan ALLAH Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hati kita dan juga hati si polan. 

Positifkan minda dan jiwa setiap hari. 

Wassalam.....

Sunday, 1 July 2012

JOM KITA BELAJAR SEJARAH SEPANYOL BAGI YANG SANGAT SERONOK SEPANYOL MENANG BOLA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Butterfly

Hashummmm! Alhamdulillah....fuh, berhabuk. Lamanya tak buka ni.....
Sangat sibukkkkkk...Mengemas barang, buat itu, buat ini. Tak kesempatan untuk buka blog. Sedangkan, banyaknya benda nak share....bila banyak sangat nak share, maka jadinya tak tahu nak share mana satu.
Bila tak tahu nak share mana satu, maka, tak bukalah blog ni....

Nasib baik wujud lagi. 

Awak nak tahu, saya dah pindah MRSM. Saya dah tak lagi kat MRSM Batu Pahat. Tapi saya kat MRSM lain dah. Kat mana???Nanti lah, saya buat satu entri... Sebab kali ni saya nak entri pasal lain lah.

Awak tengok Euro 2012? Saya tak tengok pun. Tak rajin nak tengok. Cuma saya baca je surat khabar. Baca pun tengok-tengok gitu aje. Sebab utama, sebab bukan minat pun bola ni. 
Tahniah kepada Spain a.k.a Sepanyol yang menang......

Tapi, dalam sibuk-sibuk dengan bola, saya nak share pasal Sepanyol ni. Kiranya, entri saya kali ni, saya nak share pasal SEJARAH SEPANYOL serba ringkas. 

Once upon a time.......

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Spanyol beransur-ansur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Spanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis.  

Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang berupa pegunungan. Islam telah menerangi Spanyol.  

Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, banyak orang-orang Spanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Spanyol bukan saja beragama Islam, namun sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami.  

Tidak saja membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka selalu berkata tidak untuk muzik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.  

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Spanyol, namun selalu gagal. Maka dikirimlah sejumlah mata-mata untuk mempelajari kelemahan umat Islam Spanyol.  

Akhirnya mereka menemukan cara untuk menaklukkan Islam, yakni dengan pertama-tama melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirimkan alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Spanyol.  

Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan perpecahan ke dalam tubuh umat Islam Spanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.  

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai pasukan salib. Penyerangan oleh pasukan salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga penduduk sivil, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua. Satu-persatu daerah di Spanyol jatuh.  

Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.  

Tentera-tentera salib terus mengejar mereka. Ketika jalan-jalan sudah sepi, tinggal menyisakan ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara salib mengetahui bahwa banyak muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.  

Dengan lantang tentara salib itu meneriakkan pengumuman, bahwa para Muslim Granada bisa keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.  

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa dari orang Muslim diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Spanyol.  

Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.

Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. 

Setelah ribuan umat Islam Spanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika mereka membakari rumah-rumah tersebut bersama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.  

Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya bisa terpana ketika tentara salib juga membakari kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Spanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam.  

Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa kerena sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dengan anak-anaknya yang masih kecil. Sedang para tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.  

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera salib segera membantai umat Islam Spanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Seluruh Muslim Spanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.  

Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Pada tanggal 1 April, orang-orang diperbolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain

Tarikh gurauan yang diperingatkan sehingga kini dengan mainan April Fool. Tetapi kita orang Islam memang mudah lupa. . Muzik, rokok dan pelbagai cara yang digunakan untuk melemahkan kita umat Islam sehingga lupa sejarah yang sedia ada.
Ok. Itu serba ringkas sejarahnya....
Jangan lupa musuh Islam berada di mana sahaja dan mengunakan apa sahaja senjata walaupun melalui sukan.. 

Itu sahaja...sekian dulu dari saya. Sekadar perkongsian. 
Saya tak nak ulas panjang-panjang. Baca dan kita nilai sendiri. Cari bahan dan kaji. Kemudian kita fikirkan. Kita umat Islam, kena hati-hati. Moga ALLAH beri perlindungan kepada kita semua umat Islam. AMIN.

Positifkan minda dan jiwa.

Wassalam.....

Thursday, 31 May 2012

4M

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Ayat Ruqyah

Sedang duduk-duduk berehat,sambil bermuka buku,teringat perkongsian seorang sahabat. Kakak ticher pesan macam ni

"mengumel, merungut, mengeluh, mengumpat. kalau ada 4 M nih pada diri kita, sila buang!"

Dusyym masa mula-mula baca ni. Tapi itulah yang selalu ada. Banyak merungut,menggomel,merungut.

Asyik aje ada rasa tak puas hati. Kadang-kadang apa orang taip pun nak merungut. Nampak gambar macam-macam pun saya menggomel.

Saya,silalah bersangka baik dengan semua orang. Kadang-kadang,apa kita rasa tu tak betul pun kan.

Saya,sila jangan bersungut kalau kerja banyak. Jangan komen banyak sangat.

Haisshhh la diri sendiri ni. Rasa nak duduk jauh dari semua orang.

Wednesday, 30 May 2012

Dakwah Itu

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Kosong (sambil minum shake shake Herbalife)

Alohaaa.....cuti sekolah dah beberapa hari dah. Cuti ni, saya ada beberapa aktiviti dengan kanak-kanak. Yang dah sudah berlal, Konvensyen PRS Zon Selatan di MRSM TGB.
Nanti ada kesempatan & kerajinan, saya upload gambar aktivitinya. Nanti sebelum habis cuti, ada lagi program bersama kanak-kanak itu.

