Thursday, 29 April 2010

SHINee- Stand By Me HD [Full] MV with subs




Romanized Lyrics

Stand by me nal parabwajwo
Ajik sarangeul morujiman
Stand by me nal jikyobwajwo
Ajik sarange sotul-jiman
Noreul bulsurok kibuni chohwajyo
Nado mollae noraereul bullo
Han songi jangmireul sago shipojin
Eeron nae moseub shingi-hande
Nae ma-eumi noyege dah-neundeuthae
Ee sesangi areumdawo
Eeron solle-i-meul nodo neuggindamyon
Budi chogumman kidaryojwo
Together make it love
Forever make it your smile
Noye hwanhan miso gadukhi
Together make it love
Forever make it your smile
Eeje naesoneul naesoneul chaba
Stand by me nareul parabwajyo ajik sarangeul moreujiman
Stand by me nareul jikyobwajwo
Ajik sarange sotungot kata
Noreul alsurok kaseumi ttollyowa
Na-neun geujo utgoman isso
Noyege salmyoshi kiseu haebol-kka
Chogum ni mame tagasol-kka
Nae ma-eumi ojjomyon sarangil-kka
Nan ajigeun sujubeunde
Ajik hangoreumdo tagasoji mothan
Naye sarangeul kidaryojwo
Together make it love
Forever make it your smile
Noye hwanhan miso gadukhi
Together make it love
Forever make it your smile
Eeje chogumsshik chogumsshik kalkke
Stand by me nareul parabwajwo
Choum to kakkawo chigoshipo
Stand by me nareul jikyobwajwo
Jom do mochige boigo shipo
Nan chew-umen mollasso
Nugunga parabo-neun-ge
Ajikdo naema-eum molla
Keudae-neun keudaereul saranghae
Together make it love
Forever make it your smile
Noye hwanhan miso gadukhi
Together make it love
Forever make it your smile
Eeje naesoneul naesoneul chaba
Stand by me nareul parabwajyo
Ajik sarangeul moreujiman
Stand by me nareul jikyobwajwo
Ajik sarange sotungot kata

********************************************************
English Translation

Stand by me, look towards me
Even though I still don’t understand love just yet
Stand by me, guard over me
Because I am still clumsy with love
My feelings get brighter as I look at you
I find myself randomly singing
I even want to buy a single rose
This side of myself is so new
As my heart becomes closer to you
The world becomes more enchanting
If you do have these butterfly feelings too
Will you wait just a little bit?
Together making love
Forever making you smile
I’m drowning in your pureness
Together making love
Forever making you smile
Now grab onto my hands
Stand by me, look towards me
Even though I still don’t understand love just yet
Stand by me, guard over me
Because I am still clumsy with love
The more I know of you, my heart trembles
All I can do is lid a smile on my face
Shall I try to kiss you?
Will that get me a little closer to your heart?
Could these be love
I’m still shy
I haven’t even approach a single step to you
So please wait for my love
Together making love
Forever making you smile
Enlighten with your bright smile
Together making love
Forever making you smile
I will slowly approach you step by step
Stand by me, look towards me
Somehow, I want to be closer to you
Stand by me, guard over me
I want to seem a bit cooler to you
I didn’t know at first
How is love started
I still don’t know my heart
But I love you
Together making love
Forever making you smile
Enlighten with your bright smile
Together making love
Forever making you smile
Now grab onto my hands
Stand by me, look towards me
Even though I still don’t understand love just yet
Stand by me, guard over me
Because I am still clumsy with love


Ramai suka drama ni kan...Saya pun suka..
Ni antara lagu yang saya suka dalam drama ni. Shinee pun saya suka...Weeee
Motipnya, saya nak senyum sorang-sorang ni..
Hakhakhak

sarang heyo (^_^)

Monday, 26 April 2010

AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA????



"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.


"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

**************************************************************

Kisah ini bukan kisah saya. Terima kasih kepada sahabat, Ukhti Faridah yang memberi kisah ini kepada saya. Saya faham, jalan ini jalan dakwah.

