Saturday, 3 April 2010

LAPANGKAN DADA, SABARKAN JIWA, IKHLASKAN HATI

" Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan (kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima apa yang engkau sampaikan itu)". (Al-Ghasyiyah : 21-22)

Hanya ayat ini sahaja yang mampu untuk membuatkan saya bertenang dan SABAR.
Saya akui, ada kekesalan dan kesedihan melanda diri ini. Tatkala tarbiah, dakwah yang cuba dibawa kepada si kanak-kanak, seolah dibalas dengan sindiran dari mereka.
Tudung. Isunya mudah sahaja.


Wanita itu aurat. Dan wajib baginya, menutup aurat. Puas sudah dibelai, diminta memakai tudung tatkala berada di luar bilik. Hmmmm.....Alhamdulillah, ramai yang menyambut dengan baik. Namun, ada yang membalasnya dengan sindiran dan seolah tidak ada rasa bersalah bersarang dalam diri & hati.


Mengeluh???
Saya hanya mampu mendoakan agar hati mereka dilembutkan dan mendapat hidayah ALLAH.
Siapalah saya yang nak mengubah mereka untuk menutup apa yang sepatutnya muslimah tutup.
Marah???
Geram??
Kecewa??
Saya tidak pasti yang mana satu ada bersarang dalam hati ini.
Seorang sahabat pernah menyebut ;

" Siapa kita yang hanya cikgu nak ubah, sedangkan pengaruh yang besar adalah ibu bapa mereka. Kita orang asing & orang luar bagi mereka "

Ada kebenarannya di situ. Telinga ini dah banyak kali berdesing setiap kali aduan & laporan dari sahabat-sahabat guru yang lain mengenai aurat ini. Hmm...
YA ALLAH, tunjukkan saya jalan YA ALLAH.
Setiap kali nampak, saya sedih. Sangat sedih. (T_T)
Petikan dari Bercinta Sampai Ke Syurga oleh Ustaz Hasrizal(muka surat 149) ;


" ......tiada guru yang mampu mengatasai pengaruh ibu bapa dalam upayanya membentuk anak-anak...."

YA ALLAH, hebat sungguh cabaran untuk mendidik & membentuk anak-anak yang bukan anak-anak kita ini.
Semoga saya mendapat kekuatan.
IKHLASKAN DIRI, LAPANGKAN DADA & SABARKAN JIWA
Dakwah ini dakwah ALLAH.
Hanya ALLAH yang tahu.


싶어요 (^_^)


2 comments:

  1. salam kaunselor hajar!huhu

    =)

    ReplyDelete
  2. Bismillah,

    berbicara dengan hati secara positif...dapat mneingkatkan kesabaran diri, insyaAllah

    ReplyDelete