Lately, buka facebook, rasa bosan. Asyik berita dan isu yang sama aje. Politik sana sini, ulang- ulang isu yang sama. Jatuhkan orang tu, jatuhkan orang ini. Muak sudah. Rasa kosong, macam lagu saya tengah dengar ni. Cehhhh (^_____^)

Kali ni, nak share 1 mutiara naga...eh, bukan, mutiara kata. Saya dapat dari google. Best,suka kata- kata ni.Memberi inspirasi.


Dakwah Itu...

Dakwah bukan kerja ustaz atau ustazah sahaja
Tapi dakwah itu milik semua orang yang mengaku beriman dengan sebenar-benarnya..

Dakwah bukan untuk orang yang tidak mahu bersusah dan manja
Bukan untuk orang yang asyik memberi alasan itu ini begitu begini

Bukan untuk orang yang merungut kenapa macam tu kenapa macam ni..

Tapi dakwah untuk orang yang tidak kisah masanya tiada untuk berseronok macam orang lain

Sebab dia yakin benar yang masa berehat itu bukanlah di dunia tetapi hanya apabila dia sudah bertemu dengan Tuhannya..

Tapi..
Dakwah ini susah..
Banyak mata yang memandang..
Banyak mulut yang bercakap..

"Eleh..nak tegur orang.diri sendiri pun teruk lagi,"
"Dia ingat tudung dia dah labuh dia bagus sangat?"

Mereka tidak tahukah yang dia itu juga hanya manusia biasa?
Mesti ada juga salah dan cacat celanya..
Pastinya..Tak semua orang sanggup nak buat dakwah
Tapi semua orang yang mengimpikan syurga pasti sanggup menggalasnya!



Harap dapat memberi insprasi. Dakwah itu memang sukar, kalau saya asyik memikirkan apa orang kata, kalau saya asyik fikir takut hilang kawan,kalau saya asyik fikir takut nanti orang benci, kalau saya asyik fikir takut orang menjauh. Tapi itukan cabaran dan ujian Allah dalam berdakwah.

P/s. saya selalu ingatkan, penulisan saya adalah untuk peringatan kepada diri saya sendiri. Dan boleh jadi, pengisian dan perkongsian kepada sesiapa yang membaca blog ini. Kadang-kadang, ada entri yang sama dan seakan seripa dengan entri-entri lepas.
Namun, untuk saya, saya perlu ingatkan diri sendiri. Maaf kalau yang membaca, naik bosan dengan entri saya yang seakan sama. Macam saya, yer saya bosan dengan isu yang banyak dalam negara kita yang ada sekarang ni, yang asyik ulang benda yang sama. Mana lah tahu, ada dalam kalangan yang membaca,pun bosan dengan entri saya. (^________^)

Ok lah, shake shake Herbalife saya pun dah habis saya minum. Huuu, sedap tau, saya minum sejak tahun 2010. Lagipun, tengah rebus tulang-tulang untuk buat sup tulang. Nyum nyum. Plus nak masak ayam serai dan sayuran.

Positifkan minda dan jiwa

Sekian
wassalam

Wednesday, 23 May 2012

Facts Of Life 2

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Kokoro Wo Hiraite



Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan saat dan ketika ini untuk terus bernafas dan menikmati udara segar di bumi Batu Pahat ini. Hujan diluar sana, lebat tu. Ni kalau tarik selimut, gelapkan bilik, pasti lena dalam kembara mimpi....

Kali ni, Facts of Life nak sharing dengan korang semua pasal lidah. Alhamdulillah dan terima kasih buat mak mami ummi yang hot hot, Kak Yati sebab sharing artikel ini. Sekadar perkongsian, dan peringatan sesama kita. Kalau rasa berguna dan baik untuk diri, ambillah. Kalau tak, tak apa, terpulang hidup masing-masing kan. 






 
  
Faham tak bila awak tengok gambar atas ni? InsyALLAH awak faham. Ini perkongsian dari Kak Yati ;

Lidah kita ni....boleh jadik asbab kita masuk syurga, dan boleh gak jadik asbab kita dihumban ke neraka!
Gunakan lidah tu untuk cakap yg baik2 je tentang orang lain, boleh juga guna untuk bagi nasihat yg baik2 je kat orang lain, and lebih baik lagi gunakan lidah tu untuk zikrullah sebanyak-banyaknya!
Jangan sekali2 gunakan lidah tu untuk memaki hamun orang lain, untuk mengumpat orang lain, dan yang paling teruk, untuk fitnah orang lain!
"Dari Abu Darda r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang menyampaikan kesalahan seseorang secara palsu agar mencemarkan nama baiknya, Allah akan memenjarakannya dalam neraka jahanam sehingga dia menarik kembali perkataannya. (HR Tabrani dan Majma Uz Zawaid)"


Sekian sahaja perkongsian dari saya. Semoga bermanfaat. 

Positifkan minda dan jiwa

Wassalam....

Thursday, 17 May 2012

Facts of Life


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Ayat Ruqyah



Lama rasanya tak sharing entri ilmiah. Buka blog, sekadar jadi pemerhati dan pembaca senyap. Sometimes memerlukan masa dan ketika untuk berkongsi perkara dengan orang lain. Perlukan banyak pembacaan dan pemerhatian. 


Lately, saya dapat banyak perkongsian ilmu dari seorang sahabat di FB. Sahabat yang seangkatan usia bonda kesayangan saya barangkali, pada jangkaan saya. Saya panggilnya dengan gelaran Kak Yati. Alhamdulillah, banyak perkongsian darinya.