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam! Jika dirimu bakal seorang suami… Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya. Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu… Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan Islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!


sarang heyo (^_^)

Sunday, 25 April 2010

BILA TEGURAN TAK DITERIMA

Kalau ditegur cara baik pun tak nak terima. Tegur cara baik anggap kita ni musuh, then buat muka pandang kita tak puas hati, pandangan perli, pandangan macam kata " apa, ingat ko tu bagus sangat ke?".

Senang je pada saya. Saya tegur tu sebab tanggungjawab sesama Islam. Saya tegur cara baik. Anda nak terima atau tidak, itu hak anda. Saya tidak berniat untuk memusuhi sesiapa. Jauh sekali untuk perli atau kata saya ni bagus. Sebab saya juga tidak bagus dan banyak kekurangan. Cuma, mana yang saya nampak perlu ditegur, saya tegur la.

Maaf la kalau anda-anda terasa. Saya sekadar memberi peringatan. Anda-anda nak anggap saya musuh anda-anda, silakan. Rasanya anda-anda lebih lama hidup dari saya. Rasanya anda-anda juga faham dengan agama.
Cumanya anda-anda kena ingat, hidup ni tidak lama.... Bila-bila masa ALLAH ambil nyawa yang kita pinjam dari DIA.


Mungkin anda-anda rasa anda-anda ni hebat...Bagus dalam segala hal...Tapi ingat, ALLAH menilai. Bukan manusia.. Hati-hati dalam setiap gerak -geri anda-anda sekalian.

Sekali lagi saya tegaskan, saya bukan kata saya bagus.. Teguran ini untuk diri saya & kaum keluarga saya juga. Saya tak nak dapat 'saham' anda-anda.
ADA SAYA KISAH ANDA-ANDA NAK KATA APA PASAL SAYA??

Hati-hati lah anda-anda semua...
Kerana dunia semakin hampir ke akhirnya






sarang heyo (^_^)

Saturday, 24 April 2010

JALAN INI JALAN DAKWAH

Saya ingin berkongsi kisah yang bekas anak murid saya beri kepada saya. Kisah mengenai insan yang bergelar guru.
Semoga sahabat-sahabat guru, dan anak-anak murid yang bakal menajdi guru, atau sesiapa sahaja yang bergelar guru...

SEMOGA KISAH INI MENJADI IKHTIBAR

Rupanya ini berkat perjalananku ke Pusat Sumber IPGM Kampus Sultan Mizan. Mulanya niat di hati nak mengulangkaji maklumlah minggu exam, ada satu paper lagi. Dan kini baru aku akui pepatah Melayu “Jauh perjalanan Luas Pemandangan”. Terima kasih untuk anugerah yang ALLAH berikan. Pertemuan dengan pensyarahku amat bermakna. Baru kini aku fahami hati seorang ayah.

Mulanya, aku amat tertekan berada dalam dunia perguruan. 5 tahun setengah, lama tu. Hidup ku terasa gelap, suram, keceriaan dan kegembiraan ku telah diragut. Aku nak jadi anak yang solehah. Lalu,aku turuti jalan yang di pilihkan untukku. Berada dalam bidang yang bukan menjadi pilihanku. Akhirnya,kini aku berbangga kerana aku akan memulakan langkah dan perjuangan bersama guru-guru yang lain.

Guru amat bermakna dalam hidup seorang insan. Ibu bapa adalah pencorak anak-anak tetapi gurulah pengukuhnya. Kenapa? Cuba bayangkan berapa lama tempoh kita di sekolah berbanding tempoh kita di rumah? Kita lebih lama di sekolah untuk belajar kan?? Di situlah guru harus memainkan peranan. Masa yang ada bukan hanya untuk mengajar tetapi juga untuk mendidik mereka dengan sifat-sifat kemanusiaan.

Ada yang menjadi guru kerana hanya itu sahaja peluang kerja yang mampu menjanjikan pekerjaan. Namun, hati mereka kosong untuk mendidik. Banyak keluhan yang aku dengar.

“Bosanlah duduk kat maktab..”
“Jom,kita lepak dulu”
“Exam lama lagi”
“Dahl ah maktab ni tercorok kat hujung dunia…Jauh dari Bandar…Tension aku”
“Cuba cakap,apa lagi yang aku boleh buat?Study?Main?Hari-hari benda yang sama….Bosan tahu tak!!!!”

Itulah antara keluhan dan bisikan-bisikan di hati insan yang jiwanya perlukan makanan. Sebenarnya, dunia pendidikan tidak semudah apa yang orang lain fikirkan. Tapi, bagi aku ianya sesuatu yang menarik untuk dikaji dan di terokai. “TAK KENAL MAKA TAK CINTA”, Betul tak?

Dalam dunia pendidikan ini, aku bukan sahaja belajar membentuk diriku tetapi juga belajar untuk mencipta peluang dan impian. Aku juga belajar untuk meneroka sifat-sifat manusia. Mulanya,aku seorang yang agak susah untuk berbicara dengan orang lain, pemarah, pantang disentuh terus melenting. Dan kini, Alhamdulillah. Aku berbangga dengan diriku. Aku sudah mampu bersabar dengan ragam dunia,aku juga mampu berdiri teguh takala ujian menimpa. Itulah kekuatan yang ku perolehi

Dalam apa jua bidang, professional dan personal harus di bezakan. Andai anda telah atau bakal memilih bidang pendidikan, tekadkanlah hati. Betulkan niat. Niat sebenar hanya untuk mendidik anak bangsa untuk menjadi anak-anak didik yang bukan sahaja cemerlang fizikal tetapi juga cemerlang rohani. Kerana, saat kita di tanya di padang mahsyar kelak tentang tanggungjawab kita. Kita ada jawapan yang kukuh….

“AKU TELAH BERJAYA MENDIDIK ANAK-ANAK MURIDKU UNTUK MENGABDIKAN DIRI MEREKA PADA-MU DENGAN ILMU-ILMU YANG KU CURAHKAN… ILMU-ILMU YANG KAMI BERIKAN TELAH MAMPU MEMBAWA MEREKA SEMAKIN DEKAT PADA-MU YA ALLAH….”

Tapi,cuba bayangkan andai tinggal selangkah lagi langkah kita untuk memasuki syurgaNya, Tiba-tiba….

“Nanti dulu YA ALLAH….Jangan benarkan orang itu masuk ke syurga”. Tercengang sendiri…Mengapa perjalanku dihalang…

“Mengapa kau melarang guru mu ini untuk memasuki syurgaKu?”

"Kalau KAU ingin tahu….Guru ini tidak pernah menegur kesilapanku…Dia hanya mengajar aku ilmu dunia….Dengan ilmu itu,aku semakin jauh dariMu….Kehadirannya hanya untuk mengajar…Cukup bulan dapt gaji…Tapi,akhlak kami tetap rosak"

Ya Allah…..Apa perasaan kita ketika itu????Ingin mengulang semula masa lampau???Tiada gunanya. Kerana semua itu sudah berlalu. Oleh sebab itu, wahai insan bernama guru. Kukuhkanlah dirimu dengan AL-QURAN dan Al-Sunnah untuk menjadi panduan hidupmu agar anak-anak yang akan lahir daripada hasil tanganmu kelak merupakan anak-anak yang soleh solehah.

Akan lahirlah lebih ramai SALAHUDDIN AL-AYYUBI, anak-anak seperti di Palestin yang tidak pernah takut pada Yahudi dalam menegakkan ISLAM. Merekalah yang akan menyambung perjuanganmu dalam membela ad-din tercinta. Jadilah contoh yang terbaik kepada anak-anak didikmu. Dalam masa yang sama, ketahuilah bahawa pilihan yang dibuat oleh insan bernama ibu dan bapa selalunya adalah yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kerana pengalaman mereka, perhubungan mereka dan mereka juga lebih dulu tahu tentang ragam dan sepak terajang dunia ini.

SIAPA PUN DIRIMU….KAMU ADALAH SEORANG GURU…GURU KEPADA DIRI…GURU KEPADA KELUARGA….GURU KEPADA MASYARAKAT…DAN GURU YANG MEMBAWA ISLAM...