Perkongsian dari Kak Yati :


Lepas baca ni, ramai yg sengit sengit mulut...tanda kureng setuju...now now, lets be rational dan berlapang dada, bacalah dengan niat untuk menuntut ilmu LILLAHITAALA. Put it this way, the minute you think you know everything, the knowledge door automatically will be closed for you. Tapi kalau kita sentiasa cakap kat diri kita, the more knowledge I gain, the more I want to gain, InsyaAllah, the knowledge door will be widely open for you. So my dear kengkawan, please read, and understand ok? InsyaAllah ♥♥♥

DUHAI PUTRIKU …

created By : Hendra setiawan Bin Mustari Bin Mustafa (Indonesia) 

Jangan kau tertipu dengan wanita ahli dunia… Mereka hanya berbalut pakaian agama. Para aktivis Usrah wanita, penceramah-penceramah wanita, para qori’ah… Mereka lantangkan suara di atas pentasss!!! Di depan camera,,, dalam televisi… Pastinya banyak lelaki yang menatap. Mereka bukannya membangun agama,,, sebaliknya, mereka gunakan agama untuk cari dunia. Tahukah kau, dosa menampakkan wajah? menampakkan gigi, bibir dan suara? 

Tak dapat dibayar dengan SYI’AR yang mereka lakukan. Mereka melantunkan suara bacaan Al-Quran di depan juri dan para hakim. Tajwid mereka betul, pelafalan mereka fasih, suara mereka merdu,,, hanya untuk mendapatkan hadiah,,, dapat ketenaran dan nama… Apakah ini semua dapat pahala??? Adapun, konon ada yang mau menuntut ilmu di kalangan muslimah… 

Tetapi,,, mereka bermudzakarah (berbincang-bincang) dengan lelaki… Pastinya asyik,,, sambil canda-tawa,,, pandang-memandang… Bergaul lelaki dengan wanita dalam halqah yang konon atas dasar belajar ilmu… Bagaimana ilmu mereka bisa bermanfaat?? Sedangkan mereka belajar dalam dosa… 

Bukan begitu DUHAI PUTRIKU… Agama bukanlah dari akal,,, tetapi dari i’tiba’ (mengikuti) kehidupan Rasulullah SAW. Adakah akal kamu itu lebih baik dari pada wahyu??,, sehingga kamu dapat membuat satu program agama yang lebih baik dari amal kehidupan Rasulullah? Hindarkanlah dirimu dari forum mudzakarah wanita yang cenderung kepada dunia. Mereka bukan belajar agama,,, tetapi hanya untuk mempertontonkan bakat mereka… Suara mereka terdengar di corong-corong microphone masjid,,, berdzikir solawat seolah mencintai nabi… 

Akan tetapi, sebenarnya mereka menentang nabi SAW,,, bukankah Nabi mengatakan suara wanita adalah aurat? Berhimpunnya wanita-wanita akan mewujudkan keadaan seperti model-model sedang mempromosikan barang kemasan masing-masing… Bertahun-tahun mereka Tadriss tetapi selepas majlis,,, jilbab pun mereka tanggalkan. Terkadang,,, mereka merasa sedih saat mendengarkan cerita nabi SAW yang mana di lempari batu di Thoif… Tetapi,,, adakah mereka sedih tatkala perilaku anak-anak mereka bertentangan dengan kehidupan Rasulullah??,,, keluar dari rumah-rumah mereka???.

Think about it.  Sekadar perkongsian dari Kak Yati. Semoga bermanfaat. Sangka baik,fikir & renungkan. 

Sekian, wassalam...

Positifkan minda dan jiwa.

Tuesday, 15 May 2012

Tanpa Kata 25


Tanpa Kata 24

Tuesday, 8 May 2012

Mengembara bersama Laksamana Sunan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Starlight Tears



Awak suka mengembara? Saya suka mengembara. Tidak kira ke mana. Dalam negara, luar negara, termasuk mengembara di hutan belukar yang ada di bumi Malaysia ini.
Cuma kali ni, saya bukan nak cerita pasal pengembaraan yang jalan-jalan tu. Kali ni, saya nak share pasal pengembaraan minda....

Awak kenal Laksamana Sunan? Kalau awak mengikuti kisah Laksamana Sunan, mesti awak kenal. Heeeeeeeeee...... Ni watak dalam novel lah. Penulisan Ramlee Awang Murshid (RAM). Saya ikut dari zaman saya di UM lagi. Masa tu, mula-mula kenal dengan novelis ni, dari siri Laksamana Sunan ni. Tajuknya Bagaikan Puteri. Dari sinilah, saya mula mengembara bersama Laksamana Sunan ni.

Lama dah saya mengembara bersama Laksamana Sunan...sedar tak sedar, dah 6 episod novelnya dalam siri Laksamana Sunan ni. Dari Bagaikan Puteri sampailah Sunan Musafir. 

Sunan Musafir ni, saya dapat beli di Pesta Buku Antarabangsa baru-baru ni. Tu pun kirim sorang pelajar Form 5 (Razif yang baik hati). Kebetulan, rombongan ahli PPSP MRSM Batu Pahat pergi ke Pesta Buku Antarabangsa pada hari terakhir pesta buku tu.

Sebelum ni saya pergi, tapi novel terakhir Laksamana Sunan ni belum keluar lagi. Saje je tau strategi pemasaran ni.....Huuuuu....walaupun tak dapat yang kulit keras, dan tak dapat sign penulis, tapi tak apalah. Yang penting, saya dapat teruskan pegembaraan terakhir saya bersama Laksamana Sunan.

Kalau ikutkan, semua penulisan novel RAM ni saya ada. Sebab saya suka cara penulisan thriller macam ni. Yang penuh suspen, seram, misteri, dan buatkan kita tertanya-tanya apa akan jadi lepas ni...dan macam mana akhirnya nanti. Macam tengok movie kan?

Yup, dengan novel ni, saya memang berimaginasi saya berada dalam cerita tu...Hahahaha. 

Kalau nak tahu...awak kenalah cari dari episod Bagaikan Puteri....sebab kalau baca yang last aje, awak tak faham nanti.. Sebab berkesinambungan......