Al-Fatehah untuk guru-guru kita yang telah banyak menabur jasa dan bakti....Al-Fatehah...

Friday, 23 April 2010

HADIAH DARI ANAK MURID

Bila cakap pasal hadiah...mesti fikir ada barang yang diberi kan...
Tak semestinya...
Saya dapat dari anak murid saya Azam Afidi
Dia tagged kat FB saya & juga cikgu-cikgu yang lain
Ni lirik lagunya ~~~~~~~~



Seringkali terkenang kisah persekolahan di sana,
Kusalini segala ucapan ilmu yang diajar,
Guruku tersenyum mesra bilaku ingin bertanya,
Apakah ini itu dan segalanya...

Dan aku turut terkenang bila guru mencurah keringat,
Diterang yang malap pandangan lalu bersinar mata fikiran,
Belum pun senang berehat namun dia penuh semangat,
Dididik kami semua tiada penat...

** chorus **
Guruku dengan ilmu kau berjuang untuk menjulang bangsa
Walaupun tak punya senjata untuk menghunus namun kau punya cara
Guruku hanya Tuhan tahu mati dan syahidmu dibawa ke syurga
Kerana kau punya mahkota dan wibawa
Hanya itulah doa kami semua oh guru tercinta

Oh guru tercinta maafkanlah andai salah bicara
Sesungguhnya diri tiada mengerti luka dan nan terasa
Walau tidak kau tunjukkan namunku kan mengharapkan dosa yang tercatit biarlah dipadam

** chorus **

Oh guru tercinta sesungguhnya engkau jiwa satria
Segala ajaran akan ku pegang sepenuh jiwa
Andai nanti kita terpisah namun jasa kau takku lupa
Kau guru tercinta tiada lainnya

** chorus **

TQ to Azam.....semoga berjaya dalam lapangan ilmu & masa depan...


sarang heyo (^_^)

Thursday, 22 April 2010

Hijab

Mari kita hayati & mengamalkannya...


video

Hijab itu indah.....

sarang heyo (^_^)

SUARA SAYA DAH NAIK

Kelas : Rabu, 3.00 pm
Kejadian : Bilik Seroja

Ni masa kelas Left Hand Right Hand
Sebenarnya masa kelas ni, suara saya dah naik tinggi dari kebiasaan...
Jarang nak marah budak-budak, sebab tak perlu marah-marah pun sebenarnya
Cakap elok-elok kenapa tak suka
Tapi pada kelas hari tu, saya dah geram sangat. semua nak bercakap kan. Banyak sangat tanya soalan merepek yang tak ada kaitan.
Saya bercakap, semua nak bercakap.
Dah bagi tugasan, semua nak bercakap lagi. Banyak sangat complaint.
Jeng jeng jeng.... Tanpa saya sedar, pitching saya dah naik tinggi....hahaha
Senyap seketika..... (Sambil mata mereka terkebil-kebil sebab saya tak pernah naik suara)

" Cikgu dah naik suara...diam la... ", kata salah sorang dari anak murid saya..
(Kata Kak Lin, patner saya...suara saya dengar sampai bawah).
Bilik Seroja kat aras 3. haaaaaaaaaaaaa......

masa kelas left hand right hand.



Kelas : Jumaat, 9.00 am
Kejadian : Surau

Kelas pagi ni...hari ni. S
aya sekali lagi hangin. Lewat 30 minit!!!!! Keluar la asap-asap, wap-wap udara kat kepala & telinga saya. Melampau betul la budak-budak ni! (dalam hati sya) Mana dia orang ni...kelas pukul 9.00. Jam saya tak salah, sebab jam surau pun sama dengan jam saya. Haaaaaaaa.....ini boleh menimbulkan kemarahan saya! Geramnyaaaaaaaaa... Dari surau, saya lihat budak-budak ni, berlenggang kangkung lagi...Adoyaiiiiiii....cikgu dah tunggu lama nih! Sebaik sahaja mereka melangkah, muka saya dah memang kelat dah. Soalan pertama saya

" Mana kawan-kawan yang lain? " ( agak keras suara saya)

" Cikgu, maaf lambat. Saya dah ajak kawan-kawan cepat, tapi dia orang marah saya. Cakap kejap la " (budak ni muka dah nak nangis.)