Inilah siri Laksamana Sunan dari episod 1 sampai episod 5 (sumber : google)



4? mana lagi 2? Ada...cuma berada jauh dengan saya... (sumber : koleksi peribadi saya)


Inilah koleksi terbaru dan siri akhir. Jom, mengembara bersama saya (sumber : koleksi peribadi saya)

Akhir kata.....positifkan minda dan jiwa

Wassalam

Monday, 7 May 2012

Tanpa Kata 23


Wednesday, 2 May 2012

Tanpa Kata 22


Tuesday, 1 May 2012

Pesta Buku Antarabangsa KL

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Number One For Me






Ini sahaja...

Sekian sahaja...

Positifkan minda dan jiwa

Wassalam

Wednesday, 25 April 2012

SUKARNYA MEMILIH DIAM,

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Habibi Ana






Bila diam... kita mungkin disangka bangkrup IDEA
Bila diam... kita mungkin dikatakan PENAKUT
Bila diam... kita mungkin disangka SOMBONG
Bila diam... Kita mungkin dianggap memBENCI
Bila diam... kita disangka SALAH ANGGAP
Bila diam... kita mungkin dituduh melawan @ MEMBANGKANG
Bila diam... kita mungkin dikata tak tahu ISU @ tak ikut PERKEMBANGAN
Bila diam... kita dikira telah BERSETUJU
Bila diam... kita mungkin dicop BODOH
Bila diam... kita dianggap tak pandai berMASYARAKAT
Bila diam... kita disangka tak mahu TERLIBAT
Bila diam... kita dikatakan beRAHSIA

Walhal....... hakikatnya hanya kita sendiri yang tahu maksudnya...kan..kan.!.



p/s Islam itu cantik dah indah. Islam sendiri mengajar kita bersangka baik. Cantik tersusun dalam surah al-Hujurat.  


Tenangkan jiwa dan positifkan minda


Wassalam.......

Thursday, 12 April 2012

Yang Sinonim Dengan Saya Pada Satu Ketika Dulu. Awak Pun Sama Kan???

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Nostalgia

Awak apa khabar? Harap awak sihat dan mendapat rahmat Allah. InsyALLAH. Sebelum itu, positifkan minda dan jiwa.

Entri kali ini, saya nak imbas kenangan saya dan awak juga. Kalau awak lahir sekitar tahun 80an dan awal 90an. Gara-gara tadi lah ni, saya berface book. Saya jalan-jalan kat home, ternampak lah satu link ni yang kawan saya share...Ha, terus saya excited. Bukan apa pun, dia link asam manis ( yang bulat) tu.... Tu antara makanan ringan saya masa saya kanak-kanak yang comel dulu. Hahahahaha. Lantas, terus saya cari dan cari lagi. Banyaknya saya jumpa kenangan lama....

Jom, saya bawa awak imbas kenangan awak dulu. (kenangan awak ke kenangan saya? Tapi sama je kot). Awak dah ready nak berlepas ke? Kita nak kembali ke zaman kanak-kanak awak ni. Pakai sitbelt tu, kang awak tercampak pula sebab excited. Hihihi


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Sedapnya keropok ni....ni keropok durian.....Lalalalalala.....sedapnya. Masa saya kanak-kanak, ni antara keropok yang saya suka makan. Ada lagi ke keropok ni? lama dah tak nampak.



Awak pernah makan gula-gula susu ni? Sedap tu...ada macam-macam rasa. Ada rasa rose (saya panggil starawberi) , ada jagung, ada kopi, ada coklat. Sedap ni. Ni gula-gula upah kalau saya tolong mak pergi kedai. Ngeh ngeh ngeh.



Tadaaaa.......ni namanya recorder. Masa kelas muzik masa darjah 4, saya guna alat ni. Main tiup-tiup, cikgu bagi note... Hihihi...macam-macam lagu main. Ada lagi lagu yang masih saya ingat notenya walau saya dah lama tak jumpa benda ni.


Owh, yang ni memang nostalgia. Sampan kertas. Comel kot. Saya ingat lagi, masa kelas seni masa saya darjah 1, cikgu suruh buat sampan ni, dan hias dengan kertas warna. Maka , aktiviti tampal-menampal kat sampan ni. Masa tu, saya sekolah kat Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Jalan Kebun Teh, Johor.


Yay! ni gula-gula getah. Manis dan rasa buah. Ada orang, telan tau gula-gula getah ni lepas dikunyah-kunyah. TAPI kan, masa saya kanak-kanak, kawan saya kata, jangan telan, nanti boleh mati sebab gula-gula getah ni lekat kat jantung. Haaaaaa..........ada yang kata, lekat kat perut. Lalalalahaiiiiiiiiiiiii kanak-kanak. Siap ada kawan saya, akan tepuk belakang kawan saya yang tertelan gula-gula getah ni.



Zaman saya dulu, saya tak ada biskut orea atau biskut tiger... Ni lah biskut favorite saya. Biskut butang manis. Yang asing warna-warni atas biskut tu, manis.... Selalu saya akan makan gula tu dulu. Habis saya makan gula tu. Biskut saya tak makan. hahaha. kena marah dengan mak. Sama jugak kalau biskut yang ada krim. Biskut tak makan, saya makan krim je. Biskut ni beli timbang kat kedai.

Ha...yang ni saya panggil gula-gula duit masam manis. Namanya asam manis. Kalau zaman sekarang ni, banyak jumpa dalam kek asam manis.....