Masuk lagi budak-budak lain....jeng...Al-Hafiz (anak murid yang kecil sangat) masuk..


"Al-Hafiz, mana budak lelaki?"

" Entah la cikgu"


Entah?? Awak tengok dah pukul berapa sekarang?"

Time ni, muka Al-Hafiz dah nak nangis..(Ni la, bila saya tak pernah nak garang, ha....sekali garang, habis la)
Masuk lagi sorang pelajar lelaki. Muka tak ada rasa bersalah... Boleh pulak sengeh-sengeh.

"Haa...jam kat dinding tu dah pukul berapa?"

Terus muka dia berubah. Tunduk dan duduk dengan diam.
Then, yang lain-lain masuk.

" Ok, 1st, betulkan jam awak. Samakan jam di tangan dengan jam di dinding. Agak-agaknya, kita ni di Malaysia, atau di Indonesia, atau di Australia, atau di Jepun?? "

Semua budak dah diam..Jeng jeng jeng. Muka saya tak senyum lagi ni. Tak nak marah, tapi sayaa ajak mereka berfikir dengan soalan-soalan saya. Muka saya memang saya tegaskan.


" Dulu kita belajar adab dalam kelas, apa kandungannya??"


" Hormat cikgu, jangan datang lambat" (budak-budak ni jawab ramai-ramai)

" Ok, pelajar-pelajar, saya boleh terima kalau lewat 5 minit. Tapi awak dah lewat berapa lama?"


Semua diam, tunduk...

" Cikgu, saya minta maaf sebab lewat " Seorang pelajar bersuara. Semua diam. Kelas saya senyap hari ni.

" Pelajar, apa kaitan masa dengan masa depan?"
saya mula menyoal....

Macam-macam jawapan saya terima...semuanya jawapan yang bagus..BAGUS...cikgu dah tak marah....LALALALALALALA
.
Kelas bermula. Semua siap kerja. Semua buat kerja. Senyap kelas hari ni. BAGUS.
Lain kali jangan lewat tau.



sarang heyo (^_^)

Tuesday, 20 April 2010

SAYA LETAK LAGI...HIKHIK

video

Haaa.... lagu 5th...yang ada suara saya jugak (^_^)

MENGGAMIT MEMORI SEMALAM 2

Saya kasi up lagi gambar-gambar masa saya di 5th...

Ni la pemandangan 5th dari Google Map

Sambungan PANDURA dari post yang lepas


Time dinner kat hotel mana entah..saya lupa..hakhak. Masa 2nd year, dengan kawan sepergaduhan, Ceni.

Saya, Ceni & Ujai. Rasanya ni makan-makan budak-budak kompang

Ni masa buat kajian kat luar untuk cos saya..

Haa.....jumpa pun. Ni gambar masa 1st year. Bersama rakan-rakan Projek Kebajikan Anak Yatim (KEBATIM)..projek mega 5th

KEBATIM masa saya 2nd year. Bersama junior, outstation ke rumah anak yatim di Terengganu


Masa saya 3rd year. Masa ni jalan-jalan kat Langkawi


Langkawi lagi

Masa 3rd year. Tahun saya Pengerusi Jawatankuasa Perkembangan Akademik & Intelektual (JKPAI). Gambar Projek Jalinan Muhibbah.


Masa saya final year. Saya dan rakan Jawatankuasa Tertinggi Kolej (JTK) mengendalikan Kursus Pembantu Mahasiswa Kolej Kediaman Kelima di Kolej Kediaman Kelima & Nur Lembah Pangsun. Ni yang paling havoc.


Ni masa kami pergi ke Pulau Pangkor. Kalau tak silap saya, masa tahun 3 ni.