Tadaaaaa.........saya pernah buat ni. Guna tali warna warni. Tali ke? Macam benang kot. Ni budak-budak perempuan suka buat dulu. Sama ada pakai kat tangan sebagai band, atau gantung kat beg sebagai keychain. Atau kat pencilcase....... Kreatif kan budak-budak zaman saya dulu. Siap ada yang ada nama lagi. Lagi 1, jalinan yang guna ribbon kain tu. Apa ntah namanya. Tapi tu pun boleh jadi keychain. Warna warni tu ribbon yang saya guna dulu. Kalau band yang macam dalam gambar ni, saya dah lupa dah nak buatnya. Tapi kalau yang guna ribbon tu, saya ingat lagi. Lalalalalala

Hokay......pernah main pistol ni? Ha.....saya pernah kot. Sebab adik saya lelaki. Secara tak langsung, permainan dia, permainan saya juga. Cuma, peluru kertas warna merah tu, kalau kena air, habis lemau. Tak boleh main dah. Berangan masa ni jadi polis......ngeh ngeh ngeh.


Gula-gula ni, saya panggil gula-gula susu rabbit. Ahahahaha. Bukan susu rabbit tau. Tapi gula-gula ni gula-gula susu dan pembalutnya gambar rabbit. Ngeh ngeh. Gula-gula ni katanya dah tak boleh makan sebab kandungannya.


Ok, ni saya panggil gula-gula udang. Dalamnya ada kacang hancur. yang bestnya, plastik / kertas yang balut gula-gula tu, boleh dimakan. TAPI katanya gula-gula ni tak boleh makan juga. Errrrrrrr



Haaa...yang ni pula. Belon lembut boleh bentuk-bentuk. Apa ntah nama betul belon ni. Belon ni kalau lemau, penat woooo pipi nk tiup. Guna straw kecik tu, picit belon yg macam ubat gigi tu, letak kat straw, tiup......then buat la picit-picit sampai kecik. Waaaaaaa..........


Pernah makan ni? Ni buah koko. Sedap tau. Pokok koko ni rendah je. Dulu banyak tanam kat kampung mak saya. Saya pernah ikut kembar mak saya ( arwah pakcik saya, mak saya kembar lelaki perempuan) petik koko kat kebun dia. Sambil dia petik, saya pun petik sama masuk mulut saya. weeee............bahagia (^_________^)


Huaaaa....cukup kot. Walau banyak je lagi benda yang saya nak sumbat. Ni antaranya lah. Kot ada lagi, siapa-siapa nak share, boelh lah share, pengalaman masa kanak-kanak. Ni antara yang sinonim dengan saya masa kanak-kanak dulu. Macam kata anak murid saya lah, saya mendera dia dengan gambar-gambar makanan ni. Padahal, saya pun mendera diri saya dengan gambar-gambar ni. Haisssshhhhhhhhh

Semua gambar-gambar ni, saya dapat dari FB dan Google

Ok, sekian dulu. Akhir kata dari saya, TENGAH BUAT APA TU..........

Positifkan minda dan jiwa.
Wassalam

Sunday, 8 April 2012

Pesanan Untukku dan Juga Untukmu


Tutuplah aib saudaramu sebagaimana pula kau ingin Allah menutup aibmu...
Janganlah pupuk prasangka buruk dalam hatimu yang akan menodai imanmu...
Jika kau dihina dan dicaci atas sesuatu (yang kau tahu ada dalam dirimu), janganlah kau balas menghina dan mencaci sesuatu (yang kau pun tau hal itu ada dalam dirinya)~...
Sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala sesuatu, bukan kamu...
Semoga pesan ini bermanfaat untukmu dan juga untukku...

Monday, 19 March 2012

HablumminAllah & Hablumminnas

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Taqwa

Lama dah saya tak berblogging. Membaca blog2 orang lain pun dah lama tak baca. Kadang2, perlu juga menyepikan diri seketika.

Nak share mengenai HablumminAllah dan Hablumminnas. Sebelum itu, HablumminAllah ni hubungan dengan ALLAH, manakala Hablumminnas ni hubungan sesama manusia.

Saya tertarik dengan kata-kata Kak Ticher mengenai ini ;

Ramai antara kita excellent tentang hablumminAllah... But failed terribly dalam hablumminannas. Walhal, failure dalam hablumminnas lah yang buat kita muflis kat akhirat esok.

Ceramah dari Mufti Menk (From Ina) :
mudah nak buat ibadah..tapi susah nak kekalkan pahala tu.... Lepas solat lepas puasa tak jaga hubungan dengan manusia...pahala ditolak sikit demi sediki..akhirnya bila ditimbang nanti takde pun pahala yang tinggal.... Atas sebab itu juga apabila kat sana nanti baru Allah gandakan tiap-tiap kebajikan yang tertinggal lepas ditolak segala kesalahan yang kita lakukan.

Akhirnya kita yang rugi sebab muflis walaupun hubungan dengan Allah kita jaga. Tapi hubungan sesama manusia kita tak jaga. Kita mengata orang sekeliling kita, kita sangka buruk pada orang sekeliling kita, kita umpat orang sekeliling kita, kita tak kisah pun dengan keadaan dan kesusahan orang sekeliling kita. Kita lukakan hati orang sekeliling kita, kita hina orang sekeliling kita, kita pandang lekeh pada orang sekeliling kita. Dan mungkin apa kita buat tu, buat mereka berkecil hati.

Sebab itu, lebih baik banyakkan diam dari berkata2. Sebab kita tak sedar, kadang2 dengan kata2 boleh buat orang terasa. Kalau kita tak marah orang itu pun, mungkin dengan bercerita hal-hal orang kepada orang lain, orang yang mendengar akan ada persepsi yang buruk terhadap orang yang kita ceritakan itu. Nampak tak, semua punca dari kita cerita kepada orang lain. Kan dah buat orang lain sangka buruk juga kepada orang lain. Dan mungkin hubungan orang lain dengan orang yang kita ceritakan itu, kalau sebelum ini elok, mungkin jadi tidak elok disebabkan cerita-cerita kita itu.
Memang ada betulnya mengata itu harus, namun cerita yang macam mana yang kita boleh cerita? Hanya cerita kemungkaran kepada ALLAH sahaja dengan ALASAN kita nak selamatkan orang itu daripada tersasar lebih jauh, dan dengan harapan apabila kita cerita, akan ada idea atau pandangan atau tindakan untuk menyelamatkan orang dari tersasar jauh. Itu sahaja. Hal-hal lain, lebih baik didiamkan sahaja. Mengadu pada ALLAH.

Cuba tengok makcik sapu sampah tu. Apa perasaan kita pada mereka. Dalam hati kita kata apa. Kita tegur ke tidak makcik sapu sampah yang sapu sampah di tempat kerja kita, yang sapu sampah di kawasan rumah kita atau di tepi-tepi jalan. Ada ke tidak kita tegur mereka? Atau kita buat tak tahu sahaja? Atau sekadar senyuman? Atau kita tanya mereka dah makan ke belum, sihat ke tidak? Atau kita marah mereka sebab sapu sampah tak bersih?

Orang-orang yang buat kerja, yang pangkat lagi rendah pada kita. Pernah ke tidak kita marah-marah pada mereka? Atau kita mengata mereka? Atau kita pangkat lebih rendah, tapi kita marah orang atasan kita? Kita kata macam-macam pada mereka?

Pernah tak kita berlagak dengan orang lain? Ada kereta besar, ada rumah besar, ada pakaian mewah. Kita bermegah-megah dan kita tak mahu campur dengan orang yang kereta kecil, rumah kecil dan pakaian yang biasa-biasa saja. Kita tak nak duduk sebelah orang yang lagi rendah tahapnya pada kita. Kita tak nak tolong jiran-jiran kita. pernah jadi macam tu? pernah tak kalau kita nak tolong, kita hanya nak tolong orang yang betul-betul rapat dengan kita. Tapi orang yang tak berapa nak rapat dengan kita, kita buat tak tahu saja walaupun kita tahu orang itu dalam kesusahan. Kita melawat orang sakit hanya kawan-kawan kita sahaja, kalau bukan kawan rapat kita, kita tak nak melawat WALAUPUN orang itu satu tempat kerja dengan kita.


Susahnya nak jaga pahala ni. Solat sempurna, puasa sempurna, perkara sunat pun kita buat, TAPI kalau hablumminnas kita failed, sikit-sikit ALLAH tolak pahala itu. Yang akhirnya, bimbang di akhirat tinggal sedikit, malah lebih malang kalau kita berhutang pula dengan ALLAH.

Takut kalau memikirkan hal ini. Buat ibadat memang mudah, tapi nak menjaganya itu....
Sama-sama muhasabah diri.





Wallahualam.

p/s Sabahagian sahabat-sahabat saya. Alhamdulillah
Penulisan ini, banyak kurangnya. Sekadar dasarnya sahaja, iaitu kena jaga hubungan sesama manusia juga.

Positifkan minda dan jiwa......

Wassalam...

Friday, 9 March 2012

Kadangkala

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : binnabil huda

Sedikit renungan....

Kadangkala ak perlu berbuat apa-apa untuk mendapat pahala cuma DIAM.
Kadangkala tak perlu berbekanja apa-apa untuk mengukuhkan tali persaudaraan, cuma SENYUM
Dan kadangkala tak perlu apa-apa untuk meraih cinta cuma DOA

Diam,senyum dan doa adalah kerja mudah yang payah tanpa hati yang ingat ALLAH



Tuesday, 6 March 2012

Tanpa Kata 21



sumber : google / facebook

Renungan dan Fikirkan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : DenganMu Aku Hidup

Lama dah tak update blog ni. Awak sihat? Saya pasang surut kesihatannya. Harap-harap awak sihat sentiasa dan berada di bawah lindungan dan keberkatan ALLAH. AMIN.
Positifkan minda dan jiwa. Hilangkan prasangka buruk terhadap orang lain.
Perkkongsian kali ni, perkongsian yang saya dapat dari zawji. Alhamdulillah, zawji suka kongsi macam-macam bab muhasabah diri, peringatan, renungan...ALHAMDULILLAH.

Sedikit Renungan dicelah kesibukan kita setiap hari .......

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad",

"Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh." "Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka,

TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".pada masa sama, sibukkan diri mereka dengan hal-hal kedunian sehingga melewat-lewatkan solat diakhir waktu.

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA melebihi pendapatan, SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".(ceti, belian barang secara ansuran, ahlong atau credit card) lalaikanlah mereka.

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, overtime sepanjang hari, 10 - 12 jam seminggu, ,sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka mendidik dan menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."apa yang perlu mereka difikirkan ialah Wang! Wang! dan kemewahan sepanjang waktu.

"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja". "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."

"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus
menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."
"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"

"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalahmajalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".
"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, tiada masa melayan suami dan kerenah anak-anak, buatlah mereka sering sakit kepala". "Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang
akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat." "Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat
(bukan atas izin Allah)."

PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIM MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta." "Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya".

Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"

"ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"

Wassalam ...


Wednesday, 15 February 2012

Sampah...wangi ke busuk?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Buka Mata Buka Hati


Apa khabar awak hari ini? Saya kurang sihat selepas menjaga orang yang tidak sihat. Sepanjang jaga orang tidak sihat, saya sihat aje. Ni bila orang tidak sihat dah sihat, saya pula yang tidak sihat. harap-harap awak sihat hendaknya yer. Positifkan minda dan jiwa.