Festival Seni UM. Saya masuk nasyid. Hikhik (^_^)


Masa saya final year. Saya sebagai Timbalan Pengarah untuk Malam Puisi Dayasari. Masa ni, program kami menang untuk keseluruhan program 5th...
Hebat kan.. (^_^)



Makan-makan kat DM tercinta...Rindu la masakan makcik DM 5th.. Ni masa final year. Ni la rakan-rakan 1 floor dengan saya. dari 1st year sampai final year, saya duduk di Blok C, aras 4. Aras 4 ni, senior-senior suka stay. Sebab tak bising...

Jeng jeng..nak tahu ni kat mana...masa ni, kami sedang menunggu untuk.......


















Ni la dia...kat studio rakaman. Rakaman suara untuk lagu Kolej Kediaman Kelima....weee. Legend kan. Tak semua orang dapat rakam lagu kolej tau. Walau lagu kolej, bukan buat album. But, hanya yang menghargai nilai masa di sini sahaja yang akan faham. Persahabatan di sini


Sebenarnya banyak lagi gambar...tak larat dah la nk upload..Hakhak..Nanti lain post lak saya kasi up lagi gambar...Kan saya dah cakap, stay kat 5th memang best...Banyak pelajaran kehidupan saya kutip di sini. Bila dah habis belajar, semua tu, tinggal kenangan. Sebab masing-masing dah fokus kepada kehidupan amsing-masing. Apa pun, good luck buat semua sahabat, cinta, kenangan manis, kesedihan, pergaduhan, gelak ketawa...SEMOGA SEMUANYA DALAM LINDUNGAN ALLAH. AMIN

sarang heyo (^_^)




LAGI MENGGAMIT MEMORI LALU

Perkongsian sedikit gambar-gambar kenangan sepanjang berada di Kolej Kediaman Kelima (5th college a.k.a Dayasari)


Masa first time aku jadi Pembantu Mahasiswa (PM). second year

Di KLIA, sebelum bertolak ke Sabah


Masa ni, pergi Sabah bersama PM 5th a.k.a Pembantu PLKN
(time mula-mula PLKN kat U)


Sabah lagi, di KK..makan-makan time

Masih lagi di Sabah. Barisan PM yang best & mantap!


Di Hot Spring, Kundasang, Sabah.. Jambatan gantung yang sangat tinggi dan gayat!

Pulau Sapi, Sabah. snorkeling time. Melihat nemo yang comel


PANDURA (Pertandingan Pandu Arah) anjuran PALAPES UM. Masa ni, saya 2nd year


PANDURA masa saya 2nd year dan kami Juara

p/s : nanti saya update lagi blog saya ni...ada banyak lagi memori saya...saya dah cakap, stay kat 5th memang best..tunggu post akan datang....

sarang heyo (^_^)

Monday, 19 April 2010

LAGI PASAL AURAT

Saya letakkan garis panduan menutup aurat


gambar pertama

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT (nilai kesalahan pada gambar pertama)

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, iaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.




gambar kedua =)

Nilailah sendiri. Terima atau tidak, semua pada penilaian & kefahaman masing-masing.


sarang heyo (^_^)

ORANG SEWEL JE CAKAP TUDUNG TU KOLOT

Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Kasihan saya lihat wanita-wanita seperti ini. Marah bila ditegur mengenai bab menutup aurat.

Saya masih ingat lagi, ada seorang akhi (senior saya) masa di UM dulu, dia kata ;

"Lilitlah tudung macam mana pun, even nak buat tudung babai-babai (gaya yg lilit, then letak pin kat atas kepala tu. sebab bila angin bertiup, lebihan tudung seolah melambai-lambai), janji adik-adik menutup aurat & ikut hukum panduan tutup aurat"

Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273).

Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Hmmm...inilah yang berlaku zaman sekarng ni. Kasihan

Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka.

Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.

Cuma pada saya, apa pun, syaitan la yang menghasut. Sebab memang dia dah kata kan, nak sesatkan kaum Adam sampai ke akhir zaman. Dan tambah pulak, ada jugak la manusia yang ambil alih tugas syaitan. PAkai je la tudung. Bukan susah pun. Heh... Dunia dah akhir zaman kan. Wallahualam.

p/s : saya selitkan video mengenai wanita dan tudung...Terpulang la pada penilaian masing-masing.