Awak pernah bau sampah? Wangi ke busuk? Awak sendiri nilai yer baunya. Sejujurnya saya tidak tahan bau sampah. Saya hanya suka bau wangi. Yer bau wangi. Nak lagi bau minyak wangi. Dan saya ada minyak wangi dari Saudi. Wangi sangat. Kalah bau perfume yang ada jual kat pasaraya tu.....Bau tahan lama.....

Hmm, entri kali ni, nak bagi pandagan sikit. Sebenarnya lebih kepada pandangan peribadi lah.
Sebab saya ada tengok berita, surat khabar, MHI. Pasal aduan rakyat pasal sampah sarap ni.

Khabarnya pihak yang sepatutnya ambil sampah-sampah ni, tak datang angkut sampah. Kawasan mana, negeri apa, di mana, tidaklah saya ingat. Sebab berita pasal sampah ni bukan satu dua je. Banyak rasanya.

Masing-masing menyalahkan antara satu sama lain. Penduduk kata pihak angkut sampah tak datang. Kang pihak angkut sampah kata, tak ada permit lah, tidak diperbaharui lah, dihentikan kontrak lah, tak cukup kaki dan tangan lah.

Rata-rata sampah yang tidak diangkut tu dan terburai dek anjing-anjing liar yang berkeliaran. Ada longgokan sampah tu, berhampiran dengan kawasan restoran, gerai makan. Macam mana agaknya orang yang nak makan di situ?

Sebagai penghuni sesuatu kawasan, mestilah kita nak kawasan tempat kita bersih dan wangi tanpa bauan sampah ini. Namapun kawasan kita tinggal. Penat balik kerja, rumahlah tempat yang best. Ni balik kerja, lalu je kawasan nak ke rumah, kita tengok banyak sampah berterabur. Dan bau aroma sampah yang menyebabkan hidung kita terangkat.

Ini sekadar pandangan peribadi saya. Kita penghuni. kalau kita nak kawasan rumah kita bersih dan wangi, apa salahnya kita yang bersihkan sendiri. Apa salahnya kita bersama penduduk setempat kawasan kejiranan kita bersihkan sampah-sampah yang berterabur tu? Dalam longkang, tepi jalan. Penduduk ramai, apa salahnya ajak ramai-ramai gotong-royong bersihkan. Sudah tu, sampah sarap tu, masuk dalam plastik besar, ikat ketat-ketat, sewa lori, hantar ke tempat sampah.

Memanglah orang angkut sampah dibayar gaji. tapi sanggup ke kita nak hidup dalam sampah sarap dan bau aroma sampah. Bila kawasan dah bersih, apa kata tanam pokok bunga cantik tepi jalan ke, atau depan rumah masing-masing. Mestilah orang lain tak kan buang sampah kat situ. Sebab kawasan dah berjaga dan bersih.

Bila ada sorang je yang buang sampah tepi jalan, mesti orang lain akan buang juga. Walaupun tempat tu, bawah papan tanda DILARANG MEMBUANG SAMPAH DI SINI. DENDA RM 1000. Tapi orang buang juga kat bawah papan tanda tu. SIKAP. Yang penting SIKAP.

Kalau ada sikap nak bersihkan, tak jadi isu pun. Nak harap pihak-pihak tertentu....memang lambat lah. kan ke sampah tu boleh undang macam-macam penyakit. Kalau sanggup duduk dengan sampah tu, lain lah cerita.

Daripada nak harapkan pihak tertentu, baiklah penduduk berpakat membersihkan kawasan sampah sarap itu. Kemudian tanam pokok-pokok cantik. Tak ada masa? hujung minggu, petang-petang balik kerja...kan ada masa tu. tak kan kerja dari Isnin sampai Ahad. Tak kan tak ada masa dalam 2 jam ke. Demi membersihkan kawasan tempat tinggal sendiri. Nyamuk aedes pun tak sukaa kawasan bersih. Nyamuk suka kawasan kotor je. Lalat pun suka.

Apa pun, SIKAP nak jaga kebersihan tu. Ubah SIKAP......bersih lah kawasan kediaman. Gotong-royong.......



kalau tak bersih, jadilah macam ni.....
(sumber : google)

Itu sahaja pandangan saya.

Sekian.

Wassalam.......


Tuesday, 14 February 2012

Dosa - Dosa Wanita Yang Dianggap Lazim

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Buka Mata Buka Hati
Buku yang tak berapa bau dibeli. Alhamdulillah, separuh sudah dibaca.


Baca dan nilai.

Positifkan minda dan jiwa.

Wassalam


Monday, 13 February 2012

La Tahzan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Rapuh
Mendayu-dayu lagu ni. Terlayan perasaan dan emosi seketika.

Lirik Lagu : Opick - Rapuh

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


* Setiap yang terjadi, telah ALLAH tetapkan. La Tahzan, kerana rezeki, cinta, kasih sayang, itu semua milik ALLAH. Lain orang, lain ujian yang ALLAH turunkan. Kita tidak tahu apa akan jadi pada setiap saat, detik, waktu yang akan datang. Setiap orang, ALLAH kurniakan, turunkan rezeki yang berbeza. Ujian juga berbeza-beza. Cepat atau lambat. Hargai setiap apa yang ada pada diri kita. Tanpa Rahmat ALLAH, kita akan hilang. Pedulikan pandangan orang pada kita, kerana pandangan ALLAH adalah lebih penting. Biarkan apa orang nak kata, termasuk kalau orang kata kita sangka buruk pada mereka. Sedangkan kita tidak. ALLAH sahaja yang tahu. Itu lebih penting.

La Tahzan. Bersikap positif. Mohon belas dari ALLAH. Pandangan ALLAH lebih penting. Fikirkan ibadat kita kepada ALLAH. Kalau tidak punya zuriat lagi, ingat Siti Aisyah juga tidak punya. Semoga diri ini, sekuat dan mencontohi sifat peribadi Siti Aisyah. Itu lebih penting.

La Tahzan. Syukur dengan rumahtangga yang bahagia. Syukur ada suami. Syukur hidup senang. Syukur rezeki banyak. Syukur masih bernafas. Syukur kerana ALLAH masih lagi melindungi diri dari terjebak dengan perkara yang tidak elok. Syukur ALLAH masih pelihara. Syukur YA ALLAH.

Positifkan minda dan jiwa.


LA TAHZAN, kerana ALLAH tahu apa yang terbaik. ALLAH yang memberi segala, ALLAH yang tarik jua segala yang diberi. ALLAH RAHMAN, ALLAH RAHIM.

Sunday, 29 January 2012

Red Velvet a.k.a Baldu Merah? Ini kek lah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum....
Lagu Tema : Awan Nanonanonanonano

Ini projek hujung minggu saya. Godek-godek bahan-bahan yang ada kat dapur. Phew phew...ada bahan yang tak ada. Sementara masih rajin, ada baki-baki kegagahan minggu ini, buka iPad2, buka FB, buka inbox...cari-cari resepi yang diberi oleh Ticher Ina. Cek cek...., okeh.......boleh on lah hujung minggu ku supaya mablesssss

Eh, awak....awak sihat? Lupa nak tanya...Harap awak sihat. Saya? Kureng sikit....Tapi apa pun, syukur alhamdulillah. Terima kasih ALLAH, TQ ALLAH. I LOVE YOU ALLAH.

Positifkan minda dan jiwa.

Hujung minggu saya dipenuhi dengan warna warni resepi...Kali ini saya cuba kek baldu merah a.k.a RED VELVET CAKE. Taraaaaaaaaaa,jom tengok resepi.....yang ni dapat dari Ticher Ina.


1 1/2 cups butter, softened to room temperature*

2 cups sugar or less

3 large eggs

1 1/2 cups vanilla yogurt

3Tbs. red food coloring

1 1/2 tsp. vanilla extract*

3 1/4 cups flour

3 Tbs. cocoa powder

1 1/2 tsp. baking powder

1 tsp. baking soda

3/4 tsp. salt



Preheat oven to 350 degrees F. Grease and flour two 8-inch or 9-inch cake pans or line three muffin pans with cupcake liners.


In a large mixing bowl, cream butter and sugar till light and fluffy. Add eggs one at a time. Combine yogurt, red food coloring and vanilla extract in a small bowl. Sift together flour, cocoa powder, baking powder, baking soda and salt in another bowl. Alternate adding the yogurt mixture and flour mixture into the large bowl. Pour batter into prepared pans or lined muffin pans. Bake for 30-35 minutes (15-20 minutes for cupcakes) or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean. Cool completely.

Owh, bahasa Inggeris. Al maklumlah, Ticher Ina cikgu english..... Tapi, saya ada jumpa resepi di internet. Kalau awak tengok resepi ni, gunakan yogurt vanilla. Serius saya tak jumpa. Pusing-pusing Batu Pahat ni, tak ada. Saja je mereka ni tak bagi saya buat. Tapi saya gigihkan juga nak buat. Cari resepi. Then mereka guna buttermilk. Lagi la tak tahu, but ada option lain. Guna susu segar + cuka, dan perap 10 minit. Saya malas nak copy pepanjang, saya bagi linknya, awak buatlah sendiri. Ini dia resepi lain KLIK SINI.

Kalau ikut resepi asal, guna pewarna merah tu banyak. Tapi saya, saya guna sikit je. Saya letak dalam 2 sudu teh. Sikit je saya letak. Sebab saya takut pulak nak makan tengok merah menyala. Cuma bila dah siap bakar, tak cung sangat la kalernya....

Ehehehe..... Macam mana cara nak buat? cara nak buat pun awak boleh tengok sendiri kat situ.

Cuma masa nk buat topping tu, disebabkan saya punya oven comel....Jadinya, saya boleh bakar untuk 1 loyang aje. Kek ini memerlukan beberapa lapisan. Maka, saya buat keputusan, guna loyang tinggi gomokkk dan belah 2.

Aha..ada kes yg jadi. Kek dah masak, mudah nak keluarkan dari loyang. Tapi masa nak belah tu. Adalah adegan terpecah bahagian atas. Maka, bahagian atas saya jadikan bahagian bawah. dan bahagian bawah, saya jadikan bahagian atas...Selamat kek saya....

Saya tak ceritakan perincian cara membuat topping dan cara menghias. Awak boleh tengok kat laman yang saya link kan tu. Sama aje. Sebab saya refer kat situ jugak.

Apa rasanya? Mestilah saya cakap sedap. Nyummmyyy.....Moise moise....lemak2...huhu, berlemak2 lah saya.


Sekilas pandang aje.....

Masa dah siap bake... Ada kesnya di sini...Tapi......Biarlah rahsia

Ini rupa bila dah dipakaikan baju. Sila abaikan bajunya yang tak serupa bikin tu.Ampun yer, saya tak ada bekas tingkat yang khas untuk salut topping pada kek, yang boleh putar2 tu. Saya juga tak ada alatan yang memang guna untuk topping. Saya hentam aje dengan senduk kayu. Hahaha. Maka inilah rupanya...

Warna kek saya tidak mengancam keselamatan untuk makan. Ala2 coklat merah aje. Sebab saya langgar resepi.

Nanti saya cuba lagi. Saya ikut resepi betul untuk kekalkan warna merahnya menyala-nyala.


OK, SEKIAN DULU BUAT KALI NI. Selamat mencuba

positifkan minda dan jiwa.

Wassalam...

p/s dapat lagi resepi baru. Napoleon Cake...bukan Napoleon Bonaparte yer....kihkihkih