(T_T)...insafnye..insafnye

video

kalau nak dibahaskan beserta dalil-dalil...banyak sangat. Nanti saya sambung dilain post saya.

sarang heyo (^_^)

MENGGAMIT KENANGAN SEMALAM

Sesekali saya toleh juga ke belakang. Melihat kembali kenangan yang lalu. Tempat ni, banyak mengajar saya mengenai kehidupan, persahabatan, percintaan, kekecewaan, erti kejayaan.
Tempat ni memang menggamit banyak memori.
Saya sayang dengan tempat ni. Bukan sekadar ilmu yang saya kejar, namun erti perjalanan hidup. Saya sangat menghargai setiap detik, setiap saat dan setiap ketika di tempat ini.
Terlalu banyak kenangan di sini yang saya tak akan lupakan.....
Saat langkah pertama hingga saya tamat pengajian, inilah tempat yang banyak memberi saya kenangan.
Yang banyak mengajar saya menguruskan pelbagai program. Saya pasti, teman-teman yang lain juga macam saya rasa.....
Saya letakkan video klip yang dibuat oleh Izani (junior saya yang ada bergambar dengan Piala PANDURA. Heh).

Yang menariknya, saya terlibat dalam rakaman suara Lagu Kolej Kediaman Kelima.
So, bolehlah dengar suara saya, merdu dan harmoni suara saya. Hikhikhik.
Penting ni, sebab lagu ni guna suara saya. Legend tau. Bukan semua warga Kolej Kediaman Kelima a.k.a 5th a.k.a Dayasari dapat rakam suara untuk lagu 5th.



video

Saya masih rindu dengan tempat ini. Kenangan 4 tahun berada di UM dan tempat ini menjadi kediaman saya selama 4 tahun sehingga saya tamat pengajian di UM. tempoh yang sangat singkat saya rasa.
Tempat saya bermain, tempat saya menimba ilmu, tempat saya menangis, tempat saya ketawa. Hilai ketawa sahabat-sahabat masih segar dalam ingatan saya. Makan bersama, ketawa bersama, kendalikan projek bersama.
Saya rindu nak buat
banner bersama mereka.
Terlalu banyak kenangan yang sukar untuk saya lupa.
Terlalu banyak untuk diceritakan.
Setiap perkara yang berlaku, terakam terang dalam kamera hidup saya.
Terima kasih Kolej Kediaman Kelima (Dayasari) kerana mengajar saya erti kehidu
pan.....


Sa ranghe (^_^)

BIARKAN SEMUANYA BERLALU

Apakah aku kesal dengan perkara yang pernah berlaku suatu ketika dulu???
Kadang-kala, aku sendiri terfikir, kenapa semua perkara tu harus terjadi. Kenapa aku yang harus lalui semua perkara itu???Kesal???Entah. Aku sendiri gagal untuk mengetahui apa yang tersirat dalam hati dan diri. Apa yang aku tahu, perkara lalu membuatkan aku TERKESAN dan sangat TERKESAN dalam kehidupan aku. Mungkin juga, TERKESAN untuk seumur hidup aku.

Apa yang aku cari, apa yang aku impikan, apa yang aku ingin genggam...Aku pasti, hidup tidak berakhir dengan apa yang telah terjadi.
Cuma aku, manusia yang kadang-kala tewas, yang kadang-kala jatuh, yang kadang-kala teringat kisah yang lalu yang TERESAN dalam diri aku. Salah siapa???Entah, aku sendiri tidak tahu.


Hidup, perlu diteruskan. Mencari sinar yang aku sendiri belum pasti, namun aku yakin, akan terus bersinar selagi aku mahu ianya bersinar. Biarkan semuanya berlalu, kerana perkara yang telah berlalu tidak akan sama seperti yang telah berlalu. Biarkan semuanya berlalu, kerana hidup perlu diteruskan. Biarkan semuanya berlalu, dan aku harus hargai masa sekarang & masa akan datang. Sinar yang pasti, hanya aku yang mampu menyinarkannya....


싶어요 (^_^)